CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16283|Reply: 48

Mertua (Luahan Panjang Berjela)

[Copy link]
Post time 8-8-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai, assalamualaikum, semua.

Hari ni aku nak luah perasaan yang selama ni aku pendam. Luahan ini akan jadi panjang lah.

Actually mertua aku bukanlah teruk sangat macam mertua orang lain, yang orang dok share kat IIUM Confession. Tapi kali ni lain, aku rasa macam kena tikam. Selama harini pun kalau terasa, aku pendam je. Kalau nak bagi anugerah mertua paling sporting, mmg aku nak bagi kat dia. Orang brag mak mertua sayang kat twitter, aku pun join sekaki. Mmg niat pada mulanya nak share kat IIUMC saja. Tapi disebabkan beliau suka berkuntum di FB, aku batalkan niat tu.

Dulu aku pernah reject husband aku sbb mulut family dia yg suka ckp lepas, suka maki. Sbb family aku tak mcm tu. Lepas dipujuk, cinta punya pasal, aku pekakkan telinga saja, lagipun bukan tinggal sebumbung. Mmg awal2 aku ckp aku taknak duduk dgn mertua. Sbb husband ada adik beradik lelaki.

Waktu aku bersalin anak sulung, ibu mertua paling kelam kabut, sebab cucu sulung barangkali. Tapi itu bukan saja alasannya. Alasannya sebab nanti adik beradik dia nak datang jenguk. Habis tu dia tak pikir adik beradik belah aku? Tak lupa juga cara dia jaga aku. Dia akan masak ikut suka dia saja. Takde sayur, takde buah. (Seminggu pertama aku bersalin tu aku duduk dgn mak - mak jaga time makan, apa aku makan). Bila aku request belikan buah/sayur, katanya angin. AKU LAGI RELA BADAN AKU ANGIN LA DARI SEMBELIT BERAK KERAS. Sampai aku terpaksa berak berdiri & teran sampai keluar darah. Mmg aku sedih sgt time tu. Aku cerita kat husband pun mcm takde function, sibuk dgn kerja. Ini cerita sebelum pandemik. Dia boleh tinggal aku seharian dgn anak aku sbb nak pergi kenduri luar negeri. Nasib ada sedara aku datang jenguk kejap. Sempat la jamah makanan, sbb anak aku sejenis takboleh kena tinggal & susah tido. Ini baru cerita waktu berpantang, waktu awal kahwin.

Bila anak aku dah besar, bapak mertua aku tak kasi bg pengasuh jaga. Waktu tu byk kes budak mati di tangan pengasuh. (Al-fatihah). Dan mungkin juga sbb cucu sulung. Aku turutkan saja. Serah anak aku pada family mertua (ibu mertua secara tepat) sedangkan ibu mertua aku langsung tak mengiakan cadangan bapak mertua aku waktu tu sehingga lah saat2 akhir bila adik beradik berkumpul, bila dorang tanya, bersungguh sungguh dia mengaku dia akan jaga nanti. Sblm2 ni bila dorang tanya sapa yg jaga nanti, dia diam je. So faham2 la kan, sbb tu aku nak cari pengasuh. Tapi kantoi dgn bapak mertua sbb aku tanya kat open group FB. Aku pun taknak susahkan orang. Aku & suami mampu upah pengasuh.

Berhenti sekejap cerita psl masalah antara kami, mertua juga ada anak yg baru berkahwin (takla baru, tapi lepas aku dah ada anak). Anak yg satu ni antara anak mertua yang bermulut asdfghjkl. Tiap2 minggu ada saja yang tak kena. Benda2 remeh pun nak kena bergaduh maki hamun sesama dorang. Bila dia kahwin & pergi honeymoon, aku saja cakap "mesti hidup korang tenang kan dia takde". Ibu mertua balas "dia tu anak ibu tau". Alamak! Jadi dari situ aku tau, sebaik mana pun kau dgn family mertua, anak dia tetap anak dia, kau cuma menantu. Benda ni aku akan ingat sampai bila2.

