CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2217|Reply: 0

Ibu Susuan: Panduan Dan Tips Wajib Tahu Dan Jangan Ambil Ringan

[Copy link]
Post time 12-8-2021 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Susuan: Panduan Dan Tips Wajib Tahu Dan Jangan Ambil Ringan



Ibu susuan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Malah Rasulullah junjungan kita juga disusukan oleh ibu susuannya Halimatussaadiah selepas ibunya wafat. Dewasa ini, ibu susuan semakin popular memandangkan para ibu semakin cakna tentang kepentingan susu ibu kepada bayi.

Jika dulu, ibu akan memberikan susu formula kepada bayinya jika tidak cukup susu. Namun kini, sudah menjadi trend ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu akan mencari ibu yang sudi menjadi ibu susuan untuk anaknya. Malah ada ibu yang mempunyai lebihan susu perahan akan menawarkan susunya di kumpulan sokongan di media sosial.

Ibu susuan bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia membabirkan hukum syarak seperti aurat dan perkahwinan. Jika anak anda mempunyai ibu susuan atau anda sendiri adalah seorang ibu susuan, artikel ini sangat sesuai untuk anda. Jom kami kongsikan tentang panduan ibu susuan yang anda wajib tahu.

Untuk artikel ini, kami merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh
Mufti Wilayah Persekutuan melalui Bayan Linnas Siri 70: Isu Berkenaan Ibu Susuan & Pelbagai Hukum.  Terdapat 8 isu yang dibincangkan dalam fatwa tersebut iaitu:


1. Apakah syarat sah untuk menjadi ibu susuan?
Apakah syarat sah untuk menjadi ibu susuan? Mengikut islam, terdapat 2 syarat sah iaitu:

Bayi belum mencapai usia 2 tahun. Sekiranya bayi berumur 2 tahun dan ke atas, tidak akan menjadi anak susuan
Bayi yang disusukan kenyang sebanyak 5 kali dalam 5 penyusuan yang berasingan. Bayi perlu menyusu sehingga kenyang untuk dianggap sebagai 1 sesi penyusuan dan melepaskan sendiri payudara ibu susuannya. Walau bagaimana pun, terdapat khilaf di antara ulama berkenaa bilangan sesi penyusuan, di antara 5 dan 5 kali. Namun bilangan yang diputuskan oleh Muzakarah Fatwa ialah hanya 4 kali kenyang

2. Adakah ibu susuan wajib menyusukan anak susuannya secara langsung dari payudara, atau boleh menggunakan botol susu?
Isu ini timbul kerana pada zaman moden ini, kebanyakan ibu susuan memberikan susu perahan kepada anak susuannya. Susu perahan pula akan diberikan kepada anak susuan menggunakan botol susu atau picagari,. Maka timbul persoalan, adakah menyusukan anak susuan secara langsung dari payudara adalah syarat sah menjadi ibu susuan?

Jawapannya, menyusu secara langsung dari payudara bukan syarat sah ibu susuan. Penggunaan botol susu atau picagari adalah dibolehkan. Ini adalah seiring dengan hadith berikut:

Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging. (Hadith riwayat Abu Daud)

3. Adakah ibu susuan membuatkan anak susuan menjadi mahramnya?
Apabila seorang anak menjadi anak susuan, dia telah menjadi seperti anak kandung ibu itu sendiri. Secara automatik menjadi keluarga dan mahram untuk anak-anak serta suaminya juga. Isu mahram melibatkan perkahwinan kerana haram hukumnya berkahwin dengan mahram. Menurut fatwa tersebut, untuk mengelakkan berlakunya pernikahan yang tidak sah, langkah berikut boleh diambil:

Keluarga ibu susuan dan anak susuan perlu rapat dan sering bertemu agar saling mengenali di antara sesama keluarga. Hubungan perlu dikekalkan sehingga anak susuan dewasa.
Kedua-dua keluarga ibu susuan dan anak susuan perlu tahu tentang hubungan yang wujud, iaitu mahram.

4. Bagaimana batas pergaulan anak susuan dengan ibu susuan dan keluarganya?
Anak susuan adalah seperti anak kandung ibu susuan tersebut. Oleh itu, pergaulan di antara anak susuan dengan suami dan anak-anak ibu susuannya adalah seperti adik-beradik yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama. Malah boleh tinggal serumah.

5. Apakah hukum ibu susuan untuk bayi yang tidak dapat disusukan oleh ibunya sendiri?
Sesetengah bayi tidak dapat disusukan oleh ibu kandungnya mungkin disebabkan oleh masalah berikut:

  • Ibunya meninggal dunia
  • Ibunya mengidap sakit kronik
  • Ibunya mengidap penyakit berjangkit yang boleh berjangkit melalui air susu seperti AIDS
  • Ibunya langsung tiada air susu
  • Bayi pra matang yang memerlukan rawatan
  • Untuk keadaan ini, mencari ibu susuan untuk bayi tersebut ialah harus dan kedua-dua keluarga wajib mengenali di antara satu sama lain.


6. Apakah hukumnya jika susu perahan dihantar oleh ibu susuan melalui kurier seperti poslaju atau runner?
Tiada masalah. Asalkan kedua-dua keluarga ibu susuan dan anak susuan saling mengenali dan setuju tentang pemberian susu tersebut, ianya tidak menjadi masalah.


7. Adakah penubuhan Bank Susu untuk bayi yang memerlukan adalah selari dengan islam?
Penubuhan bank susu dengan objektif untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi yang memerlukan adalah dibolehkan oleh islam. Ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Namun, beberapa perauran perlu dipatuhi bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

Kami tertarik dengan senarai peraturan bank susu yang dikemukakan olehDr Wahbah Azzuhaili iaitu:

  • Seorang bayi perlu disusukan oleh seorang ibu susuan sahaja untuk menjaga nasab. Jangan campurkan susu dari banyak ibu
  • Sijil ibu susuan wajib dikeluarkan oleh pihak bank susu supaya ibu susuan dan anak susuan saling mengenali di antara satu sama lain


8. Bolehkan seorang ibu menyusukan anak orang lain secara suka-suka tanpa keperluan yang mendesak?
Hukumnya ialah makruh. Sekiranya tiada keperluan seorang bayi untuk mendapatkan ibu susuan, dan ibu kandungnya mampu untuk menyusukan bayi tersebut sehingga kenyang, maka tiada keperluan untuk ibu lain menyusukan bayi tersebut. Ibu susuan adalah kelonggaran dan kemudaha yang dibolehkan oleh islam bagi digunakan dalam keadaan terdesak dan memerlukan sahaja.




Sumber:https://bidadari.my/ibu-susuan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053419 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list