CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 1

Surina sebagai CEO MDEC hingga 31 Ogos ini

[Copy link]
Post time 17-8-2021 09:50 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Surina Shukri akan melepaskan jawatan beliau berkuat kuasa pada 31 Ogos 2021.

Dalam kenyataan pada Selasa, MDEC berkata, Surina telah menyelaras kejayaan misi ‘Reinvent’ yang menyaksikan operasi agensi itu secara tangkas dan profesional pada tahap integriti tinggi dengan penyampaian inisiatif berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan dan pelabur.

“Beliau juga merupakan penyumbang utama bagi menjadikan aspek digital dan teknologi sebagai agenda utama seiring dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia atau MyDIGITAL dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara,” kata MDEC.

Sementara itu, ketika mengulas keputusan beliau, Surina menyifatkan pengalamannya menerajui MDEC sebagai amat bermakna termasuk dalam mengetengahkan agenda ekonomi digital negara melalui perubahan tidak dijangkakan serta cabaran signifikan sepanjang perkhidmatan selama dua tahun tujuh bulan di agensi itu.

“Saya amat berbangga di atas pencapaian pasukan MDEC setakat ini dan menumpukan usaha bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

“Malah, saya juga yakin bahawa MDEC akan terus mencatat kejayaan untuk mencapai pelaksanaan sepenuhnya mandat yang telah dipertanggungjawabkan demi kepentingan rakyat serta negara,” katanya.

Surina yang dilantik menggalas tugas itu pada 16 Januari, 2019, turut dinamakan sebagai antara individu berpengaruh dalam senarai World’s 50 Most Influential People Revolutionising Governance in the Agile 50 oleh pihak Apolitical dan Majlis Masa Depan Global Forum Ekonomi Dunia Mengenai ‘Agile Governance’ pada 2020. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -hingga-31-Ogos-ini
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 09:51 PM | Show all posts

Surina Shukri - Foto Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.198786 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list