CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3178|Reply: 1

[Lain-Lain] 'Ip Man' Donnie Yen bakal muncul dalam 'John Wick 4'

[Copy link]
Post time 7-6-2021 05:32 PM | Show all posts |Read mode
'Ip Man' Donnie Yen bakal muncul dalam 'John Wick 4'



Bintang seni mempertahankan diri terkenal Hong Kong, Donnie Yen (kiri) akan bergabung dengan Keanu Reeves dalam sekuel terbaharu filem aksi "John Wick".

BINTANG seni mempertahankan diri terkenal Hong Kong, Donnie Yen dilapor bakal muncul dalam sekuel terbaharu filem aksi "John Wick".
Difahamkan Donnie yang popular dalam filem aksi francais "Ip Man" akan memegang watak sebagai rakan lama John Wick (Keanu Reeves) yang berkongsi sejarah dan juga musuh yang sama, lapor Entertainment Weekly.

"Kami sangat bertuah kerana Donnie Yen menyertai francais ini.


"Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dalam peranan baharu yang menarik ini," kata pengarah Chad Stahelski dalam satu kenyataan.
Donnie terkenal dengan peranannya dalam filem aksi seni mempertahankan diri, termasuk francais "Ip Man" di mana memegang watak sebagai 'sifu' atau 'grandmaster'.

Di sebalik watak di layar perak, Donnie sememangnya mahir dalam banyak teknik seni mempertahankan diri termasuk wushu, judo, dan wing chun.
Selain "Ip Man", pelakon Hong Kong itu juga pernah membintangi filem francais "Star Wars: Rogue One" dan "Mulan".




Sumber:https://www.astroawani.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
harap donnie tak terima nasib yg sama mcm. mark dagascos dlm john wick 3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058292 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list