CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1333|Reply: 1

Hafizh kemalangan, gagal tamatkan perlumbaan di Austria

[Copy link]
Post time 8-8-2021 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.

Selain Hafizh, rakan sepasukan yang berlumba dengan NTS RW Racing GP, Barry Baltus turut mengalami kemalangan pada pusingan ke-24.

Marco Bezzecchi dari Itali muncul juara dengan catatan masa 37 minit 29.460 saat diikuti pelumba Sepanyol Aron Canet dan Augusto Fernandez masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Pelumba kelahiran Selangor itu kini menduduki tangga ke-24 selepas lapan perlumbaan dengan mengumpul lapan mata dalam ranking keseluruhan musim 2021.

Sebelum ini, Hafizh Syahrin menduduki tempat ke-9 di GP Itali pada Mei lepas, yang merupakan kedudukan terbaiknya musim ini.

sumber : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 10:42 PM | Show all posts

Hafizh Syahrin. FOTO FB Hafizh Syahrin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059249 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list