CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 1

KBS hormati keputusan bersama SIC, Petronas

[Copy link]
Post time 14-8-2021 08:32 PM | Show all posts |Read mode
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Petronas untuk tidak menyambung kontrak penajaan (non-renewal of title partnership) Petronas Sepang Racing Team (PSRT) yang akan berakhir penghujung tahun ini.

KBS dalam kenyataan akhbar semalam memberitahu, pihaknya dengan kerjasama SIC tetap komited dan akan meneruskan program pembangunan bakat dan pelumba dalam sukan permotoran negara selaras dengan objektif asal pembentukan program sukan permotoran dua roda.

KBS menambah, pihaknya tetap percaya bahawa kerjasama strategik bersama Petronas masih boleh diadakan semula pada suatu masa kelak.

“KBS menghormati keputusan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS atas kerjasama dan sokongan padu yang telah diberikan selama ini terhadap pembangunan sukan permotoran tanah air,” katanya kenyataan itu.

KBS memberitahu, kementerian dan SIC juga sedang merangka pelan keseluruhan bagi pelumba-pelumba negara pada kejohanan antarabangsa berikutan keadaan industri permotoran yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, perbincangan lanjut antara KBS dan SIC masih diteruskan untuk mencari jalan terbaik dalam menentukan hala tuju yang sesuai untuk tahun-tahun akan datang.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, KBS dan SIC telah meningkatkan lagi usaha pembangunan bakat daripada peringkat akar umbi yang tidak hanya tertumpu kepada bantuan kewangan, tetapi lebih kepada penambahbaikan pembangunan dan perancangan masa depan.

“Sokongan daripada KBS dalam usaha ini tidak pernah terhenti. Menjadi harapan KBS dan SIC supaya Malaysia dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat sukan permotoran tanah air yang kompetitif untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” ujarnya. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2021 08:32 PM | Show all posts

PASUKAN SRT dan Petronas telah mengecap pelbagai kejayaan luar biasa sepanjang bersaing dalam MotoGP sejak tahun 2018.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071810 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list