CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2657|Reply: 6

Tuah Bela Kucing Penawar Stres Dan Sunyi, Turunkan 30% Risiko Sakit Jantung, Str

[Copy link]
Post time 17-8-2021 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Tuah Bela Kucing Penawar Stres Dan Sunyi, Turunkan 30% Risiko Sakit Jantung, Strok


KUCING adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Bulunya yang gebu dan lembut membuatkan ia enak dipeluk. Kecomelan juga membuatkan peminat si ‘meow’ terus tertawan dan menyayanginya.

Justeru, tidak hairanlah kucing adalah haiwan peliharaan kedua paling digemari di dunia selepas anjing.


Berita baik untuk pencinta kucing dan korang yang sedang mempertimbangkan keputusan untuk membela kucing.


Public Healh Malaysia mendedahkan kajian yang dilakukan kepada lebih 4,000 individu dalam tempoh 10 tahun menemukan pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.
Penjelasan di sebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stres dan kebimbangan serta tekanan darah yang terkawal.

“Individu yang membela kucing juga kurang sunyi atau rasa keseorangan serta mempunyai ‘mood’ yang lebih baik.

“Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif,” katanya merujuk kajian yang dilakukan Qureshi, Adnan bertajuk “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases Dalam Journal of Vascular And Interventional Neurology.

Dari segi agama, membela kucing adalah harus manakala berlaku ihsan kepadanya adalah wajib. Namun menyakitinya adalah haram.



Justeru, bagi pemilik kucing, korang sangat bertuah kerana mempunyai ‘sahabat baik’ yang comel yang manja. Ia tidak disangka boleh mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal menjadi lebih baik.

Menurut kajian yang dilakukan Rakuten Insight pada 2021 ke atas 97,000 responden dari China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam mendapati sebanyak 26 peratus menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.



Manakala anjing pula paling banyak dipelihara iaitu 32 peratus dan ikan pula berada di tempat ketiga selepas kucing dengan 15 peratus.

Rata-rata pemilik haiwan peliharaan dalam kajian tersebut mengakui berasa kurang stres dan tidak keseorangan.

Sumber: Public Healh Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, insight.rakuten.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bila kucing mati lagi depress teruk aku....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ade sekor sayang yang amat
Pememan setia ke jamban pn sggp tunggu dlm toilet time aku buat pelaburan
Eh kemana saja lah...
Nak2 main kt tanah ...
Dh la paham kita panggil dia
Bole rindu tau kalau bbrpa jam tk nampak dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
iol ada kucing stray belakang rumah jahhh
nak peluk tak boleh
kuat lari
tapi kalau nak makan mengiau macam tak makan setahun
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pesanan khidmat masyarakat kepada yg baru berjinak nak bela kucing: adopt DON'T shop!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu la betul ke tidak penawar stress tu. Kalau buat akallll rasa kalau takde sejarah darah tinggi pun boleh kena Nak2 sejak byk dah ni.
Tapiii bila tak nampak sekor je pun dah rasa rindu. Org minta pun tak sanggup nak lepaskan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kucing i mati i nngis banjir satu malaysia..sampai skrg xbela lg yg baru...xsanggup nk sedih lg..nnti la dah stabil emosi nnti bela balik..syg sgt kt arwah sbb dia suka teman p mlm2 lepak kt gazebo..tmpt i mengadu wpn i xtau dia fhm x..tp i stress i ngadu kt dia..sedihnyaaa byk kenangan bersama
alfatihah utk dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064063 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list