CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6331|Reply: 37

WFH - Adakah anda hantar anak-anak ke pengasuh/taska?

[Copy link]
Post time 5-7-2021 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Asalamualaikum kawan-kawan,

Nak tumpang tanya dan minta pendapat. Saya dari pekerjaan kategory essential tapi swasta. Rotate kerja masuk pejabat dan kadang-kadang WFH. Saya ada anak 3 orang. Umur masing-masing 7 bulan, 3 tahun & 6 tahun. Adakah bila anda WFH anak-anak anda jaga sendiri?


Sebab saya ada argument dengan pengasuh anak yang tak nak terima saya hantar anak kat dia semasa saya WFH. Pengasuh jenis taman perumahan biasa-biasa (bukan berdaftar JKM). Saya cuma hantar 2 orang saja. Yang sulong masuk taska macam biasa. Saya tahu boleh saja diam-diam tak payah bagitau dia saya ada WFH. Tapi kawasan perumahan ni kecik saja. Kalau saya tak pergi ofis dah tentu dia nampak saya kat rumah. Saya punya kerja memang memerlukan duduk depan laptop ni update project yang kejar dateline. Boleh cakap kerja saya WFH sama macam saya kat ofis. Cuma tak masuk ofis tapi duduk rumah.


Kalau ada anak-anak terutamanya yang baby tu (masih menyusu badan) memang tak terlayan kerja WFH saya. Pengasuh dah cakap awal-awal kalau saya WFH dia tak nak terima. Nak minta tolong kalau anda boleh bagi idea untuk saya slow talk dengan pengasuh.

Note : Suami pun kerja kategory essential


Terima kasih


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak ot tapi berkaitan dgn wfh jugak.
Baru tadi dapat tau company kitaorang lulus essential walaupun tak essential pun. Jenuh la nak pergi balik kerja hadap jem kawad duri semua tu. Kalau wfh, kerja tak jalan ke? Setakat seminggu sekali masuk opis, baik tak payah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:47 PM | Show all posts
Edited by animcute at 5-7-2021 12:51 PM

klu ikutkan peraturan taska berdaftar (JKM), anak2 yg boleh dihantar ke taska adalah:

1. anak frontliners

2. kedua2 ibubapa bekerja disektor essential (spt dlm list MITI/MKN) antara contohnya bank, media (penyiaran etc), construction (ada criteria juga), pengangkutan, delivery, security, trash collection, etc etc . klu ada surat dari HR office saying that your company ada surat kebenaran bekerja and ada surat MITI boleh hantar taska. since you have surat and req to work at office walau on rotation basis.

kebanyakan nya akan hantar pada baby sitter yg kat rumah (informal baby sitter). etc
tapi itulah kan..apa beza hantar kat these informal unregistered baby sitter ni banding dgn hantar taska berdaftar? at least kat taska berdaftar ada SOP in place...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tadika mana ni... byr bulanan kan... knp taknak tima bila time parents wfh...

kalo camtu suh bayar daily basis je...

tadika & tadika kwn2 iols ttp tima budak2 walopun time wfh... sbb dh bayaq fixed bulanan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:53 PM | Show all posts
aint replied at 5-7-2021 12:48 PM
tadika mana ni... byr bulanan kan... knp taknak tima bila time parents wfh...

kalo camtu suh bay ...

from tt tulis tu ni baby sitter biasa yg jaga kat rumah, bukan taska berdaftar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 01:01 PM | Show all posts
animcute replied at 5-7-2021 12:53 PM
from tt tulis tu ni baby sitter biasa yg jaga kat rumah, bukan taska berdaftar

ya betul. Dia nak samakan saya WFH dengan anak asuhan dia yang lain. Anak asuhan dia yang lain parent mereka kerja goverment. Goverment paham-paham saja la. Kerja relak sikit mungkin. Desktop PC pun kat ofis goverment mereka. Saya kerja memang jenis bawa balik laptop hari-hari. Bos expectation to respond at anytime bila laptop dengan kita.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2021 01:05 PM | Show all posts
azahan replied at 5-7-2021 01:01 PM
ya betul. Dia nak samakan saya WFH dengan anak asuhan dia yang lain. Anak asuhan dia yang lain par ...

