CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3152|Reply: 2

Penjualan iPhone Pertama Mula Dijual 14 Tahun Lalu

[Copy link]
Post time 30-6-2021 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Penjualan iPhone Pertama Mula Dijual 14 Tahun Lalu

Untuk makluman, hari ini genap 14 tahun telefon Apple iPhone pertama mula dijual pada 29 Jun 2007.

Pada 9 Januari 2007, CEO Apple, Steve Jobs telah melancarkan iPhone kepada dunia pada Konvensyen Macworld di San Francisco dengan kemampuan iPod, kamera dan kemudahan akses internet dan lain-lain. Ia menyifatkannya sebagai sebuah perubahan untuk lima tahun kehadapan berbanding dengan telefon bimbit lain.



Pada awalnya Steve Jobs mendapati pengguna terpaksa membawa telefon bimbit dan alat untuk mendengar muzik secara berasingan. Hal itu memberikannya idea supaya mula mencuba bisnes telefon bimbit.

Pada masa yang sama, Steve Jobs merasakan telefon bimbit yang digunakan pada ketika itu kurang menyenangkan dan akhirnya jurutera-jurutera syarikat tersebut dikumpulkan untuk bekerja dalam sebuah projek.

Telefon ini hadir dalam saiz 4.5 x 2.4 inci dengan berat 135 gram, kamera belakang 2.0 MP, paparan touch screen denan resolusi 320×480 pixel dan teknologi rangkaian 2G. Jenama iPhone pertama dijual dalam kapasiti 4GB dengan harga USD 499 serta 8GB dengan harga USD 599.



Enam bulan selepas dilancarkan, ribuan pelanggan datang ke kedai Apple untuk menjadi antara pengguna iPhone pertama apabila mula dijual di Amerika Syarikat pada 29 Jun 2007. Pada Julai 2008, Apple melancarkan App Store yang membolehkan pengguna iPhone untuk download pelbagai aplikasi untuk digunakan dalam telefon bimbit.

Pada bulan yang sama, iPhone generasi pertama ditamatkan penjualannya dan model baharu dikemaskini dengan teknologi 3G diperkenalkan. Lima tahun selepas pelancaran iPhone pertama, sudah lebih 200 juta unit telah dijual dan sehingga hari ini ianya terjual lebih 2.2 bilion unit di seluruh dunia dengan 10 kali pengemas kinian model.

Kredit : The History, Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2021 11:10 AM | Show all posts
yang pengeluar lain semua ikut, apple pencetusnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 08:11 PM | Show all posts
ya first time guna ......rasa sudah cukup besar dan gah....................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054848 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list