CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 7

Ini 5 Khasiat Dan Kebaikan Taugeh Yang Ramai Tak Tahu

[Copy link]
Post time 9-6-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Ini 5 Khasiat Dan Kebaikan Taugeh Yang Ramai Tak Tahu



Taugeh sangat popular dalam masakan seperti kuetiau goreng dan seumpanya kerana tanpa adanya taugeh, rasanya seperti kurang sempurna. Walau bagaimanapun, ramai juga yang tidak suka dan sangat benci dengan kehadiran taugeh ini dalam masakan.

Tapi sebelum anda terus membenci kehadirannya dalam masakan anda, mari kami kongsikan 5 khasiat dan kebaikan taugeh yang ramai tak tahu.

1. Mencegah kanser

Taugeh dapat mencegah kanser daripada berlaku. Ini kerana, ia mengandungi zat yang mampu melumpuhkan permulaan awal kanser tersebut.

Taugeh juga dapat mencegah penyakit usus dan pankreas. Bagi wanita yang sering makan taugeh, ia juga mampu mengurangkan risiko kanser payu dara.

2. Merawat kesuburan



Setiap sayur-sayuran mempunyai fungsi dan kebaikannya yang tersendiri. Tapi, tahukah anda bahawa taugeh dapat membantu kesuburan lelaki dan wanita?

Untuk lelaki, pengambilan taugeh yang kerap dapat menghasilkan sperma yang banyak dan berkualiti. Bagi wanita pula, ia dapat membantu kesuburan telur atau ovum wanita.

3. Mengurangkan lemak

Taugeh juga dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan kita. Bagi anda yang berisiko untuk mendapat penyakit strok dan serangan jantung disebabkan kadar lemak yang tinggi, tambahkan taugeh dalam menu masakan anda dan ia dapat mengurangkan lemak-lemak yang tidak baik yang terdapat dalam badan.

4. Awet muda



Antara salah satu faktor untuk mendapatkan awet muda adalah dengan mengamalkan makan taugeh kerana ia kaya dengan antioksida.

Jadi, sesiapa yang ingin kelihatan awet muda, anda boleh cuba untuk amalkan pengambilan taugeh dalam menu masakan anda.

5. Membuang kotoran

Taugeh juga sebenarnya boleh membantu dalam membuang kotoran di dalam usus besar kita kerana ia mengandungi banyak serat dan air.

Walau bagaimanapun, pastikan taugeh yang dimakan itu segar, tidak berubah warna, dan tidak berbau. Hal ini kerana bakteria dapat membiak jika dibiarkan taugeh terlalu lama.

Jadi, adakah anda penggemar taugeh ataupun sebaliknya? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber:
Iluminasi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2021 10:21 AM | Show all posts
paling x gemar kalau taugeh dalam kuey tiaw goreng.. sanggup asing satu2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:38 AM | Show all posts
sedapnya sayur taugeh chicken rice shop....
taugeh masak lemak letak tauhu pun sodap...
i ollz sgt jarang masak taugeh at home...takde yg suke...
tp if oder luar mmg request taugeh lebih dlm char kueh tiaw hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lps ni kne mkn lebih sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
aku bukan peminat sayur..yg berdaun semua tak gemar, bendi, eh byk la sayur aku tak suka..tapi taugeh ni aku suka sgt pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 04:56 PM | Show all posts
Ada beza tak dengan makan kacang hijau sbb asal taugeh dari kacang hijau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 11:08 AM | Show all posts
yenil95 replied at 5-8-2022 04:56 PM
Ada beza tak dengan makan kacang hijau sbb asal taugeh dari kacang hijau?

Taugeh yang kita buat sdiri ngan kacang hijo tu rasanya sama je cuma dia tinggi sikit memankang ghitew
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 03:08 PM | Show all posts
aku suka taugeh ni. buat simple je, i.e. mkn dgn sambal kicap pun dah cukup sedap bg aku. hr tu aku beli lebih, masuk dlm bibimbap, bihun goreng, pastu ada lg lebih, aku buat mcm jeon kt bwh ni. yumss!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.222980 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list