CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1760|Reply: 1

Pembukaan 11 lagi sektor ekonomi bantu PMKS buka kembali perniagaan

[Copy link]
Post time 15-8-2021 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) yakin pengumuman pembukaan 11 lagi sektor ekonomi dapat membantu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membuka kembali perniagaan mereka secara berperingkat.

Menterinya, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya tidak dimulakan sekarang, kesannya terutama terhadap pengusaha perniagaan dan pekerja mereka akan semakin parah.

"Kerajaan telah membuat penelitian dan pertimbangan sewajarnya bagi membolehkan sektor ekonomi beroperasi seperti sedia kala.

"Nasib rakyat terutamanya golongan PMKS yang kehilangan sumber pendapatan adalah intipati penting yang diambil kira sebelum keputusan ini dibuat.

"Medac memang amat peka dengan masalah dan cabaran yang dihadapi usahawan dalam sektor bukan utama ini yang mewakili hampir 90 peratus daripada sektor PKS di Malaysia.

"Jika kita tidak tolong kumpulan ini, ada kemungkinan empat juta warga tempatan akan kehilangan pekerjaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PMKS yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mereka, mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu terbabit telah menerima vaksinasi lengkap.

Kemudahan terbaharu yang yang diumumkan Perdana Menteri itu akan terpakai ke atas semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus dan individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

"Dengan pengumuman ini diharapkan usahawan dapat meneruskan kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam tempoh yang sukar ini," katanya.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 10:37 PM | Show all posts

GAMBAR hiasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056940 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list