CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3422|Reply: 25

[Tempatan] Ibu & Anak dalam Perut 7 Bulan Mangsa Covid

  [Copy link]
Post time 18-7-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI: "Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana COVID-19. Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah," kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.

Mohd Fadli berkata, isterinya Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia jam 1.25 tengah hari semalam selepas dijangkiti COVID-19 dan anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.

Isterinya meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala teruk.

"Isteri tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga. Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.

"Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.

"Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat COVID-19," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.

"Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan," katanya.

Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini dan diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana COVID-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk kuarantin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca td. Yg jenis sesak nafas terus mati ni mmg takda simptom lgsg ke ek hari2 sblm tu. Takda rasa dada ketat, nafas pendek mcmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:23 PM | Show all posts
Ok anxiety aku dtg balik…
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu mengandung boleh cucuk vaksin atau tidak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Zhana replied at 18-7-2021 03:32 PM
Ibu mengandung boleh cucuk vaksin atau tidak?

Boleh la, siap dapat cepat lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Zhana replied at 18-7-2021 11:32 PM
Ibu mengandung boleh cucuk vaksin atau tidak?

Boleh tp ada had dr brapa mggu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:41 PM | Show all posts
alfatihah buat arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.... takziah.. harap kuat, kesiannya kan tetiba je sakit terus meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah. takziah. sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 18-7-2021 11:16 PM
Baru baca td. Yg jenis sesak nafas terus mati ni mmg takda simptom lgsg ke ek hari2 sblm tu. Takda r ...

Tak ada. Kondisi ini dinamakan "Happy Hypoxia" kerana ciri-ciri tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Takziah. Semoga dikuatkan semangat beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga.. semoga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 08:56 AM | Show all posts
Innalillahi wainnailaihirojiun

Salaam takziah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2021 09:19 AM | Show all posts

Innalillah. Alfatihah sedihnya rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 09:20 AM | Show all posts
nazzse replied at 18-7-2021 11:39 PM
Boleh la, siap dapat cepat lagi

Manede cepat pun aku dah nak masuk 7bulan ni tak dapat pun lagi. Dah try segala tips dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 09:22 AM | Show all posts
Innalillah, ya Allah lindungilah semua ibu2 mengandung dari penyakit ini termasuk lah aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 09:24 AM | Show all posts
hashashes replied at 19-7-2021 01:20 AM
Manede cepat pun aku dah nak masuk 7bulan ni tak dapat pun lagi. Dah try segala tips dah

kakak & sepupu senang je dapat. Bulan lepas update MYSejahtera utk pregnant, last week 1st dose.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.072258 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list