CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarah82

Meh kongsi kisah SAKA @ KETURUNAN disini

  [Copy link]
Post time 20-11-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry cuols nak menyampuk sikit. Ada terbaca page belakang katanya kalau baran tu ada saka atau pendamping. Betul ke cuols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Belah mak
Nenek (melayu) + Atuk (melayu+india)

Atuk belah mak katanya membela dulu2. Macam pakai pendinding nak elak drpd haiwan berbisa. Sebelum meninggal, anak2 semua risau kalau apa yg dibela tu tak dibuang. Benda ni jadi kalut lepas pakcik I jumpa orang utk tengok kan atuk. Kata orang tu, belaan atuk ada lagi. Tak tahu lah siapa yg pakcik I pergi jumpa, tapi orang tu siap cakap “baik buang cepat. Takut nanti susah nak meninggal.” Ada banyak cara anak2 guna untuk buang. Benda yg anak2 cuba ni I tak tahulah menjadi ke tak. Tapi yg I ingat, atuk meninggal depan I dlm keadaan tenang je. Boleh jadi atuk dah buang dulu tanpa siapa2 tahu.

2. Belah bapak
Nenek (melayu) + atuk (melayu jawa)

Parents arwah atuk dulu ada saka harimau. Makcik i cerita masa dia kecik, bila waktu malam boleh nampak ekor harimau termasuk dkt celah lubang lantai. Ada masa boleh dengar bunyi harimau dkt bawah rumah. Saka ni tak tahulah ada orang ambik ataupun dah buang.

Lepastu, atuk ada bagi makan (tak tahu bg makan dkt benda apa) dkt belakang rumah sebelum majlis kahwin makcik I. Tak tahulah apa maksud sebalik bagi makan tu.

Dekat kampung bapak I memang biasa sangat orang membela ni. Ada masa orang yg membela ni nak test belaan/ilmu, dia hantar je dkt sesiapa dia nak.

Risau pulak bila tahu dua2 keluarga ‘pernah’ membela. Lagi2 part ‘bagi makan dkt something sebelum majlis kahwin’. Harapnya saka tu semua memang betul2 dah buang lah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ckenj replied at 16-11-2021 04:49 PM
ces...baru jumpe trend ni...hehhe. nice reading...citer owner betul2 takde pulak.hehehe.

i just na ...

Hush ni rare ni..tak tnye lebih lanjut ke.kalo kte takut huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 02:51 PM | Show all posts
baru terjumpa benang ni...
sebab bosan tak tau nak baca apa...

seingat iols dulu, kakak kepada atok iols ada harimau putih...
masa atok iols sakit... kakak dia ni datang ziarah atok iols..
bila tanya mai dgn sapa (kot2 la anak dia hantar dia ke apa ke)
dia ckp putih hantar...
masa tu iols kecik lagi...
iols dgr makcik2 iols membawang sesama sendiri "putih tu rimau dia"

tp xtau la pi mana rimau tu skrg...
tidak la iols tahu rimau putih pun salah satu cabang saka...
baca sini baru tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 20-11-2021 02:18 PM
Sorry cuols nak menyampuk sikit. Ada terbaca page belakang katanya kalau baran tu ada saka atau pend ...

Tak semestinya.. Tapi mmg ramai yg ckp baran ada kaitan dgn saka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 02:36 PM | Show all posts
assalammualaikum.
just nak share. sy xsure ada saka ke tak.. ayh sy mmg asal dr Indonesia. ayh pun xpernah langsung cakap ada saka ke ade penjaga ke..mmg xpernah langsung dia sebut.

mula nya, saya ikt member , sy nama kan N. kami sebaya. And dah umur 30+, masih single. So time tu kami saja je try jumpa sorg akk nih nak tgk ada pape ke yg buat ktorg nih berat jodoh. Masa tu fikir, nak ikhtiar je xpe kot. Dalam pada nk pegi tu pun fikir byk kali, sbb takut.  Kak tu pndai la merawat dan sy rse dia pun ada something utk bantu dia dalam kerja2 merawat nih. Hehe


So masa jumpa tu, sy bawak kkk sy jugak, sbb takut kan. Kira nye kami bertiga. (btw, kakak sy blm berkahwin jugak,umur 50+). Masa dia scan N , dia ckp ada bnde yg ikt dia. Macam xnak bagi dia berkawan dgn org lain. N nih kerja hospital, so maybe bnde tu follow dia kt situ la kot. Akk tu bg dia mndi air limau purut utk buang la kot. Saya pun xigt dah. Lepas mnd tu dia pesan, akk just bntu, apa2, berbalik pd ALLAH. Dan kena la cuba ikhtiar cara lain jugak. Mksd kat sini, cuba berkawan etc . dan lepas dr tu dia pun cam lebih tenang dan tetiba rmai lelaki tegur dia yg mana sebelum nih xpernah pun bertegur dia even hari2 jumpa.


