CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 1

Dua motosikal terbakar dalam kemalangan di GP Styria

[Copy link]
Post time 8-8-2021 10:04 PM | Show all posts |Read mode
Austria: Perlumbaan motosikal Grand Prix Styria dihentikan selepas dua pusingan berikutan kemalangan membabitkan pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa dan pelumba Itali, Lorenzo Savadori, hari ini.

Rakaman televisyen menunjukkan Pedrosa terbabit kemalangan terlebih dahulu sebelum Savadori yang menunggang Aprilia melanggar jentera KTM.

Kedua-dua motosikal itu kemudian terbakar di tengah litar.

Pedrosa yang kembali ke MotoGP selepas dua tahun menjadi pelumba ujian sempat menyelamatkan diri manakala Savadori diusung dengan pengusung walaupun dalam keadaan sedar.

Limpahan minyak yang terbakar mengalir ke litar sebelum marsyal berusaha memadamkan api.

Mereka kemudian mengalihkan serpihan motosikal dan kesan alat pemadam api serta mengeringkan semula litar.

Berikutan kemalangan berlaku dalam tiga pusingan awal, perlumbaan dimulakan semula dengan pelumba berada di petak masing-masing.

Perlumbaan dikurangkan kepada 27 pusingan dan penangguhan itu meningkatkan kemungkinan berlaku ribut petir di hujung perlumbaan.

sumber : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 10:05 PM | Show all posts

MOTOSIKAL milik Savadori dan Pedrosa terbakar selepas kemalangan di pusingan awal GP Styria di Litar Red Bull Ring di Spielberg, hari ini. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.274768 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list