CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 1

Tidak jejas imej, pembangunan sukan pemotoran

[Copy link]
Post time 15-8-2021 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tiada apa yang perlu dibimbangkan apabila Petronas selaku gergasi minyak Malaysia itu memutuskan untuk menamatkan kerjasama sebagai penaja Sepang Racing Team (SRT) pada penghujung musim MotoGP ini.

Malah, bagi bekas pelumba MotoGP negara Shahrol Yuzy Ahmad Zaini situasi berkenaan adalah perkara biasa sekali gus tidak menjejaskan pembangunan atau imej sukan permotoran negara apabila tiada lagi nama Petronas membabitkan SRT.

Beliau berkata, jasa Petronas dalam sukan permotoran negara cukup besar dalam melahirkan pelumba berbakat untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Katanya, Petronas juga banyak membantu pembangunan sukan permotoran di peringkat akar umbi termasuk bekerjasama dengan pasukan dalam kejohanan CubPrix.

"Kita tidak boleh menafikan pembabitan Petronas dalam sukan permotoran negara sudah terjalin sejak berpuluh tahun lalu dan boleh dikatakan antara entiti yang terus setia terbabit membantu melahirkan pelumba berbakat.

"Bagi saya jika Petronas menarik diri tidaklah bermakna sukan permotoran negara akan terjejas kerana perkara itu adalah biasa dan bukan bermakna imej atau pembangunan terjejas.

"Mungkin situasi berkenaan akan membuka lembaran baharu dalam menghadapi keadaan semakin mencabar berikutan pandemik Covid-19," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan tiada lagi kerjasama antara SIC dan Petronas selepas gergasi minyak Malaysia itu memutuskan untuk menamatkan kerjasama sebagai penaja SRT.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Petronas dalam jalinan kerjasama sejak 2018.

SRT melakukan penampilan pertama pada 2015 di kelas Moto3 sebelum melebarkannya ke kelas Moto2.

Pada 2019, SRT mengorak langkah memperkenalkan pasukan MotoGP sebagai pasukan satelit Yamaha dengan menggunakan khidmat pelumba Fabio Quartararo serta juara dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 09:04 PM | Show all posts

SHAHROL Yuzy berkata jika Petronas menarik diri tidaklah bermakna sukan permotoran negara akan terjejas kerana perkara itu adalah biasa. FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054586 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list