Last baru scan saya. Dia ckp sy ada penjaga. Maybe dari belah ayah. Penjaga tu macam menghalang org utk “Nampak” saya. Akk tu jugak bgtahu penjaga tu adalah pahlawan n ada kena mngena dgn istana. Masa awal2 tu saya hanya mmpu mendengar sbb xtaw nk caya ke x. hahah. Kak tu jugak cakap, dulu2 kan nenek moyang suka bukak tanah dgn bantuan makhluk2 nih. Saya pun just angguk2, naïf sgt. Dalam hati 50:50.
Kak tu kata kena mintak izin, utk bukak halangan tu dr penjaga tu. Dan kalau boleh buang la penjaga tu. Ada forumer cakap psl tahi lalat kan kt page dpn2.. kak tu pun ada ckp, kebetulan mmg sy ada tahi lalat kat tengkuk belakang ngn bahu.
Sebelum mnd limau purut + bunga tu kan, kak tu bg sy mnd dgn air sungai + air kelapa. Xtau la utk apa. Ada akk tu bgtahu. Tapi sy xigt. Lepas mnd 2x (air sungai dan limau purut )tu sy jmp jodoh saya. Alhamdulillah.


Bukan la nk percaya 100% dan bukan la xpercaya langsung. Saya tkt blh jatuh syirik. Lps jumpa kak tu, sy bdoa pd ALLAH, saya berserah bulat2 pd Allah, dan saya percaya tiada lebih bkuasa selain ALLAH SWT. Sekejap je, sy jmp jodoh. Mungkin mmg dh smpai jodoh saya. N masih single smpai skrg.
Pasal penjaga tu, saya xsure nk cri sapa utk buang if let say betul mmg ada penjaga yg jaga saya. Kalau boleh saya nk jumpa perawar/ustaz yg betul2 blh merawat secara islam. Saya xde la ada kejadian aneh2 pun. Just dlu2 mmg slalu kena tindih masa tido. Smpai xberani nak tido kekadang. Smpai demam2 pun penah jugak. Xtaw la relate ke x dgn penjaga nih. Yg nih peristiwa lain dan sebelum jumpa kak tu.

Maaf ye klau ayt sy tunggang langgang.hahaha. btw, kak sarah saya fan akk. Tiber. Saya masih tggu cerita kak sarah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2021 09:18 PM | Show all posts
msTazmania replied at 10-12-2021 02:36 PM
assalammualaikum.
just nak share. sy xsure ada saka ke tak.. ayh sy mmg asal dr Indonesia. ayh pun x ...

nice story btw.. i suka. tapi kalau boleh nakkan kepastian tu, berjumpalah dengan pakar perubatan islam. Semoga urusan puan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 08:23 PM | Show all posts
My nenek last month baru passed away. 12 tahun sakit tua tp tak mati mati wpun kene C19 sbb saka.

Panggil ramai jugak ustaz tp tak berjaya sampailah satu ustaz.

Ustaz tu plak rajin dok bercerita. Antara yang die pesan yang barang kt rumah lama yang tak boleh diambil sbb barang tu mungkin digunakan utk pasung saka:
1. Emas
2. Salinan pakaian ibadah
3. Batu lesung or batu giling - selalu guna utk pasung bajang
4. Benda tajam - keris, tombak, cucuk sanggul
5. Papan rumah

