CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 1

[Lain-Lain] RAJA BERSIONG DARI KACA MATA AHMAD MAHMOOD.

[Copy link]
Post time 21-7-2021 09:55 PM | Show all posts |Read mode
RAJA BERSIONG DARI KACA MATA AHMAD MAHMOOD.


Filem Raja Bersiong yang diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1968 sekali lagi berjaya melonjakkan nama Ahmad Mahmood.

Walaupun filem berbajet besar itu kurang mendapat sambutan di pawagam, tetapi lakonan yang dipersembahkan oleh Ahmad Mahmood sangat berkesan.

Pada satu hari Ahmad Mahmood didatangi oleh Jamil Sulong untuk melamarnya memegang watak utama dalam Raja Bersiong, dia menerimanya dengan penghargaan yang tinggi walaupun hakikat yang sebenar Ahmad Mahmood kurang berminat dengan naskah dongeng.

Menurut Ahmad Mahmood, penyerahan peranan Raja Bersiong itu adalah satu penghormatan yang tidak boleh diabaikan. Bagi Ahmad Mahmood setiap peranan yang dipertangungjawabkan haruslah diterjemahkan dengan bersungguh-sungguh.

Ahmad Mahmood berkata, filem Raja Bersiong adalah satu filem yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Ianya tidak memberi apa-apa erti kepada saya. Filem ini berkepentingan kepada sesetengah pihak untuk menyelamatkan industri filem Melayu pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, dari segi penguasan watak saya berasa puas. Tetapi untuk kepuasan jiwa tiada satu pun yang menarik sebab Raja Bersiong adalah khayalan semata-mata. Kisahnya tidak berpijak di bumi nyata.

Saya lebih sukakan naskah yang realistik dan ada unsur kebenaran, katanya.

Selepas filem Raja Bersiong, zaman kegemilangan filem Melayu di MFP terus padam berikutan penutupan studio Jalan Ampas pada bulan Disember 1967.

Ahmad Mahmood terus mendayung kehidupannya dalam gelombang yang semakin mencabar di Kuala Lumpur. Dia terpaksa memikirkan perahu yang lain untuk meneruskan pelayarannya demi kelansungan hidup keluarganya.

Teks : HAR
Sumber :https://www.facebook.com/RepairGambarLama
Kacha Permata - Jamil Sulong
Ahmad Mahmood - Bintang Di Langit Seni
Erti Yang Sakti - Tun Ahmad Sarji

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2021 10:14 PM | Show all posts
10 fakta menarik tentang filem ini;

1. Julung-julung kali menggunakan pelakon luar, iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand. - Thai Fine Arts Department, Bangkok.

2. Beratus-ratus Askar Melayu itu diambil memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah dipimpin oleh Brigadier Jen.Dato' Syed Mohammad Al- Saggoff.

3. Filem Raja Bersiong yang dibuat dalam bentuk filem warna Eastmancolor ( Filem ketiga selepas Filem Hang Tuah, 1955 dan Ribut, 1956) diterbitkan oleh Malay Film Producations, milik Shaw Brothers di Singapura.

4. Menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun:
Pengarah bersama - Tokujiro Yamazaki
Jurukamera - Ryoichi Arano
Pakar Warna & Cahaya - Tokio Matsushita

5. Skrip filem ini mengambil masa yang panjang iaitu kerana kesibukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Manakala pengambaran mengambil masa selama 4 bulan.

6. Walaupun Jamil Sulong sebagai Pengarah Rasmi Filem ini, namun Pengarah Yamazaki dari Jepun terlibat secara langsung, kecuali babak yang melibatkan adat orang Melayu diarahkan oleh Jamil Sulong.

7. Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio, MFP berupa sebuah set Istana Raja Kalha yang luas dan hebat.

8.Sebuah kota dibina di Pasir Panjang, Singapura yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

9. Hampir kesemua pelakon dari Malay Film Productions mengambil bahagian di dalam filem ini.

10. Ini merupakan Filem Terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura. Walaupun Tunku melaburkan kos pengambaran yang tinggi, namun filem ini tidak mendapat sambutan dari penonton dan akhirnya gagal menyelamatkan studio tersebut dari ditutup buat selama-lamanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049244 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list