CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2257|Reply: 8

Achey Jual 5 Motosikal Dan 1 Basikal Untuk Tampung Rawatan Ibu

[Copy link]
Post time 14-7-2021 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Pelawak dan penyanyi, Achey Bocey, 35, mengakui sudah pun menjual lima motosikal dan satu basikal kesayangannya sebagai alternatif untuk mengumpul sumber kewangan tambahan.


Ia juga susulan dugaan menimpa Achey apabila ibunya, Ngaisah Hassan, 70, disahkan mengalami masalah kesihatan dan memerlukan rawatan lanjut.


Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah berguarau ketika meluahkan hasrat hendak menjual motosikal dan apa saja barangan kesayangannya yang ada.


Kredit foto: IG


"Bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana setakat ini saya sebenarnya sudah berjaya menjual lima motosikal, sebuah basikal dan juga helmet.


"Insya-Allah, pada minggu hadapan saya akan jual motor lagi terutama jenis motorsikal lasak yang banyak saya buat sewa di Segamat ini. Saya akan jual satu persatu untuk menampung perbelanjaan rawatan emak dan juga keperluan keluarga saya sendiri," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Achey, kebanyakan pembeli berminat akan mengirim mesej (DM) kepadanya di Instagram.




  



"Bagi sesiapa yang berminat nak beli motosikal itu, saya akan kirim gambar pada mereka dulu. Malah, saya juga akan kemaskini dari masa ke semasa apabila nak jual sebab itu maksudnya saya berada dalam keadaan memerlukan.


"Apapun, keadaan kewangan yang saya ada masih lagi terkawal. Cuma, tak tahulah sampai bila akan dapat bertahan. Jadi, saya buat jualan motosikal untuk mendapatkan pendapatan sampingan tambahan, sebelum keadaan menjadi tenat.


"Ditambah pula, ada juga kawan-kawan yang berminat nak beli termasuk sukarela membantu. Jadi, saya anggap ia rezeki. Tapi, segala sumbangan untuk rawatan emak memang saya serahkan semua kepadanya," katanya.


Ditanya juga mengenai keputusan pemeriksaan kesihatan ibunya, Achey berkata dia bersyukur kerana tidak membabitkan penyakit kanser.




  



"Mak tahu mengenai penyakitnya itu dan kami adik-beradik tidak merahsiakan pun. Pada kami, mak berhak tahu apa penyakit yang dihidapinya dan alhamdillah, keadaan kesihatan mak sekarang stabil.


"Kakak dan adik-beradik saya yang lain menjaga mak dengan baik. Setiap hari di rumah, kakak akan ambil catatat bacaan gula, darah dan suntikan insulin untuk mak. Tapi, berat badan mak susut dan dia agak kurus ," katanya.


Pada 14 Jun lalu, Achey berkongsi berita sedih mengenai keadaan kesihatan ibunya yang sakit dan dimasukkan ke Hospital Pakar Putra Batu Pahat, sebelum kemudiannya dirujuk ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi mak, moga maknya sihat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknya 5 moto..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira bagus la dia ni wlpun annoying suara tu. Anak yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:14 PM | Show all posts
Bukan tdesak sgt kot. Tp moto 5bijik tu tetap nk kna renew road tax insurance. Kurangkn komitmen la kan. Tumpu kt mak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:35 PM | Show all posts
beringat la semua..
masa berduit tu jangan la ikut nafsu beli benda susut nilai bersusun..
baik simpan dalam th or asb supaya beranak pinak..
melainkan boleh maintain cash berjuta dalam bank, kau nak beli apa pun, beli la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita boleh beli insuran utk org tua kan ? Mak ayah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina: Kita boleh beli insuran utk org tua kan ? Mak ayah


Boleh. Tapi existing penyakit excluded. Premium pun tinggi kalau lulus pun.

Belilah insuran masa anak dalam perut lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 07:45 PM | Show all posts
mak heols sakit apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.492972 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list