CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3695|Reply: 7

Biar bonda ‘pergi’ dulu dari ayah – Elyana

  [Copy link]
Post time 21-6-2021 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Biar bonda ‘pergi’ dulu dari ayah – Elyana



Oleh FATHULLAH ABU BAKAR   21 Jun 2021, 12:30 pm

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Elyana Emrizal, tidak melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Bapa buat suami tercintanya dengan ucapan sangat menyentuh hati.

Menerusi entri Instagramnya,Elyana yang kini sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital sempat berkongsi gambar bersama keluarga kecilnya serta ucapan sempena hari istimewa tersebut di media sosial itu.

“Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda, Cinta serta Cahaya sayang sangat dekat ayah. Jika ayah tiada, kami tak seronok. Mesti nak ada ayah, sebab ayah ‘superhero’ kami.

“Semua ayah boleh buat kecuali pasang kabinet, katil, serta apa sahaja yang ada skru memang ayah tidak pandai. Nasib baik bonda mahir bahagian itu.

“Sebab itu selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tidak seronok jika tiada awak,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen tersebut rata-rata warganet turut berasa sebak serta mendoakan agar kanser limfoma yang dihidapinya kembali pulih seperti sedia kala.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 02:14 PM | Show all posts
sejak dia sakit ni, ramai ejen2 insurans & takaful guna nama dia promosi business
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih plak iolls rasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:08 PM | Show all posts
Semalam tengok cita fatherhood, menangis sedih sebab tak sangka mak mati.

Rasa cam diberi pilihan biar bapak mati, jangan mak walaupun cinta mati tak boleh hidup sekalipun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dia diberikan keajaiban, dipulihkan dari penyakit kanser..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian sangat dengan el. dulu idola aku niii. tibeh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2021 08:48 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh nana
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik je dia walau serabot sakit. Laki die pon sygg je die. Fans lagilah bg je food hari2. Semoga sihat Elyana. Aku rasa kalau die x de cancer dah level ctdk kot sbb die approachable, likeable x membosankan dan multitalented.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062250 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list