CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1113|Reply: 2

[Tempatan] Jual barang curi di media sosial, tiga lelaki ditahan

 Close [Copy link]
Post time 1-8-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


MELAKA: Polis menahan tiga lelaki kerana dipercayai menjual barangan curi penjagaan diri di media sosial dalam serbuan berasingan di sini sejak Sabtu lalu.
Perbuatan kesemua suspek berusia di antara 38 hingga 46 tahun itu terbongkar selepas polis menerima lima laporan kecurian bermula Mei hingga Julai ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Afzanizar Ahmad berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah menyerbu sebuah rumah sewa di Taman Ayer Molek Perdana dan merampas barangan hasil curi serta peralatan yang digunakan suspek pada 24 Julai lalu.

Menurut beliau, hasil serbuan itu, polis menahan seorang lelaki lelaki berusia 38 tahun di kawasan rumah kedai di Malim pada hari sama.

"Tangkapan kedua dilakukan sehari selepas itu melibatkan lelaki berusia 46 tahun yang dipercayai ketua kumpulan berkenaan di sebuah chalet di Pengkalan Balak.

"Tangkapan dua suspek itu membawa kepada penahanan seorang warga asing berusia 39 tahun di Krubong pada Selasa lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Afzanizar berkata, suspek dipercayai akan mencuri barangan penjagaan diri dan kulit di pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi sebelum menjualnya semula secara dalam talian di media sosial.

"Suspek pertama yang ditahan mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod dadah. Turut dirampas bersama ialah barang dipercayai dicuri.- Sinar Harian

Sumber : Astro Awani Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Matpet jual sbb nak duit beli dadih ka?


"Suspek pertama yang ditahan mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod dadah. Turut dirampas bersama ialah barang dipercayai dicuri.- Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069848 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list