CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 5

[Tempatan] Kes sporadik dan kematian meningkat disebabkan kemasukan varian baru dari luar.

  [Copy link]
Post time 7-6-2021 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Majoriti kes baharu dan kematian akibat kes sporadik, varian baharu jadi punca - Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR: Majoriti kes baharu dan kematian akibat COVID-19 yang dikesan sejak 1 April merupakan kes-kes sporadik.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, kes sporadik bermakna kes yang dikesan dalam komuniti namun tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis dijalankan, daripada jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-13 bermula 28 Mac hingga 3 April, sebanyak 8,968 kes (52 peratus) adalah kes sporadik.
"Pada Minggu Epidemiologi ke-19, 9 Mei hingga 15 Mei, sebanyak 29,386 (77.7 peratus) kes sporadik.
"Negara kemudian merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada Minggu Epidemiologi ke-21, 23 Mei hingga 29 Mei, dengan sebanyak 53,419 (86.1 peratus) kes sporadik.
"Trend kes sporadik kekal tinggi pada Minggu Epidemiologi ke-22 pada 30 Mei ke 5 Jun dengan kes baharu 52,040 (84.3 peratus) kes sporadik," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
"Kes kematian dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 28 Mac hingga 3 April sebanyak 35 kes (26 kes sporadik, manakala pada Minggu Epidemiologi ke-19 pada 9 Mei hingga 15 Mei sebanyak 209 kes kematian (187 kes sporadik).
"Jumlah ini melonjak dan pada Minggu Epidemiologi ke-22 pada 30 Mei hingga 5 Jun sebanyak 641 kematian dengan 559 kes sporadik," ujarnya.
Tambah beliau, salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi selain penularan secara meluas dalam komuniti berbanding minggu epidemiologi sebelum ini.
Justeru, Dr. Noor Hisham menyeru masyarakat mengambil situasi serius situasi tersebut di mana penularan COVID-19 adalah dalam komuniti termasuk pusat beli-belah, tempat kerja dan sebagainya.
"Masyarakat perlu faham sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada dan akibatnya kita melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian kes sporadik dalam komuniti.
"Kementerian Kesihatan menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya.

Sumber : Astro Awani




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kampung i ni dah 3 orang arwah kerana Covid, satu umur 60,48,74 tahun. Dan dengar cerita ada beberapa orang positive dan quarantine di Maeps.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2021 02:49 PM | Show all posts
slavehunter replied at 7-6-2021 02:46 PM
Kat kampung i ni dah 3 orang arwah kerana Covid, satu umur 60,48,74 tahun. Dan dengar cerita ada beb ...

ramai jugak yg meninggal kt rumah tanpa sedar tahu2 je meninggal.... power betul virus dari varian baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 7-6-2021 02:49 PM
ramai jugak yg meninggal kt rumah tanpa sedar tahu2 je meninggal.... power betul virus dari varian ...

Ada terbaca pandangan sorang pakar kesihatan, varian baru ni mungkin jugak disebabkan virus tu mutated locally. Sbb tu WHO skrg guna alpha,  beta tu..x guna dh nama lama african variant etc.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 7-6-2021 02:49 PM
ramai jugak yg meninggal kt rumah tanpa sedar tahu2 je meninggal.... power betul virus dari varian ...

Kesiannye.....tau2 dah keras, bunyi ambulance pun makin kerap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 05:38 PM | Show all posts
Nak tau jugak vaccine yg ada sekarang ni efektif ke dgn varian2 baru ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.313251 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list