CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6156|Reply: 14

Terkena ilmu penunduk oleh kawan sendiri

[Copy link]
Post time 2-8-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Assalam semua, saya nak kongsi satu cerita, cerita ni bukan la pengalaman sendiri, cerita ni dari sembang punya sembang kedai kopi satu ketika dulu.

Cerita pasal kawan ni kene ilmu penunduk oleh kawan sendiri, smpai habis porak peranda keluarga dan jatuh bankrup. Saya sekadar menceritakan semula.

Cerita nya begini.

Aku ade sorang member ni, mmg boleh dikatakan member dunia akhirat la. Aku kenal dah lebih 20tahun. Masa tu aku masih bekerja di sebuah syarikat construction. Aku dengan dia sama sama satu department la. Masa mula mula masuk syarikat tu, aku sekali dgn dia interview dan mmg rezeki aku dgn dia dapat kerja tu. Dipendekkan cerita kami mmg rapat la, aku dgn dia kerja situ dari bujang smpai la ade anak 3 org. Lama la.

Sampai satu ketika ni, masa tu aku baru umur 45 tahun, aku berhenti kerja dan membuka syarikat construction aku sendiri. Sebelum berenti, aku memang ajak kawan aku ni, kawan sehidup semati kan, tapi masa ni dia ada komitment dan tak boleh nak join aku berhenti sama.

Aku ok la tak kesah akan keadaan tu, dan kawan aku ni pun bagi juga kat aku rm50k masa tu untuk pump in modal as sleeping partner, katanya bagi dia 2 tahun lagi kerja dan nanti dia join aku. Aku happy dapat kawan mcm ni, dia mmg kawan sejati.

Lepas 3 tahun aku dah jalankan syarikat, dia mula untuk join, share masa tu 55% aku dan 45% dia. Syarikat mula berkembang luas selepas dia join. Mmg aku tak nafikan, dia mmg pakar dalam bab-bab negotiate dengan prospect, so kiranya mmg team yg mantap la kami ni.

Smpai la beberapa tahun lepas tu, kami dapat project yg lebih 100juta nilainya. Pembangunan suku tahun oleh kerajaan negeri untuk satu daerah, masa ni la segalanya berubah. Masa ni, kawan aku ni mula nak dapatkan pegangan saham syarikat yg lebih dari aku, untuk dia menjadi pemilik.

Cara dia ialah masa itu dengan mencari investor yg lain, dan menjual sedikit saham pegangan yg ada, sehinggal la masa itu, aku 40%, dia 35%, dan selebihnye kepada beberapa investor.  Dia bentangkan aku 5 dan 10 tahun punta pelan unjuran, jadi aku bersetuju dengan plan yg dia buat.

Disini la bermulanya sejarah hitam hidup aku, bila mana tanpa aku sedari, yang aku telah terkene ilmu penunduk.

Dia telah meminta aku menyerahkan saham pegangan aku sedikit demi sedikit. Sampaikan satu tahap, isteri aku bergaduh kerana aku terlalu percayakan kawan aku, masa itu mmg aku kadang2 rasa mcm org bodoh, ikut saja apa yg kawan aku minta, tapi aku x tau dan tak perasan yg aku telah di tundukkan. sampai la satu tahap aku tidak lagi jadi pemilik syarikat. Tapi aku masih bersama kawan aku tu, aku la driver dia, aku la dispatch dia. Bende ni berlarutan smpai staff2 semua syak yg aku ni dah diguna-guna.

Keluarga aku pula, aku smpai sanggup ceraikan isteri aku, sebab dia asik marah dan suruh aku buat report polis, bagi aku ni semua plan kawan aku, dan plan dia aku ikutkan demi syarikat. Masa itu aku tidak ada apa2 yg aku fikirkan, hanyalah kawan, kawan sehidup semati, lebih dari keluarga aku sendiri.

Lepas cerai, aku duduk di rumah lain, kawan aku dia ni la yg selalu tenangkan aku, nasihat kan aku, padahal dia yg guna-gunakan aku, aku je yg tak tau dan dah jadi bodoh dengan dia. Keluarga punah, syarikat tak dapat. Akhirnya syarikat itu bermasalah sebab tak dapat siapkan contract dan juga duit habis dikebas kawan itu.

Dia siap suruh aku buat loan, ya berjuta loan, semua aku ikut, dan akhirnya disaman serta backrupsi. Dia masa ni telah hilang, tak tahu kemana, masa ini aku dah tak ada rumah, cuma merayau, merayau mencari kawan aku. Aku tidak la gila, cuma pikiran aku jadi sempit, tak dapat berfikir secara KBKK.

Masa ni la, keluarga ipar aku dia datang cari dan jumpa aku duduk di stesen bas, dengan tak terurus lagi. Dia bawa aku balik ke kampung dan berubat. Lama berubat, aku masa ni mcm org dungu, bendul, ikut je. Smpai la aku kembali pulih, terus semua perbuatan bodoh aku disangkal dalam otak aku ni, terus aku terfikir kenapa aku bodoh buat semua tu.

