CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1651|Reply: 0

[Lain-Lain] Filem biopik legenda skuash, Nicole David dalam pembikinan

[Copy link]
Post time 8-6-2021 07:24 PM | Show all posts |Read mode

KEUNGGULAN Nicole dalam arena skuash dunia akan diabadikan dalam sebuah filem biopik.

Filem biopik legenda skuash, Nicole David dalam pembikinan

PETALING JAYA – Kehebatan legenda sukan skuash tanah air, Datuk Nicol Ann David akan divisualkan menerusi sebuah filem biopik tidak lama lagi.

Nicole, 38, berkongsi berita gembira dan membanggakan tersebut menerusi satu hantaran Instagram.

“Saya berasa sangat tidak sabar dan terharu untuk mengumumkan bahawa filem biopik saya akan diterbitkan.

“Menjadi impian saya yang satu hari nanti, saya dapat berkongsi kisah saya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya bekerja keras demi menggapai impian dan terus mencabar diri meraih kejayaan besar dalam hidup,” kata bekas pemain skuash profesional yang juga juara dunia sebanyak lapan kali itu.

Filem biopik berjudul ‘I AM Nicol David’ akan diterbitkan  produksi filem tempatan, Ace Pictures Entertainment.

“Saya sangat bersyukur dapat peluang untuk bekerjasama dengan Ace Pictures yang berkongsi minat ini dengan saya dan tidak sabar untuk memulakan projek ini.

“Filem ini akan menjadi satu perjalanan yang panjang dan saya amat teruja dengan sokongan anda semua merealisasikan hal ini,” katanya lagi.

Selepas 20 tahun berkecimpung dalam sukan skuash, Nicole mengumumkan persaraan atau menggantung raket pada 2019.

Sebelum ini, kejayaan legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei yang juga bekas pemain badminton nombor satu dunia turut divisualkan menerusi projek filem biopik berjudul Lee Chong Wei: Rise of the Legend. Filem tersebut ditayangkan pada 2018. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.390596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list