fee bulanan masih kena bayar juga ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 01:17 PM | Show all posts
animcute replied at 5-7-2021 01:05 PM
fee bulanan masih kena bayar juga ke

yes bayar macam biasa. Dulu pernah saya bertekak jugak 2/3 tahun lepas. Dia nak cuti lama masa tu. Saya minta dia kurangkan bayaran sebab saya sendiri kena cuti unpaid leave nak jaga anak sebabkan dia request cuti lama tu. Tapi dia cakap kalau saya berkira dengan dia, then dia pun nak berkira dengan saya. Dia nak cas OT RM5 selepas 6.15pm kalau saya ambil anak lambat. sejak dari hari tu saya dah malas nak berkira dengan dia. Saya fikir dia jaga anak OK. Suami & anak lelaki dia saya tengok OK. Untuk anak-anak saya korbankan perasaan saya yang rasa pengasuh ni sangat anoyying. Ikutkan memang nak saja tukar pengasuh lain. Tapi saya bersabar. Lagi pun rumah pengasuh dekat dengan rumah & tempat kerja. Senang nak ulang alik kalau ada hal kecemasan.


Sekarangkan banyak kes pengasuh. Kalau pengasuh tak buat kes, suami pengasuh lak buat onar.


Cuma nak minta idea macamana nak slow talk dengan orang yg lurus macam ni. Kita nak minta dia timbang rasa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aint at 5-7-2021 01:58 PM

hmm susah nak control penjaga yg bkn bwh tadika ni... yg jenis hantar rumah org... pengasuh ni ngada2... nak bayr penoh tp tak jaga penoh... sesenang hati dia taknak time ank time parent.wfh...

iols rasa, TT kena cari alternatif lain la... sama ada hantar anak ke tadika atau pengasuh lain... tp sblm tu cuba diskus, bole bayar gaji hari ke... kalo dia kerek, cari la org.lain... kalo tak,.terpaksa.terima la,.sbb situasi tk mengizinkan ...

by the way, bagus sgt ke dia asuh anak2... kalo tak leh bawak bincang, cuba TT trick dia kata kt tmpt lain ada bole bayar gaji ari... tgk camna dia demand...


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:05 PM | Show all posts
Ehhh awak bayar penuh kan
Kenapa babysitter macam tadika nursery je
Ni babysitter kat rumah dia sendiri ke memang nursery..takpaham

Oklah kalau betul babysitter rumah dia tu.
U iklan je kat fb penduduk setempat dlm taman tu jugak
Entah2 ada je yg hilang keje
Sanggup jaga anak u
Lepas ni takyahlah hanta kat si kerek tu

WFH ni work overload sama mcm kita keje ofis.i paham
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:08 PM | Show all posts
Emm yg ni pakai duit lagilah
Emm
Iklan cari org dtg rumah u sendiri utk jaga anak..u duk diam2 buat keje dlm bilik jgn kluar.
Boleh ke..
Rasanya pkp ni byk org perlukan keje
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:46 PM | Show all posts
Entahla bagi iols kalau pengasuh yang ada perangai berkira ni ada yang berubah jadi ok dan ada yang menjadi2 tak ok pun ada.
Melainkan tt kena turutkan kehendak dia maybe ok,tapi satu iols nak pesan kalau masa tt hantar anak2 ada menjerit ke menangis ke masa hantar ke pengasuh tu iols nasihatkan cari je la  pengasuh lain.Tak payah nak slowtalk cari je pengasuh lain.

Iols  pun essential swasta anak hantar tadika sorang,pengasuh sorang.Nak dapat pengasuh yang jaga di rumah menjaga anak2 kita mcm anak sendiri memang susah la.Kata org ikut nasibla.
Macam Iols pengasuh anak2 mmg dari anak sulung lagi sampai la yang bongsu ni dah 17thn pengasuh ni jaga,masalah mcm tt tu mmg tak ada la.Pengasuh pun dah mcm family Iols je anak2 pun walaupun dah besar2 tetap nak pergi rumah umi depa(panggil umi anak2 kat pengasuh).

Cuma masalah tt ni ada di lalui kawan2 terdekat,cuma Iols boleh nasihatkan jangan la berkira sangat,jaga adab,tutur kata.Anggap semacam keluarga jangan anggap duit kita melebihi segala2 nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 04:56 PM | Show all posts
Meiizu replied at 5-7-2021 02:05 PM
Ehhh awak bayar penuh kan
Kenapa babysitter macam tadika nursery je
Ni babysitter kat rumah dia se ...

