CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1232|Reply: 1

Kesan Covid jejas Hamilton

[Copy link]
Post time 11-8-2021 09:04 AM | Show all posts |Read mode
London: Bekas pelumba Formula Satu (F1), Damon Hill bimbang dengan kesan jangkitan Covid-19 ke atas kesihatan Lewis Hamilton.

Hamilton, 36, jarang kelihatan selepas tamat Grand Prix Hungary minggu lalu yang menyaksikan pelumba Britain itu menduduki tempat kedua selepas Sebastian Vettel dibatalkan.

Tetapi bintang Mercedes itu tampak tidak selesa ketika naik ke podium dengan keletihan jelas terbayang di wajah Hamilton dan Hill menyedari keadaan itu dan melahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan pelumba itu.

Katanya kepada podcast F1 Nation: "Dia seperti kehilangan tenaga. Saya hanya berharap dan mendoakan dia cepat pulih.

"Kesan Covid ini selalu kita dengar. Orang ramai memperkatakan mengenainya. Mereka yang pernah dijangkiti berkata walapun sudah pulih tetapi untuk tempoh setahun kesan Covid masih dirasai dan mereka masih lagi tidak 100 peratus. Ia virus sangat bahaya dan saya harap Lewis dapat pulih sepenuhnya.

"Dia nampak letih selepas tamat GP British. Adakah anda ingat dia di atas podium dengan agak termengah-mengah. Saya fikir kerana perlumbaan yang sengit tetapi dia mengakui belum benar-benar cergas selepas dijangkiti Covid di Bahrain pada Disember tahun lalu."

Hamilton kini berehat daripada sesi latihan menjelang Grand Prix Belgium pada 29 Ogos. Tempat kedua di Hungary membolehkan dia memintas Max Verstappen dengan perbezaan lapan mata dalam kedudukan keseluruhan.

sumber : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2021 09:05 AM | Show all posts

HAMILTON kini berehat daripada menjalani sesi latihan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.074990 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list