Bila abg ipar bawak balik menantu baru. Maka bermulalah kisah hidup neraka bagi dorang sbb duduk sebumbung. Mertua ada saja benda nak cerita psl menantu baru dia. Bangun lambat la, bergelak ketawa tak tau malu la, pakai baju seksi la. Macam2. Aku dengar saja. Suami pun suruh layan sbb kalau tak dilayan, sapa lagi nak layan, daripada dia bercerita kat orang luar. Aku ada juga cerita psl biras aku dgn BFF aku, BFF aku ckp "bayangkan dgn ko, dia boleh cerita mcm2 psl menantu tu, entah kat belakang ko, dia cerita apa tah psl ko". Terus aku pun stop cerita psl biras aku. Bukan sbb aku takut BFF aku bawak cerita ni, tapi aku nak tutup aib biras aku, supaya aib aku pun Allah tutup sebaiknya. Dan betul, aku cuba bayangkan apalah yg ibu mertua aku cerita belakang aku psl aku. Benda yg aku sangka takkan jadi pada aku, terjadi juga akhirnya. Biras aku pun dah selamat pindah ke rumah baru. Jadi sekarang aku jadi mangsa baru (atau jadi mangsa balik).

Benda ni aku perasan waktu PKP di negeri aku dah mula bertukar Fasa. Jadi tiada lagi WFH. Maka bermula lah siri penjagaan cucu sulung seperti sebelum ni - 5 hari seminggu. Aku perasan bila ibu & bapak mertua aku cepat2 suruh aku balik kalau aku bagitau aku lambat, nak singgah beli barang dapur ke isi minyak ke apa. Obvious sangat. Katanya sebab dorang pun nak keluar beli barang. Tapi takkan 5 hari seminggu keluar beli barang? Ye, itu hak dorang, aku tak nafikan. Tapi sedikit sebanyak terasa juga hati aku. Aku tahu aku menumpang makan minum bila balik kerja. Aku juga faham kalau dia tak masak ke apa, aku selalu pesan, kalau tak masak, bagitau aku, waktu balik kerja tu aku boleh singgah mana2 belikan makanan. Jujur, aku tak pernah berkira. Kadang2 suami aku mintak bagi duit sikit utk bagi kat parents dia sbb bulan tu dorang overspend, aku hulur jugak atas nama suami. Takde pulak besok tu aku pergi mention duit aku yg laki aku bagi semalam. Ya Allah. Panjang betul luahan aku. Sorry, guys. Ini perenggan terakhir. Janji.

Luahan ini terjadi bila aku mintak ibu mertua aku jagakan anak aku sekejap sebab aku nak bawak mak aku pergi beli barang. Sumpahlah kalau budak2 boleh bawak ke hulu ke hilir, aku bawak anak aku, tak tinggal. Dia ckp aku kena bayar dia lebih sebab waktu cuti (aku rasa dia melawak dan ayat ni dia dah pernah pakai). Aku pun berseloroh juga, kalau macam tu lepas ni ada WFH pun aku letak anak aku kat dia sbb WFH pun kerja juga. Korang pun tahu kan WFH dengan anak kecik macam mana. Itu lah aku. Boleh je nak hantar anak kat mertua, tapi aku tak. Biar anak nakal dgn aku takpe, jgn nakal dgn orang, sbb jadi buah mulut. Budak tengah membesar. Mainan dorang tak kasi main sbb bersepah. Tak juga dorang layan, makanya mengadap tv je lah budak tu dari bangun tido sampai aku balik. Benda ni tak stop kat sini ya, guys. Dia update status whatsapp & FB, mungkin juga IG story (aku takbukak semua ni, tapi tanpa bukak pun kita boleh baca sbb tulisan besar). Biar dia tgk viewer list tu, nama aku takde, biar dia tau apa yg dia buat tu sia2, aku tak baca & tak ambil tahu pun apa dia rasa. Sbb dia pun tak ambil tahu pun aku aku rasa. Silap aku terlalu percaya. Mungkin dia rasa aku gunakan dia utk jaga anak aku. Pdhal suami dia yang nak sangat jaga at the first place.

