CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1844|Reply: 9

[Tempatan] Edisi Jangan buat tak paham bahasa lagi: Buat secepat mungkin!

  [Copy link]
Post time 29-6-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Agong ulangi titah, Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Istana NegaraFirdaus Azil
Jun 29, 2021 13:54 MYT





Tuanku Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Jelas beliau lagi, Tuanku Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini.

“Susulan sesi menghadap ini, dan lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun, 2021, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan, dapat dibentangkan di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3)Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil lagi.

Turut menyertai sesi itu ialah Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, dan dua TImbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon.

Sos: https://www.astroawani.com/berit ... stana-negara-305704

P/s: Taki dgan abahcow jangan buat2 pekak bisu tak paham bahasa pulak! Dah berapa kali Tuanku bertitah suruh buat cepat!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu lah adik2 dapat bantuandari pengumuman semalam dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 03:43 PM | Show all posts
kali ni agong ada ckp ka specific Tarikh,pukul brapa nk kena buka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2021 03:56 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 29-6-2021 03:43 PM
kali ni agong ada ckp ka specific Tarikh,pukul brapa nk kena buka?

Takda jugak. So kemungkinan besar taki bebal tu masih xpaham jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 29-6-2021 03:43 PM
kali ni agong ada ckp ka specific Tarikh,pukul brapa nk kena buka?

#DengkiKe.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 04:02 PM | Show all posts
kita putar lagi Halimmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
"YDPA xinform tarikh, so bulan 9 la gamaknya"
- taki taki
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 06:13 PM | Show all posts
Mesia demokrasi berparlimen raja berpelembagaan

Apa kuasa agong sekadar anak patung

mkn tanggung berak cangkung

duduk diam2 suda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 06:01 AM | Show all posts
masuk parlimen pungg pembangkang akan minta test manyak2 di buat vaksin manyak2 di cucuk segala soalan yg ditanya style maki hamun jenih baling telor busuk je akan dijawab oleh kerajaan akan di fikirkan akan di rangkakan akan dirancangkan kemudian uturn ..ulang sampai AJM ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065114 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list