CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 15

[Politik] Perdana Menteri Umum Pilihanraya Mengejut

[Copy link]
Post time 16-8-2021 11:08 AM | Show all posts |Read mode
tapi kat Kanada lah...

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mengumumkan pilihan raya mengejut pada 20 September ini untuk mencari mandat baharu bagi menangani krisis COVID-19.
Bagaimanapun, tindakan mengukuhkan pengurusan pelan keluar pandemik Kanada itu mendapat bantahan keras daripada pembangkang yang khuatir jangkitan coronavirus akan meningkat.
Kanada sudah mengeluarkan bantuan pandemik besar melebihi belanjawan persekutuan dan undang-undang lain dengan sokongan pembangkang sejak setahun lalu.
Namun, Trudeau, yang memegang jawatan Perdana Menteri sejak 205, merungut kerana Parlimen tidak berfungsi bagi melaksanakan tugasnya.
Pemimpin itu semalam bertemu dengan Ketua Gabenor, Mari Simon, meminta beliau membubarkan Parlimen dan berharap keputusan pilihan raya mampu memberi kuasa semula kepada parti Liberal pimpinannya.
"Rakyat Kanada perlu memilih bagaimana kita mahu menamatkan perjuangan menentang COVID-19 dan membina semula negara dengan lebih baik.
"Ini termasuk dari menyelesaikan tugas melaksanakan inokulasi dengan sokongan penuh hingga akhir krisis," kata Trudeau selepas pertemuan itu.
Kesemua lima parti kini berazam untuk bertanding dalam pilihan raya itu, namun kebanyakan rakyat sememangnya sudah menyokong usaha menangani pandemik Trudea.
Bagaimanapun, risiko kemunculan jangkitan gelombang keempat COVID-19 ketika kempen itu mungkin akan mengakibatkan beliau dikritik.
Meskipun program vaksinasi Kanada adalah antara yang tertinggi di dunia dengan hampir 62 peratus rakyat diinokulasi, kes baharu mencecah 1,000 mangsa setiap hari turut dilaporkan.
Pesaing utama Trudeau adalah pemimpin parti Konservatif, Erin O'Toole, yang dilihat bergelut meningkatkan pengaruh sejak menjadi pemimpin pada Ogos 2020 kerana perintah sekatan dan larangan lain mengekang kempennya.
Kini, kempen pilihan raya hanya berbaki 36 hari dan dijangka berkisarkan mengenai pelan pengurusan pandemik, bantuan kecemasan kerajaan dan pelan stimulus panca pandemik tiga tahun bernilai AS$80.9 bilion (RM343 bilion). - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Làlisá This user has been deleted
Post time 16-8-2021 11:25 AM | Show all posts
terkejut iols.. nasib baik belum kecam lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo Kanada… ok la teruskan berpilihanraya yea
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh kanada..baca tajuk ingatkan Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:47 AM | Show all posts
mari kita dengar perutusan terakhir PM




Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:49 AM | Show all posts
Terkejut...  .iols ingatkan kat Malaysia ku tercinta...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2021 11:50 AM | Show all posts
ooo Kanada.. memang betul2 bikin terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:51 AM | Show all posts
Kanada boleh kenapa kita tak boleh...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2021 11:54 AM | Show all posts
Politik kat kanada lagi hebat rupanya......
nampaknya kat Malaysia belum lagi cukup hebat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
br nk terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 12:04 PM | Show all posts
hahahaha... berjaya uols membuatkan i click cepat2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 12:08 PM | Show all posts
arrggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 12:19 PM | Show all posts
Ba** kan kau punya tajuk ni.... hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak carut...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 12:20 PM | Show all posts
terkejut iols.. baru nak carut
nak ramai mana lagi mati?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046395 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list