CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3935|Reply: 6

Jenis KELAPA Yang Sesuai Ditanam

[Copy link]
Post time 7-7-2021 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Jenis KELAPA Yang Sesuai Ditanam



1. Tahukah anda kelapa merupakan antara tanaman komoditi yang mendapat permintaan tinggi di pasaran untuk dijadikan produk makanan seperti santan, air kelapa muda dan dijadikan sebagai benih tanaman.

2. Antara jenis kelapa yang popular di Malaysia adalah kelapa Matag, kelapa Pandan, Kelapa SGG. kelapa Tinggi Malaya (Malaya Tall), kelapa mawa, kelapa Tacunan (baka Phillipines) dan sebagainya.

3. Menurut statistik pada 2019, kelapa antara 4 produk pertanian tertinggi permintaannya selain durian Musang King, Nenas MD2 dan pisang Saba.

4. Ramai yang berminat menanam kelapa tetapi tidak pasti apa jenis atau baka yang sesuai ditanam. Saranan saya, sebelum menanam, tentukan dahulu apa tujuan anda menanam, sama ada untuk komersial atau untuk suka-suka.


5. Jika tanam belakang rumah, saya sarankan anda tanam kelapa pandan, pohonnya renek dan pelapah bersaiz lebih pendek. Jarak antara 15×15 kaki pun dah ok.

6. Kelebihan kelapa ini adalah aromanya berbau wangi daun pandan. Cuma saiz buah agak kecil berbanding kelapa mataq. Jika di buat santan, tak banyak santan di perolehi dan kurang minyak.

7. Kelapa Mataq dan Tacunan sesuai untuk air kelapa muda dan santan kerana saiznya yang lebih besar. Santan lebih banyak. CEPAT berbuah dan RENDAH. Manakala kelapa mawa lebih sesuai ditanam sebagai pokok hiasan/landscape.

8. Saya juga ada membekal BENIH kelapa jenis Pandan dan Tacunan area Kota Belud, Sabah. Jika berminat boleh hubungi saya.

9. Jika tanam dibelakang rumah, tiada masalah menanam berdekatan dengan kelapa baka lain, contohnya kelapa pandan dan kelapa Tacunan. Sebaiknya selang seli dengan tanaman lain seperti mangga, durian dan lain2.

10. Ada yang berkata, jika tanam berdekatan, akan berlaku pendebungaan silang dan menyebabkan pokok kelapa akan berbuah lain. Memang betul.

11. Sebaiknya, untuk tanaman secara besar-besaran, saya sarankan anda tanam kelapa secara berasingan mengikut baka. Jarak tanaman sekitar 500 meter untuk mengelak cross pollination.

Sumber:https://rentas.asia/jenis-kelapa-yang-sesuai-ditanam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols kawasan rumah luas. Iols cadangkan tanam kelapa pandan sbb tak perlu bimbang pokok tumbang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pisang saba tu pisang nipah la semenanjung kata. Saba sebab penulis ni duk sabah.
Kami tanam mawar
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 07:49 PM | Show all posts
Kelapa pandan paling baik punye
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT..good info ni. Mana tahu satu hari nnt nak tanam pokok kelapakan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I tanam tacunan n mataq je.
Tp dh PKP ni tatau laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2021 04:03 PM | Show all posts
kawasan rumah achik kecik..
pokok pokok saka ni tak sesuai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057660 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list