CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3223|Reply: 5

8 Tips Efektif Untuk Mengatasi Anak Suka Melawan

[Copy link]
Post time 20-6-2021 09:27 PM | Show all posts |Read mode
8 Tips Efektif Untuk Mengatasi Anak Suka Melawan


Suatu hari di taman permainan.

“Jom sayang, kita balik rumah, dah nak senja ni.”

Baru sahaja anda ingin memimpin tangan si kecil, tiba-tiba anda mendengar jeritan daripadanya. “Tak nak balik, tak nak balik. Nak main lagi!”

Melihat banyak mata sudah memandang kea rah si kecil, anda terus memujuk namun makin kuat jeritannya. “ Baik, kalau tak stop menjerit, umi tak mahu kasi main Lego nanti.”

Anak suka melawan?

Ugutan anda tak menjadi, malah si anak mula membentak dan melawan kata-kata anda. Kita cakap satu patah, dijawabnya 10 patah, aduhai… Kalau ikutkan hati yang panas, memang ‘ringan’ sahaja tangan nak mencubit mulut si kecil ni!

Memang geram bila anak kecil sudah mula pandai membentak, melawan kata dan meninggikan suara, terasa seolah-olah mereka tidak menghormati kita sebagai ibu bapa. Lebih-lebih lagi selama ni kita sendiri pun tidak pernah meninggikan suara dengan anak. Adakah kita patut membalas jeritan anak dengan meninggikan suara? Merotan mereka agar lebih berdisiplin?

Bukan mudah untuk berkomunikai apabila marah.

Jadi, apa yang patut kita buat dalam situasi begini?

1. Tarik nafas dan bawak bertenang

Cakap memang senang, tapi bukan mudah nak redakan hati yang panas dengan kelakuan anak yang semakin menjadi-jadi. Kalau dilayan memang berlarutan. Baik kita cool down. Tarik nafas dan tenangkan diri. Bila anak lihat kita tenang, lama kelamaan dia pun akan tenang dengan sendiri.

2. Letak diri anda di tempat mereka

Cuba letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin apa yang anda arahkan membuat mereka rasa tidak selesa dan tidak tahu cara untuk menolak paksaan anda melainkan membuat perangai. Anda sendiri pun tidak suka dipaksa kan?

3. Beri respon yang lembut

Tukar arahan kepada kata-kata yang lebih lembut agar anak dapat memahami apa yang anda ingin lakukan. Misalnya, jika anak anda tidak mahu beredar dari satu tempat, pujuk dengan lembut yang anda ingin bawanya ketempat yang lebih menarik. Dengan ini, anak akan mudah mengikut kata anda tanpa timbul rasa paksaan.

4. Check mood mereka

Anak-anak mudah meragam jika rasa lapar dan dahaga lebih-lebih lagi bila terasa penat serta mengantuk. Jadi pastikan anda periksa situasi atau mood mereka dari masa ke semasa. Jika mereka asyik bermain, sekali-sekala hulurkan biskut atau air kepada mereka.

5. Beri anak masa

Jika anak meragam dan memberontak, jangan pula dicurahkan api dengan memarahi mereka balik, memang makin teruk jadinya. Jadi, tukar pendekatan dengan member peluang anak meluahkan apa yang dirasa. Jadi pendengar yang bagus.

6. Berdiam diri

Tidak semestinya anda perlu beri respon jika anak mulai meragam dan bersikap kurang ajar dengan anda. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik. Tidak bermakna apabila anda mendiamkan diri, anda membiarkan sahaja perangai sebegitu.

7. Wujudkan body contact

Meskipun keadaan sedang ‘panas’ antara anak dan anda, tidak bermakna anda tidak boleh lakukan body contact. Peluk anak perlahan-lahan meskipun dia meronta-ronta dalam pelukan anda. Percayalah, lambat laun pasti anak anda memeluk anda kembali kerana sebenarnya dia perlukan sokongan anda meskipun sewaktu sedang marah.

8. Beri nasihat selepas keadaan tenang

Apabila masing-masing sudah tenang, anda boleh duduk dan berbicara hati ke hati dengan anak. Dengan ini, anda dapat mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya bersama dengan tenang.


Dalam apa jua situasi , pastikan anda berkomunikasi secara lembut dengan anak-anak. Meskipun masih kecil, mereka juga punya perasaan. Apabila anada meninggikan suara, secara tak langsung mereka akan merasa tertekan dan meluahkan rasa itu dengan membentak serta melawan cakap anda.

Jangan bercakap sewaktu hati sedang panas. Apabila emosi kurang stabil,maka apa yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut akan terlepas sehingga mengguris hati. Berkomunikasi semula apabila situasi sudah beransur tenang.

Sumber: http://wanitakelantan.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 09:44 PM | Show all posts
boleh moderator gunakan tips ni untuk forumer stinger nyawa liat cam daging lembu pasar tani bahagian punggung jenis kalau gigit tercabut gigi
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 05:10 PM | Show all posts
wonderful article and Below are some tips for parents when their children are fighting:
Teach Problem Solving.
Use Praise and Positive Reinforcement.
Be a Positive Role Model.
Be Calm Under Pressure.
Monitor Your Reactions.
Don't Pay Attention.
Treat Everyone the Same.
Minimize Occasions for Fighting.
we need to overcome this follow up..TITANIUMTV APK
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tips yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 09:43 AM | Show all posts
bagus tipsnya.. tapi kadang bila dh ada anak ni, kena tengok gaya anak sendiri..tips ni kadang hanya panduan, maybe boleh guna, maybe hanya omongan kosong sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendermiz replied at 27-7-2021 09:43 AM
bagus tipsnya.. tapi kadang bila dh ada anak ni, kena tengok gaya anak sendiri..tips ni kadang hanya ...

Yupp.. betul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.061811 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list