CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 1

Vinales, Yamaha berpisah serta-merta

[Copy link]
Post time 20-8-2021 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Paris: Maverick Vinales akan meninggalkan pasukan Yamaha MotoGP dengan serta-merta selepas berlaku perselisihan antara kedua-dua pihak, kata pengeluar Jepun itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas Grand Prix (GP) Belanda hujung Jun lalu, pelumba Sepanyol itu yang sudah menandatangani kontrak dengan Aprilia musim depan, menamatkan kontraknya lebih pendek dan akan meninggalkan Yamaha hujung musim ini.

Bagaimanapun ia disusuli dengan masalah di GP Styrian yang menyaksikan Vinales digantung dan tidak dibenarkan beraksi di GP Austria.

"Selepas GP Belanda, Yamaha dan Maverick Vinales bersetuju menamatkan kontrak lebih awal pada hujung tahun ini.

"Susulan perkara yang berlaku di GP Styrian dan selepas pertimbangan secara mendalam oleh kedua-dua pihak, persetujuan bersama dicapai untuk menamatkannya secara serta-merta."

Pelumba berusia 26 tahun itu yang memenangi perlumbaan pembukaan di Qatar, ketika ini menduduki tempat ketujuh kedudukan pelumba.

Dia digantung oleh Yamaha daripada beraksi di GP Austria kerana didakwa sengaja merosakkan jenteranya pada GP Styrian seminggu sebelum itu.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 09:51 PM | Show all posts

VINALES akan ke Aprilia musim depan. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.361685 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list