Thanks, guys sbb baca. Actually aku mmg cadang nak hantar anak aku gi taska tahun depan. Mmg dah sampai masa. Aku pun taknak susahkan dorang lagi dah. Sbb pnh juga dia terlepas ckp, dia bosan takboleh nak pergi mana2 kena jaga anak aku. PADAHAL MUSIM PANDEMIK KAN? KO NAK PERGI MANA HAAA?? Okay, itu saje. Bye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita dah baca dan simpati dengan awak. Benda2 ni kena bincang dengan husband. Buat keputusan sendiri atau meluahkan pada salah orang kut tersampai pulak kat keluarga mentua, nanti lagi masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu aku tak prnh layan mil aku bila dia mengumpat belah2 dia...aku assume mcm mana dia umpat org2 tu mcm tu jgkla dia umpat aku..bukan x prnh aku dgr dr mulut anak2 aku & anak2 buah aku apa yg dia umpat aku..
Mmg menantu & mertua takkn sebulu dan menantu ttp org luar.
Dan aku x prnh bg duit kat dia, aku tak nak dia anggap tanggungjawab aku utk bg duit kat dia..anak dia nk bg duit kat dia itu hak anak2 dia, aku tak campur. Salah tt sbb bila bg duit tt kat mil tp cakap itu duit husband. Patutnya mention itu duit tt.
Pasal jaga anak pun, aku x prnh tinggalkn anak2 kat mil, sbb byk keburukan nya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati kat hg..bahaya kalau mak mentua pandai duk buat status wasap ig story bagai..boleh jd pencetus
Aku ni pendiam so kalau adik beradik belah laki aku ada apa2 hal aku buat bodo jah..dahla adik beradik dia ramai..nasib laki aku xdak join wasap grup ka apa..btw, mil aku meninggal sebelum kami kawen..so aku xdak mil fil
Kwn aku ada mil toksik..kalau dia cerita boleh sakit hati kita yg dengaq ni
Lepasni buat hal sendiri ja. Biaq laki hg jaga mak dia..kalau depa mintak tolg baru p tolg
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 11:58 PM | Show all posts
Cepat2 lah hanta babysitter ke taska lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
jadi xfaham jugak kenapa nak kena add frenlist fb ipar dua mertua bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2021 08:35 AM | Show all posts
Mertua and ipar2 i baik2..

tapi i mmg x akan join kalau diorang bercakap pasal menantu/biras lain..entah sb i pun tak suka org cakap pasal i belakang.

diorang pun bukannya jenis mengumpat sgt pun, just luah sikit2 aja apa yg rasa tak kena..

dgn mertua, nk mengadu pasal anak dia sendiri yakni suami i pun tak..sebab mmg dh tau apapun mestila mertua akan sebelah anak dia no matter what..

so buat sempadan siap2, sb hari maybe ok kita gurau kasar light2, later2 jd isu pulak..

uols stress, luah aja mcm ni..

pasal anak tu, cepatla la cari pengasuh.. walau nnt dia rasa tak puah hati ke uols nk hantar taska ke..teruskan aja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 8-8-2021 06:57 PM
Kita dah baca dan simpati dengan awak. Benda2 ni kena bincang dengan husband. Buat keputusan sendiri ...

Terima kasih, awak. Itu la. Nak luah pada ibu kite sendiri pun tak berani, takut bergaduh pulak besan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 8-8-2021 07:17 PM
Sbb tu aku tak prnh layan mil aku bila dia mengumpat belah2 dia...aku assume mcm mana dia umpat org2 ...

Biasa kalau dia mengumpat, aku dengar je. Takkan menyampuk lebih2. Bukan kata menantu dia je, menantu orang pun jadi jugak. Pakai muslimah pun nak mengata. Ibu aku pun dah pesan, dengar je lah. Kadang aku kesian kat biras aku. Dah la jauh dari mak bapak, pastu duduk dgn mertua serba tak kena. Dia duduk dlm bilik senyap2 pun tak boleh, bila masak katanya tak sedap. Mak mertua aku masak pun bukannya selalu sedap tapi takde pulak aku cakap apa2 kecuali kalau dia tanya. Pnh aku makan dia masak nasi mentah mcm takde apa, anak2 dia yang complain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 8-8-2021 07:45 PM
Simpati kat hg..bahaya kalau mak mentua pandai duk buat status wasap ig story bagai..boleh jd pencet ...

