CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 1

Drama Yamaha, Vinales berterusan

[Copy link]
Post time 20-8-2021 09:35 PM | Show all posts |Read mode
LONDON – Nampak gayanya perpisahan Maverick Vinales dengan pasukan Monster Energy Yamaha tidak berakhir dengan baik apabila pelumba Sepanyol itu dilaporkan tidak akan diturunkan menghadapi Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone pada 29 Ogos ini.

Vinales sebelum ini tampil memohon maaf kepada Yamaha yang ‘menggantungnya’ daripada berlumba pada GP Austria di Litar Red Bull Ring hujung minggu lalu selepas didakwa sengaja merosakkan jenteranya sewaktu GP Styria awal bulan ini.

Bagaimanapun, pasukan Aprilia membuat kejutan pada Isnin lalu apabila mengumumkan telah ‘menyambar’ khidmat Vinales sebagai pelumba baharu bergandingan dengan Aleix Espargaro musim depan.

Pengurus pasukan Yamaha, Massimo Meregalli menjelaskan, pihaknya masih berbincang sebelum membuat keputusan mengenai peluang Vinales dalam baki perlumbaan musim ini.

“Pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika ini. Keputusan asal (menggantung Vinales) dibuat di sini (Eropah) tetapi kami juga telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Jepun.

“Langkah utama yang diambil adalah menggantungnya untuk perlumbaan itu. Kemudian kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya,” kata Meregalli.

Buat masa ini, segala-galanya masih samar dan belum dapat dipastikan nasib Vinales sama ada sempat menamatkan baki perlumbaan bersama Yamaha musim ini.

Difahamkan, pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow bakal mengambil alih tempat Vinales dan menyertai Fabio Quartararo untuk perlumbaan ke-12 Kejua-raan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Silverstone.

Sementara itu, pelumba Petronas Sprinta Racing Moto2, Jake Dixon akan membuat debut kelas utama MotoGP bersama Petronas Yamaha Sepang Ra-cing Team (SRT) pada GP Britain nanti. – AGENSI
KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 09:36 PM | Show all posts

VINALES bakal terlepas dua perlumbaan MotoGP berturut-turut selepas didakwa sengaja merosakkan jentera pada GP Styria awal bulan ini. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.387399 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list