CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 1

Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh

[Copy link]
Post time 8-8-2021 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Legenda MotoGP, Valentino Rossi yang mengumumkan akan bersara pada penghujung musim ini adalah seorang pelumba terbaik dengan pelbagai impak besar dicipta sepanjang 26 tahun kariernya kata pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Meskipun prestasi keseluruhan ikon permotoran Itali berusia 42 tahun itu merudum pada penghujung kariernya, Hafizh berkata reputasi Rossi tidak boleh dipersoal selepas deretan kejayaan dilakarnya, selain kelibat beliau di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.

Hafizh, 27, tidak menolak kemungkinan keputusan Rossi mengundurkan diri adalah untuk memberi laluan kepada barisan pelumba muda yang menjadikan saingan MotoGP ketika ini semakin sengit dan mencabar.

"Apa yang saya dengar masa temu bual semalam dia (Rossi) kata sudah cukup sampai sini, bagi saya dia still the best (masih yang terbaik) bagi semua pelumba yang lain.

Macam masa zaman saya kecil, kita nampak dia lah sebagai idola dan ikon sehingga sekarang," katanya dalam satu rakaman video kepada wartawan, hari ini.

Hafizh yang juga bekas pelumba MotoGP berasa bertuah apabila berkesempatan berlumba bersama idolanya itu sebelum ini.

"Saya sangat terharu dan bangga sebab dua tahun dapat berlumba dengan dia (Rossi), dan satu tahun tu berkongsi satu kem di bawah Yamaha….jadi ada part (bahagian) yang saya belajar dan juga compare (bandingkan) data bersamanya," jelas beliau sambil mendoakan yang terbaik buat Rossi selepas ini.

Semalam, Rossi yang berlumba dengan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu mengumumkan akan bersara pada hujung musim 2021 dengan pencapaian juara MotoGP sebanyak tujuh kali.

sumber : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 10:47 PM | Show all posts

Legenda MotoGP, Valentino Rossi. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.425992 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list