CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3894|Reply: 10

Cuaca Panas dan Kering Dijangka sampai September

  [Copy link]
Post time 27-7-2021 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Malaysia kini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, namun tiada gelombang haba berlaku setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara dan menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.

"Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga hari ini, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba," katanya menerusi e-emel bagi mengulas cuaca panas yang dialami negara pada masa ini.

MetMalaysia berkata, stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangka suhu akan melebihi 40 darjah Celsius.


Katanya, suhu 40.1 darjah Celsius adalah yang tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino melanda negara pada 1998.

"Dari segi perubahan cuaca, kami menjangka berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak," katanya.

Sementara itu, Pakar Klimatologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata, gelombang haba di Malaysia dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino.

"Madden-Julian Oscillation adalah fenomena biasa yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20 ke 60 hari.

"Ketika Monsun Barat Daya, ia boleh meningkatkan suhu satu ke dua darjah hingga sekitar bawah 40 darjah Celsius bergantung kepada kawasan. Malah, kita sudah mengalaminya sekarang," katanya.

Beliau berkata, ini kejadian biasa disebabkan pengaruh pusat perolakan MJO yang dipertingkat, membawa ketidakstabilan kelembapan dan cuaca ke Malaysia, selepas itu, pusat perolakan dipertingkat disusuli pusat perolakan dikurangkan yang menyebabkan cuaca panas dan kering di Malaysia.

Katanya, ini bukan gelombang haba yang luar biasa kerana Madden-Julian Oscillation adalah fenomena berulang yang menyederhanakan suhu basah-kering di negara ini.

Seorang lagi pakar perubahan iklim, Dr Renard Siew berkata, gelombang haba ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia berlaku setiap tahun dengan variasi.

"Kesan pulau haba bandar (kawasan bandar mengalami suhu lebih tinggi dari luar bandar), juga satu lagi penyebab peningkatan suhu," katanya.

Beliau berkata, dari sudut pandang perubahan iklim, ia tidak banyak memberi kesan daripada perspektif pemanasan global, namun ia juga menyebabkan kawasan yang biasanya mendapat jumlah air yang banyak tidak lagi mendapat taburan hujan seperti itu.

Katanya, disebabkan ia kejadian biasa, gelombang haba ini perlu dipantau turun naik suhunya. – BERNAMA

Kredit berita: https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/07/841883/cuaca-lebih-panas-kering-hingga-september

P/S: Tapi memang panas betul ye sekarang nie. Nak pasang aircond kerap2 kamg bil lettik naik pulak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang pun dah panas ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:50 AM | Show all posts
Siang tak rasa time keja. Sebab berkurung dlm ofis, dalam aircond ja.
Malam2, rasa la jgk bahangnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pns btl skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:01 PM | Show all posts
Panas dunia baru ni, panas akhirat tak tahu lah macam mana
Insoffff
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:15 PM | Show all posts
panas kering skang, bill lektrik pn naik mencanak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 05:05 PM | Show all posts
lambat lagi la nak habis musim panas
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang panas lah sekarang.. Bukak aircond pun berpeluh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sehari dua kat Cheras ni hujan,sejuk sikit senang nak tdo
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis pokok sy layu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
i jer ke sejuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.282792 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list