CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3360|Reply: 0

Goonch, Sejenis Ikan Keli Yang Makan Manusia

[Copy link]
Post time 22-6-2021 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Goonch, Sejenis Ikan Keli Yang Makan Manusia



Goonch, sejenis ikan keli yang beratnya melebihi 200 kilogram dan ukuran hampir 2.5 meter (8.2 kaki) dipercayai memakan mayat yang dibuang ke Sungai Kali, India setelah upacara pengebumian.

Oleh itu, ikan gergasi ini dipercayai mensasarkan manusia yang berenang di sungai untuk memuaskan seleranya dengan daging manusia.

Serangan pertama berlaku pada bulan April 1998, ketika Dil Bahadur yang berusia 17 tahun diseret ke dalam air ketika berenang di sungai. Beberapa saksi, termasuk kekasihnya, melaporkan bahawa dia lenyap di bawah permukaan dan gagal muncul kembali. Pencarian menyeluruh di sepanjang tiga batu sungai Kali tidak menemui pemuda itu.

Tiga bulan kemudian, seorang anak tempatan diseret ke dalam air terlalu cepat sehingga ayahnya yang berdiri berdekatan juga tidak sempat untuk menyelamatkan anaknya. Sekali lagi, mayat tidak dijumpai walaupun banyak pencarian telah dilakukan.

Serangan terakhir tidak berlaku sehinggalah sembilan tahun kemudian, pada tahun 2007, ketika seorang lelaki Nepal berusia 18 tahun diseret di bawah air dan hilang di sungai yang sama. Kali ini, saksi yang sempat melihat makhluk itu dan menggambarkannya menyerupai bentuk ‘khinzir yang panjang’.



Walaupun ia di kawasan tropika, Sungai Kali terletak di pergunungan tertinggi di bumi. Oleh itu, buaya tidak tinggal di sungai yang berlakunya banyak serangan ini kerana suhu air yang lebih rendah.

Serangan misteri itu disiasat oleh ahli biologi Britain dan pemancing profesional Jeremy Wade, hos siri Discovery Animal Planet iaitu River Monsters. Oleh kerana sukar untuk menangkap raksasa ini, Goonch telah dinamakan sebaagi Jeremy Greatest Rival.



Semasa siasatan di bawah air, terdapat beberapa ikan keli goonch sebesar lelaki dijumpai. Ia juga dikenali sebagai Giant Devil Catfish, di sungai-sungai seluruh Asia Selatan dan telah mencatat rekod dengan panjang hingga 2 meter.

Perbincangan dengan penduduk kampung menyebabkan Wade berteori bahawa Goonch yang sangat besar ingin rasa daging manusia setelah memakan sisa-sisa manusia yang dibakar dan dibuang dari pengebumian tradisional di tebing sungai.

Wade kemudian melakukan pengebumian palsu untuk mengumpan ikan itu dan dia berjaya menangkap seekor goonch besar dengan berat sekitar 160 kilogram (73 kg).

Wade percaya bahawa ikan sebesar ini mampu memakan manusia sekurang-kurangnya saiz budak dan spesies yang lebih besar mampu memakan manusia bersaiz dewasa.

Sumber:https://plus.wiser.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.171746 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list