CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1767|Reply: 12

[Tempatan] NGO kecam komen lucah, seksis terhadap Farah Ann

  [Copy link]
Post time 29-7-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sayap Pemuda Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM, mengecam kenyataan seksis terhadap atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Ini selepas banyak komen lucah dibuat terhadap atlet wanita berkenaan ketika bertanding di temasya suka Olimpik Tokyo 2020.

“Ini menuntut pertimbangan segera mengenai pendidikan dan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan dengan ketidaksetaraan gender, penganiayaan, eksploitasi dan gangguan terhadap wanita di Malaysia.

"Tidak ada wanita yang harus dihina dan ditekan seperti apa yang dilakukan oleh pengguna dalam talian dan dilakukan terhadap Farah Ann.

"Dia kibarkan bendera kita Malaysia di platform antarabangsa. Sepatutnya kita berada di belakangnya untuk memberikan sokongan agar membawa pulang pingat Olimpik berharga yang sudah lama kita idamkan,”kata NGO itu.

Sehubungan itu, NGO berkenaan menggesa pembuat dasar di kalangan ahli politik dan pemimpin agama mengutuk perbuatan tidak menghormati wanita.

Farah Ann mendapat pujian setelah layak ke Olimpik buat kali pertama dan menjadi atlet gimnastik ketiga yang berbuat demikian.

Pada Ahad lalu, Farah terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun tidak berjaya merebut tempat 24 teratas untuk melangkah ke pusingan seterusnya, banyak komen di dalam talian memuji prestasi atlet itu dalam temasya berprestij itu.

Namun, ada juga pengguna media sosial membuat komen seksual dan lucah berhubung pakaian atlet Olimpik berusia 27 tahun itu.

Pada tahun 2015, ketika Farah Ann memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura, dia turut menerima kecaman akibat pemakaian tersebut.

Menteri belia dan sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin mempertahankan hak atlet untuk memakai pakaian pilihan mereka.

Sebaliknya, dia golongan lelaki supaya menundukkan pandangan jika tidak dapat mengawal nasfu ketika menonton acara sukan.

Malaysiakini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah nak diharapkan daripada lelaki melayu.Sama aje yg berserban atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke jantan boleh guna sexist card jugak bila perempuan cuba dictate dorang utk tundukkan pandangan dari duk melucah je?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-7-2021 08:10 AM
Apalah nak diharapkan daripada lelaki melayu.Sama aje yg berserban atau tidak

Tula bila mcm ni nmpk sgt minda kita masih jauh trkebelakang kesian pompuan mcm farah ann.parents n cikgu ptot didik bdk laki dr kecik bnda2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang pakaian atlet mmg jadi isu antarabangsa. Ramai atlet mat saleh 'woke'
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Part pemakaian Farah tu mmg kita x setuju, patut bleh amik inisiatif utk at least pakai yg lebih menutup, tp tu bukan lesen utk melucah dah membuat komen2 melampau setelah puas menikmati pemandangan.....

Patut xyah komen langsung di tempat pertama
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:27 AM | Show all posts
kod etika berpakaian kena kaji balik..team german pun tak selesa pakai camtu..macam nak mandi pantai
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak masalahnya memang ada ke yang dok tegur minah ni, tiap tiap kali keluar mesti cerita sama. Ulang lah sampai abang jamil mampus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 29-7-2021 08:27 AM
kod etika berpakaian kena kaji balik..team german pun tak selesa pakai camtu..macam nak mandi pantai ...

Btol.lately ni mmg bnyk dibgkitkn isu pakaian atlet wanita yg agk bias.bezanya kdg ada negara yg brani bersuara melawan n snggup byr denda.kdg kita ni ikut je dah rules.tp apapn doesnt permit org utk melucah.its a humiliatian n bullying.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarung kaki  Farah nipis sangat.. skin kaler plak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang bersukan pun lelaki Melayu bolih stim.  Lepas tu sibuk suruh orang berkelubung kehulu kehilir. Sendiri tak bolih kawal nafsu.....pompuan disalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:47 AM | Show all posts
takkan la anak Abdul Hadi blh pakai seksi camtu.parents x tegur ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmmmm kesiannnn sangappp hanya mampu komen locah di socmed
pergi laa buat benda berpekdahhh dari ngikut kata toteyyy dan nafsu serakah yang menyedehkan tuuuu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.104248 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list