CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4014|Reply: 1

Karakter Super Mario Pertama Kali Muncul Dalam Permainan Video ‘Donkey Kong’

[Copy link]
Post time 6-7-2021 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Karakter Super Mario Pertama Kali Muncul Dalam Permainan Video ‘Donkey Kong’



Super Mario Bros. adalah salah satu permainan pertama yang mempunyai karya yang berterusan melalui pelbagai platform.

Ia menawarkan reka bentuk dan evolusi yang lebih maju sejak permainan arked ketika era 80-an. Kini, permainan yang dicipta oleh Shigeru Miyamoto telah mengubah industri permainan video selama-lamanya.

Berikut adalah fakta-fakta menarik yang anda tidak tahu tentang Super Mario yang sudah wujud sejak 35 tahun yang lalu.

1. Super Mario sebenarnya dicipta pada tahun 1981


Walaupun Super Mario Bros debut pada tahun 1985, Mario sendiri muncul pada tahun 1981. Penampilan pertamanya adalah sebagai protagonis yang dikenali sebagai Jumpman dalam permainan video Donkey Kong.

Mario perlu mengelak rintangan, memanjat tangga, dan melompat sampai ke puncak tapak pembinaan untuk menyelamatkan Pauline, teman wanitanya dalam sangkar.

2. Mario bukan bekerjaya sebagai tukang paip


Apabila Mario mula-mula tiba di tempat kejadian, dia sebenarnya seorang tukang kayu. Dia terpaksa memanjat tapak pembinaan yang sangat besar untuk menyelamatkan Pauline.

Tetapi pada tahun 1983, Mario dan Luigi adalah tukang paip dari New York. Mereka perlu menyiasat saluran paip di bandar selepas makhluk-makhluk pelik mula muncul di sana.

Sejak itu, permainan ini memaparkan banyak paip dan menyebabkan Miyamoto mula menukar kerjaya saudara Mario.

3. Permainan video Popeye diinspirasi dari Mario


Shigeru Miyamoto pada asalnya mahu mencipta permainan Popeye bersama watak Olive dan Brutus. Namun, Nintendo tidak dapat jaminan lesen yang diperlukan untuk membangunkan tajuk ini. Sebaliknya, dia mencipta Donkey Kong.

Setahun kemudian, selepas pelepasan Donkey Kong pada tahun 1982, Nintendo melancarkan permainan Popeye. Ia sangat mirip dengan Donkey Kong, tetapi Popeye menumbuk untuk menempuhi rintangan.

4. Super Mario Bros., permainan pertama diadaptasi dalam filem



Filem Super Mario Bros. adalah percubaan pertama Hollywood untuk membuat filem berdasarkan permainan video pada tahun 1993. Bob Hoskins, Dennis Hopper, dan John Leguizamo telah membintangi filem ini.

Ia mengisahkan dua tukang paip dari Brooklyn iaitu Mario dan Luigi, mesti pergi ke dimensi lain untuk menyelamatkan seorang puteri dari King Koopa dan menghentikannya dari mengambil alih dunia.

5. Mario telah muncul dalam lebih daripada 200 permainan video



Mario telah muncul dalam lebih daripada 200 permainan sejak debutnya sebagai Jumpman. Bukan hanya muncul dalam permainan video Nintendo, termasuk juga komputer, Atari, arked dan peranti mudah alih.

Mario juga merupakan bintang dalam permainan seperti Super Mario Kart, Super Smash Bros., Mario Tennis, Mario Golf, dan Mario & Sonic di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sumber:https://plus.wiser.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mariooo zaman kanak2 riang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.263364 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list