View: 1883|Reply: 12
|
[Tempatan]
NGO kecam komen lucah, seksis terhadap Farah Ann
[Copy link]
|
|
Sayap Pemuda Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM, mengecam kenyataan seksis terhadap atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.
Ini selepas banyak komen lucah dibuat terhadap atlet wanita berkenaan ketika bertanding di temasya suka Olimpik Tokyo 2020.
“Ini menuntut pertimbangan segera mengenai pendidikan dan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan dengan ketidaksetaraan gender, penganiayaan, eksploitasi dan gangguan terhadap wanita di Malaysia.
"Tidak ada wanita yang harus dihina dan ditekan seperti apa yang dilakukan oleh pengguna dalam talian dan dilakukan terhadap Farah Ann.
"Dia kibarkan bendera kita Malaysia di platform antarabangsa. Sepatutnya kita berada di belakangnya untuk memberikan sokongan agar membawa pulang pingat Olimpik berharga yang sudah lama kita idamkan,”kata NGO itu.
Sehubungan itu, NGO berkenaan menggesa pembuat dasar di kalangan ahli politik dan pemimpin agama mengutuk perbuatan tidak menghormati wanita.
Farah Ann mendapat pujian setelah layak ke Olimpik buat kali pertama dan menjadi atlet gimnastik ketiga yang berbuat demikian.
Pada Ahad lalu, Farah terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Walaupun tidak berjaya merebut tempat 24 teratas untuk melangkah ke pusingan seterusnya, banyak komen di dalam talian memuji prestasi atlet itu dalam temasya berprestij itu.
Namun, ada juga pengguna media sosial membuat komen seksual dan lucah berhubung pakaian atlet Olimpik berusia 27 tahun itu.
Pada tahun 2015, ketika Farah Ann memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura, dia turut menerima kecaman akibat pemakaian tersebut.
Menteri belia dan sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin mempertahankan hak atlet untuk memakai pakaian pilihan mereka.
Sebaliknya, dia golongan lelaki supaya menundukkan pandangan jika tidak dapat mengawal nasfu ketika menonton acara sukan.
Malaysiakini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apalah nak diharapkan daripada lelaki melayu.Sama aje yg berserban atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke jantan boleh guna sexist card jugak bila perempuan cuba dictate dorang utk tundukkan pandangan dari duk melucah je? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-7-2021 08:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ultra78 replied at 29-7-2021 08:10 AM
Apalah nak diharapkan daripada lelaki melayu.Sama aje yg berserban atau tidak
Tula bila mcm ni nmpk sgt minda kita masih jauh trkebelakang kesian pompuan mcm farah ann.parents n cikgu ptot didik bdk laki dr kecik bnda2 mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang pakaian atlet mmg jadi isu antarabangsa. Ramai atlet mat saleh 'woke' |
|
|
|
|
|
|
|
Part pemakaian Farah tu mmg kita x setuju, patut bleh amik inisiatif utk at least pakai yg lebih menutup, tp tu bukan lesen utk melucah dah membuat komen2 melampau setelah puas menikmati pemandangan.....
Patut xyah komen langsung di tempat pertama |
|
|
|
|
|
|
|
kod etika berpakaian kena kaji balik..team german pun tak selesa pakai camtu..macam nak mandi pantai |
|
|
|
|
|
|
|
Tak masalahnya memang ada ke yang dok tegur minah ni, tiap tiap kali keluar mesti cerita sama. Ulang lah sampai abang jamil mampus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-7-2021 08:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
xpdckelate replied at 29-7-2021 08:27 AM
kod etika berpakaian kena kaji balik..team german pun tak selesa pakai camtu..macam nak mandi pantai ...
Btol.lately ni mmg bnyk dibgkitkn isu pakaian atlet wanita yg agk bias.bezanya kdg ada negara yg brani bersuara melawan n snggup byr denda.kdg kita ni ikut je dah rules.tp apapn doesnt permit org utk melucah.its a humiliatian n bullying. |
|
|
|
|
|
|
|
Sarung kaki Farah nipis sangat.. skin kaler plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang bersukan pun lelaki Melayu bolih stim. Lepas tu sibuk suruh orang berkelubung kehulu kehilir. Sendiri tak bolih kawal nafsu.....pompuan disalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la anak Abdul Hadi blh pakai seksi camtu.parents x tegur ka? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmm kesiannnn sangappp hanya mampu komen locah di socmed
pergi laa buat benda berpekdahhh dari ngikut kata toteyyy dan nafsu serakah yang menyedehkan tuuuu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|