Masa tu yg tukang ubatkan aku ceritakan yg aku ni telah terkene ilmu penunduk. Sebab itu la aku buat semua tu, sampai hilang keluarga, harta dan segalanya.

Tukang ubat tu kata lagi, ilmu yg kawan aku kenekan aku ni makan tahun baru melekat kat diri aku, katanya ilmu ni dia bukan mcm pengasih, or santau, dia lebih kepada bacaan, bacaan yg ditiup di minuman, atau pun ditiup secara langsung ditelinga, smpai aku bodoh dan ikut ikut kan semua kehendak dia secara membabi buta.

Kawan sehidup semati konon, kerana duit, jadi kawan neraka.

Sekian.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni kisah uolls ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi kesenangan dunia, sanggup amal ilmu hitam syaitan kurafat syirik ni...manusia2

Aku penah kena sihir. Sampai skrg aku xle maafkn. Merana jgk la hidup aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2021 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
MsPercy replied at 2-8-2021 02:29 AM
Citer ni kisah uolls ker?

Tak la, ni dengar je dulu masa lepak2 sembang kat kedai kopi. Tapi kalau ada empunye diri nak claim dipersilakan. Sbb xtau pun sapa yg kene tu, den just ceritakan semula je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols syak adik i kena ilmu ni... ubat dia mmg kena reasoning, maki dan remind dia kuatkan perlindungan diri
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah kena atau jumpa org yg terkena.

banyakkan amal pendinding diri, kerapla ratib:

Bismillahi, tawakkaltu ’alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah. maknanye, Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali Allah kot???



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yang tak takut mati ni memang rasa akan hidup selamanya ke eh..rasa macam x akan jumpa Allah swt je.. nahuzubillahminzalik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga si pelaku dapat balasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sihir ni Ada macam macam cara dan bentuk. Biasa dengar kalau bab ilmu penunduk ni isteri buat pada suami. Biar suami ikut cakap si isteri.
Entah la...

Sebagai Muslim, banyak lah berdoa dan berzikir mohon dilindungi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 03:51 PM | Show all posts
jenuh nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa bos aku pun dah kena ilmu penunduk.
Ada sorang kawan dia asyik minta duit, dah berjuta dah bagi. Konon utk secure projek. Tapi dah makan tahun habuk pun tarak.
Dan masih lagi minta2 duit. Bila kawan tu minta duit, bos aku jadi macam lembik, tak boleh say no. Sanggup lah pinjam sana sini demi nak bagi duit kt kawan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa nak share kisah aku la.
Cerita dia mcm ni,
Awal feb lalu, aku ada dpt 1 job bkn job juta2 pun program biasa je. Aku pengarah program 2.
Yg malaun ni pengarah program 1.

Sejak dari kitorg bekerjasama tu, hampir tiap 2minggu dua cari aku utk bincang psl program tu. Walhal sblm ni event tu simple je. Takde la stress mcm ni. Tapi malaun ni buat event tu jadi complicated.

Kemuncaknya baru2 ni jiwa aku tak tenteram. Aku tak blh buat keja. Asik diganggu oleh malaun ni je. Mcm2 dia sound dlm grup. Stress.
Aku sampaikan berdoa dah sedekah al fatihah la kat dia sbb sakit hati ya amat.

Ringkaskan cerita, scr tak sengaja, mak bidan offer nak urut aku. Sblm ni mmg penah contact bidan ni, tapi dia postponed sbb covid. Ni tak semena2 dia offer.
Skrdr mengambil kesempatan, aku mintak tlg bidan ni buatkan limau. Aku nak mandi limau sbb aku rasa serabut.

U know what happened. Lepas urut tu, bidan tu ckp aku sbnrnya terkena buatan org. Siapa? Malaun tu la. Camana cara dia buat, bidan x mau cerita. Bidan tu bg hint.. Kwn sekerja. Sebab dia dengki. Dia nak jawatan aku yg agak penting ni.
Kedengaran kelako...

Lepas urut n mandai limau, alhamdulillah. Aku dah blh fokus kerja 4x ganda. Now hidup aku takde la terfojus ke projek dia tu je.

Siapa pun yg buat, aku nak abaikan je dulu. Tak nak percaya sgt. Tp mesti hati-hati la lepas ni.
Ada jgk org nak dengki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 09:13 PM | Show all posts
harap kite semua dilindungi la dari perkara-perkara syirik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:42 PM | Show all posts
pinkzara replied at 8-8-2021 07:42 PM
Aku rasa nak share kisah aku la.
Cerita dia mcm ni,
Awal feb lalu, aku ada dpt 1 job bkn job juta2 p ...

boleh share contact bidan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:11 PM | Show all posts
surfinv replied at 5-10-2022 03:42 PM
boleh share contact bidan tu?

Takde, sebab melalui kwn.

Tapinya, walaun yg disyaki u dah pergi Haji baru2 ni.


So aku buat kesimpulan camni,
bila ada org negatif dgn kita, maka menda ni akan jadi.

Org tu bukan nak buat direct rasanya. Tapi lebih kpd vibes.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059214 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list