Dia babysitter kat rumah biasa2. Bayar full jugak end of month. Tak da kurang pun.
Cuma tu la berkira bukan main. Pernah satu hari dulu saya minta boss masuk lewat 1/2 jam sebab hantar anak checkup kat klinik. Then turn sy kena tunggu lama gila. Sampai jam pukul 11am baru sampai turn. Dah lewat sangat saya segan nak masuk ofis. So minta boss approval nak ambk emergency leave. Kebetulan saya ada report nak kena submit hari tu jugak. Saya inform pengasuh saya cuti emergency nak minta tumpang anak kejap saya nak buat report untuk boss. Lepas tu pengasuh cakap - "eh awak kan cuti jaga la anak sendiri". Padahal hari tu saya patut hantar anak macam biasa kat dia. Berkira bukan main....saya sabar lagi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 04:56 PM | Show all posts
Meiizu replied at 5-7-2021 02:08 PM
Emm yg ni pakai duit lagilah
Emm
Iklan cari org dtg rumah u sendiri utk jaga anak..u duk diam2 bua ...

Good idea jgk... blh consider ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 05:01 PM | Show all posts
Nnasda53 replied at 5-7-2021 02:46 PM
Entahla bagi iols kalau pengasuh yang ada perangai berkira ni ada yang berubah jadi ok dan ada yang  ...

saya ni kalau balik kerja kalau ada beli kudap-kudapan sy belikan untuk dia jugak. Kadang2 saya sedekah mnta org buat COD hntr makan2 mcm kek, donut untuk anak2 asuhan dia jgk. Tak la berkira sangat. Tapi tu la kadang-kadang dia ni lurus macam pembaris. Dia ingat kita ni WFH goyang kaki agaknya. Dia ada pro & cons nya. Baik bab jaga budak2. Tapi tang mulutnya & kerjasama mcm kes WFH ni tak memberangsangkan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 05:14 PM | Show all posts
azahan replied at 5-7-2021 05:01 PM
saya ni kalau balik kerja kalau ada beli kudap-kudapan sy belikan untuk dia jugak. Kadang2 saya se ...

Dia ikut peraturan macam taska berdaftar la tu,susah juga macam ni.Tt cubalah bincang lagi bagitahu wfh pun bukan tak buat kerja.Cuba minta hantar halfday kalau wfh tu,keja yang penting siapkan.
Kalau dia tak nak juga tt redha je la dah sebegitu tabiat kejadian dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 11:07 PM | Show all posts
better awk cari pengasuh lain aje la.  sbb bln2 byr full, utk pengasuh jg. xkesah la u kj kt tpt kj ke or wfh ke or xkeje ke. pengasuh kene jugak jaga. Dia bt awk seolah2 mcm dia jaga budak tu secara charity (percuma). Padahal byr full. Sistem mana la dia pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish tak faham, if awak dah bayar, tak kisahlah WFH ke, awak annual leave ke, if awak nak letak anak kat situ dan bermesra dengan suami pun apa hal dia?

Lainlah awak minta jasa baik dia jagakan anak tapi awak stopped bayaran sebab PKP dan belum sure lagi bab nak letak anak kat dia atau kat rumah, then perasan yang tak boleh fokus kerja dengan anak2 kat rumah so baru nak tanya dia if boleh tak letak anak kat rumah dia (berbayar).  And dia rejected sebab dia pun nak bercuti.

Ni bayaran on? Tapi awak jaga anak?
Then tell her sorry if tak jaga then no payment. Wahhhh sedap2 dia makan gaji buta ye.

TT doa banyak2 minta Tuhan jodohkan TT dengan pengasuh baru yang lebih baik. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur sangat sbb ada my parents..kalau tak i xtaulah...pengasuh TT ni berkira ya ..kalau bayar monthly sepatutnya dia xleh komplen. Hopefully TT jumpalah solution nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 03:19 PM | Show all posts
mclaren replied at 5-7-2021 11:29 PM
Ish tak faham, if awak dah bayar, tak kisahlah WFH ke, awak annual leave ke, if awak nak letak anak  ...

Amin... saya tak sabar nak tunggu anak-anak besar. Nak cepat-cepat hantar masuk taska berdaftar. Senang macam ni. Tak banyak kerenah

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.076853 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list