CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1687|Reply: 1

Tekad tinggalkan Yamaha, namun bukan ke Aprilia

[Copy link]
Post time 28-6-2021 09:40 PM | Show all posts |Read mode

MAVERICK Vinales dikatakan sudah tawar hati dengan pasukan Monster Energy Yamaha yang memberi layanan lebih istimewa kepada Quattararo pada saingan MotoGP musim ini. – AFP

Tekad tinggalkan Yamaha, namun bukan ke Aprilia

ASSEN – Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales menafikan dia akan menyertai pasukan Aprilia pada musim depan selepas bertekad untuk me-ninggalkan pasukan Monster -Energy Yamaha apabila ber-akhir perlumbaan musim ini.

Pelumba berusia 26 tahun tersebut dikaitkan menerima tawaran terbuka untuk menjadi rakan sepasukan Aleix Espargaro pada tahun depan. Bagaimanapun, Vinales masih terikat kontrak dengan Yamaha sehingga 2022.

Bagaimanapun, Vinales mengakui dia belum memberi sebarang kata putus atau telah menandatangani perjanjian dengan Aprilia.

“Apa yang saya boleh katakan khabar angin mendakwa saya sudah bersetuju untuk menyertai Aprilia adalah tidak benar. Sekarang saya ingin menikmati cuti musim panas dan kita akan lihat apa yang berlaku selepas ini.

“Sudah tentu itu adalah pilihan (meninggalkan Yamaha) dan saya telah memikirkan sejak awal musim lagi. Kea-daan ini disebabkan saya gagal mempamerkan potensi terbaik bersama Yamaha.

“Buat masa ini saya tidak dapat mene-rangkan lebih lanjut,” katanya.

Vinales dikatakan kecewa terhadap layanan pasukannya semenjak kehadiran Fabio Quartararo yang tampil cemerlang dengan menghuni tangga teratas apabila meraih empat kemenangan dalam kategori perdana musim ini.

Akibat masalah dalaman itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia, Massimo Rivola me-ngakui berminat untuk mendapatkan Vinales tetapi dengan syarat pelumba Sepanyol itu seharusnya tidak terikat kontrak.

Buat masa ini, Aprllia masih mencari pelumba keduanya selepas mengesahkan Espargaro kekal bersama mereka pada tahun depan. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 04:54 PM | Show all posts
malaysia boleh buat grand tournament grab & panda rider kat sepang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066626 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list