Ya. Mmg bahaya. Orang tua2 ke orang muda2 kalau dah memanjang mengadap phone mmg bahaya.

Mertua aku takla toksik macam mertua orang lain yg call 24/7, nak harta apa bagai. Tapi kadang stress juga la kalau semua benda serba tak kena di mata dorang, tak cakap kat depan, ckp kat belakang. Dua2 pun menyakitkan hati. Pak mertua aku jenis ckp kat depan, aku bg mandi anak aku tak sampai 10 minit, dia tuduh aku tak gosok gigi anak. Cenggitu je dia ckp. Takkan aku nak bg anak aku main air kat rumah dorang pulak. Haha. Kadang aku buat pekak je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 9-8-2021 12:18 AM
jadi xfaham jugak kenapa nak kena add frenlist fb ipar dua mertua bagai

Sebab berlegar legar kat suggestion. tapi biras aku add FB je. Sbb nak ambik syarat mana tau nak tag gambar raya ke. tapi dgn mertua & ipar aku, semua ada. So skrg kalau nak update, update story kat Close Friend je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 9-8-2021 08:35 AM
Mertua and ipar2 i baik2..

tapi i mmg x akan join kalau diorang bercakap pasal menantu/biras lain ...

Ada i ckp psl nak hantar taska. Lagipun skrg tgh murah. Sbb kalau byk WFH, taska byk ambil half price. Dia diam je. Taktau la dia diam sbb dia tak setuju hantar taska atau takut duit bulan2 tak sama mcm sblm ni.

Tapi kan. Bila i dah mengadu kat husband psl ni, husband tunjuk text mertua i, katanya takpe kalau duit bulan2 tak full mcm before this. Tapi pelik knp dekat i, dia mcm nak suruh i yg bayar dia bila hantar anak. Pdhl anak i tu, anak husband i jugak. Dia ingat i tak menyumbang apa2 kot eh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 10:56 AM | Show all posts
aammyy replied at 9-8-2021 10:27 AM
Ada i ckp psl nak hantar taska. Lagipun skrg tgh murah. Sbb kalau byk WFH, taska byk ambil half pr ...

hantar je anak ke taska..cakap nk bg social interaction dgn kanak2 lain..tp pastikan taska tu jenis jaga SOP time covid2 ni..

uols pun ada WFM so, maybe anak tu sekali sekala pergi taska..ok kot..

tp nnt jgn lupa sekali sekala, bawa anak tu jumpa mertua juga..

i guess nk tak nak mmg kena ada sempadan juga.. esp baru kawin nk kenal2..kadang2 10 tahun pun x berapa cukup nk kenal

ada org bertuah dpt mertua yg xde syarat2 ni..tu rezeki masing2 la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Latest update. Aku berjaya tak bukak status yg dia upload semalam. Husband suruh aku buat mcm takde apa jadi memandangkan aku pun "tak baca" status tu. Dan hantar anak macam biasa (aku plan taknak hantar anak aku sampai next week atas alasan aku ambik cuti rehat, pdhl aku nak bawak diri - tp husband cakap perbuatan tu macam memberontak, so dia tak setuju aku buat macam tu).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan aku maybe delete thread ni by this week. Taknak panjang cerita & kalau boleh taknak ingat la kan. Dah jadi mcm dendam pulak kalau nak mengimbau kenangan pahit ni semua. Aku consider perkahwinan aku ni masih baru dan aku taktau lagi masa depan macam mana. Maybe dgn share mcm ni, ada kakak2 yg boleh bg nasihat mcm mana nak handle mertua mcm ni.

And guys, aku harap korang pun dpt mertua yg baik2, tak perlu nak stress benda2 remeh mcm ni. Mertua aku pun baik cuma dia hanyalah manusia biasa. Luahan hati ni cuma nak lepaskan lelah saja. And again, thanks sbb baca.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg complicated hubungan ibu mentua n menantu perempuan. mcm i hari pertama sanding rumah keluarga i pun, my mentua ckap i anak hantu as gurau2 depan org ye. my mil ni mmg jenis mesra n suka bergurau sbb tu i x ambil pot sgt.

but lama2 pun berkrisis juga. i ada terbaca dlm satu majalah berkaitan soal jawab agama bersama seorg ustazah, ada sorg pengadu tu cakap die mmg pantang berjumpa dgn mak mentua ada je mak mentua tu buat utk sakitkan hati dia. mcm2 ustazah tu bg tips n antara tips nya kurangkan berjumpa kalau berjumpa tu makin menyebabkan silaturahim makin renggang n tegang. instead, selalu la hantar2 hadiah dari jauh, barang2 yg dia suka dan jgnla halang suami dari berjumpa ibunya. kadang2, makin jauh makin wangi kekdahnya.

so, itulah i buat setelah berlaku satu krisis yg besar. i admit i ada buat salah but my mil pun ada juga salah. in the end, i took a little break from her for awhile. still, kirim2 brg2 atau salam. mcm tu je, sampai hati i terubat dan betul2 ikhlas terima dia seadanya.

kepada TT, take a break sometimes can heal a lot of things. give a break to urself. discuss elok2 ngan suami, kalau nk tgk hubungan u n mak dia harmonis n x meletop, hantarla anak ke taska. jgn aniaya mak ayah. diorg dh tua x larat. ataupun letak sorg pembantu kat rumah mak atau ayah. jaga hati u TT, jgn sampai jd mcm i, mende dah melarat2 sampai meletop, dah payah nk rapat atau mesra2 mcm dulu walaupun dah saling memaafkan. i mmg skrg ni buat i mcm org luar, silap i dulu i sangkakan ibu mertua i sayang i mcm anak sendiri. rupanya x, i sentiasa ken berpijak dibumi yg nyata.n i dah boleh terima n redha yg mak mentua i mcm tu. i love her for who she is iaitu emak yg melahirkan dan membesarkan a good man iaitu my husband. as long as my husband treats me right and loves me unconditionally, that is enough for me to accept his mom for who she really is.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 09:59 AM | Show all posts
ibu mertua ke...suami ke....biras ke....semua tu umpama virus yg masuk ke dalam body kita.....it takes 10-14 days for the body to built up an antibody or develop and immune system to ensure that the virus tak merosakkan organ2 lain....

hence, seumpama diri kita.....it will take 10 -14, days, week, month or years to build up the keserasian or to the least to be able to adapt.....selain our body build up or develop, we at the same time amik supplement and vitamin...itu la kengkawan di cari ni...they inject positivity and motivation plus a bit of nottiness......hence why, tak perlu rasa bersalah or nak delete or feel that you have betrayed anybody by sharing your story....

most probably this is your sedekah to those whom have the same problem as you and from being part of the silent reader, they are getting the benefit as well.....

in life, we should never believe that we can survive being alone and without friends.....as we are never alone....to the least ALLAh is with us all the time......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap kat TT dan suami la...
Sampaikan keputusan hantar anak ke pengasuh pun orang lain kena tentukan...
Kalau I, ikut suka hati kita la...
Dah tentu anak kita walaupun cucu depa, bukan kita minta duit depa nak bayar pengasuh...

Dah hantar anak ke mertua, terpaksa la hadap muka mertua tu hari2...
Bila dekat ni, memang busuk selalu la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 9-8-2021 04:31 PM
mmg complicated hubungan ibu mentua n menantu perempuan. mcm i hari pertama sanding rumah keluarga i ...

Thank you, sis. I pun tak suka ada sengketa remeh2 mcm ni. Husband pun jadi tersepit. I harap sgt2 I cepat2 dpt settlekan masalah ni. I pun tak suka nak susahkan dorang. And yes, we love them as our own mother.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany1 replied at 10-8-2021 09:59 AM
ibu mertua ke...suami ke....biras ke....semua tu umpama virus yg masuk ke dalam body kita.....it tak ...

Thank you a lot, sis. Kalau boleh off reply mcm FB & IG, i nak je setting mcm tu. Tapi sbb tak boleh setting mcm tu, tu yg i rasa nak kena delete. I cuma nak legakan hati i je.

Sbb everytime i salah faham dgn my mil, my husband tak boleh nak side sapa2 and somehow i akan rasa mcm i fight sorang2. Pdhl boleh je mengadu kat ibu i tapi i pun taknak ibu i masuk campur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.137790 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list