Pastu die cerita plak psl pokok-pokok yang kita kene hati-hati kalu nk tanam kt rumah.
1. Pokok bunga tanjung -jangan tanam depan rumah. Kalu tanam dlm kawasan rumah jgn biarkan tinggi smp bumbung rumah. Sbb Cik Lang and Cik Ponti akan berbuai di pohon tu.
2. Pokok ciku - katanya Cik Lang dan Cik Ponti tu rabun so die confuse bunga ciku dgn bunga tanjung.
3. Paku langsuyar, tanduk rusa - kejadian die alami dlm tahun 80-an. Die dipanggil sbb ade akak tu lepas bersalin darah tak henti henti kuar. Dekat 6 besen darah wiladah kuar. Time nk masuk rumah akak tu, Cik Lang terbang depan die. Die ckp cntik mcm ratu opera pakai gown putih bau wangi sgt. Kalau manusia rasa nk peluk (ustaz ni pun ). Nmpk benda tu terapung kt bwh benda tu nmpk darah. Rupa benda ni lah dok tarik darah akak tu. Benda tu terbang pastu die bertenggek kt paku langsuyar kt tepi rumah akak tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ada kesempatan baca thread nie lagipun tgh cuti panjang..pengalam lihat mak sendiri fighting with saka..nanti pelan cuba cerita..Arwah mak lahir di kota bharu, banyak stay dengan nenek dia ( moyang aku ak panggil tok nyang)dekat selatan thai..kg apa?? Rahsia. Mak pada mak aku, aku panggil Wae, seorang mak andam, terkenal kat kampung aku. Suami Tok Nyang aku, tak sempat jumpa, dia meninggal awal..Mengikut Cerita mak aku dia nie kat kg terkenal sebagai imam & tok bomoh, ramai orang respect dia, sampai tok sami dok area situ pun respect dengan dia..Mak aku selalu cerita masa dia kecik -kecik dulu ( dia sekolah kat kg tok nyang aku kat siam nun) selalu tok sami bagi macam - macam buah dekat mak aku..buah nie diorg tanam kat tepi Wat ( tokong).. Dah panjang lebar intro cerita..Arwah mak aku nie ada satu amalan pelik...dalam bilik tido dia mesti ada satu bilik kecil yang semuanya mesti warna kuning..ada malam2 tertentu nie dia akan beramal kat situ..kitaorang adik beradik mmg tak berani nak masuk kat bilik tu...spooky semacam..Arwah mak dia akan selalu baca Yassin 7 kali tiap - tiap malam jumaat, dia tak boleh makan daging..kalau makan daging mesti hidung berdarah..Dia boleh makan ikan ja..Mak aku nie sakit kena sihir...lama dia berubat sampai berubah fizikal dia..Lama dia sakit dari aku kecil sampai dah beranak pinak..Sebelum sakit dia ok ja boleh makan macam macam.. Masa sebelum sakit dia selalu dapat mimpi, ada orang tua nak bagi ayat -ayat al -quran, tapi dia macam tak nak..Dia macam termimpi orang tu datang rumah bagi macam -macam barang..aku kecik lagi masa tu, tak faham sangat...Satu lagi dia juga mimpi tok sami pakai serba kuning..Rumah kami pun selalu ada benda kacau. Benda yang pertama adalah bunyi orang kacau minuman atas meja..masa tu arwah ayah tak ada, pergi kursus kat kl..terkejut kami..bila tengok ja atas meja  tu sudu tgh bergerak sendiri..seram weh..beberapa kali sampai abg aku amik dia buang air tu n basuh cawan. Kejadian yang kedua..berlaku dalam minggu yang sama..Makcik aku ada bagi lauk kurma ayam..Mak aku letak la kurma ayah nie bawah saji..tapi masa tu tak ada siapa nak makan..Malam tu, tgh malam mak dengar bunyi bising kat dapur. Mak bingkas bangun n tengok-tengok saji tgh terapung..apa lagi mak kejutkan abang2 aku..aku pun bangun sekali tapi tak faham apa yang berlaku..Abg-abg masih ingat lagi kejadian tu..Nak cerita banyak lagi kejadian horror kat rumah tu sebelum mak aku sakit teruk..Bila mak aku saki teruk nie, dia banyak jumpa macam - macam pengamal perubatan, kebanyakkan yg syirik aku rasa..mak aku  elok sikit  bila dia berubat kat pondok selatan thai..mmg kat situ orang - orangnya kuat agamanya. Orang itu minta mak aku selalu amalkan yassin tu n ada ayat-ayat al-quran supaya badan kuat, tah tinggal.. Ustaz tu cakap, ada saka keturunan yang nak damping tapi ada pertembungan dengan ilmu perubatan dari arwah datuk dia dan sihir yang orang bagi pada dia..tu yang jadi teruk sangat. Aku pernah sakit kepala yg amat sangat, demam tak kebah-kebah walau makan panadol berpapan- papan..Akhirnya mak aku baca-baca sikit terus hilang..demam n sakit kepala...Rupanya aku ada terpijak sesuatu yg orang letak kat depan rumah..Dalam setahun dua sebelum dia meninggal, arwah mak macam sakit - sakit..pergi klinik doc cakap tak ada apa, sakit orang tua katanya..Pada masa yang sama anak saudara aku yang perempuan dia macam ada sakit misteri,  tak boleh nak nak berjalan macam tu, bawa jumpa doc, doc cakap tak ada apa-apa.Kakak aku dah risau,
dia pun pergi  berubat kampung..Orang yang berubat tu cakap anak sedara aku nie macam nak mewarisi benda..kakak aku pun macam panikla..sebab selama nie tak tahu pun kami ada benda tu..Mmg kakak aku n anak saudara aku nie tak sanggup la..n Orang yang berubat tu cakap menda tu dari mak aku yg sekang tengah merayau-rayau cari tuan yang baru..Bila kakak aku cerita ja menda nie kat aku terus macam terdetik, adakah mak aku nak mati ke..Tapi masa tu tak cakap kat siapa -siapa lagi. Anak saudara aku nie mmg gifted, dia hijab terbuka ya g boleh nampak makhluk halus dan ada sixth sense kalau tempat / orang tu ada sesuatu. Kakak aku pernah tanya orang yang berubat tu, kalau mak aku berubat untuk tanggalkan saka dia macam mana?..Orang tu jawab mak awak akan meninggal tak lama selepas tu. Jadi kakak aku pun tak berani la nak buat apa-apa..Tak lama kemudian mak aku nie dia ada tunjuk perangai pelik dia, tak sabar nak balik kg halaman dia kat selatan siam tu..dia selalu mimpi nenek dia n semua saudara mara yang meninggal sedang buat kenduri, meriah sangat kata mak aku..banyak kali dia mimpi macam tu..Aku pun buat biasa la..tapi macam terdetik tapi tak boleh nak cakap apa. Mak aku pun siap call abg aku supaya bawa dia balik kg dia, nak berubat ngan ustaz pondok tu lagi sebab dia macam tak sihat sangat..Abg aku yang sulung tu apa lagi, terus bawa balik mak nie ke kg dia..Masa dia kat sinilah Atuk sedara aku paksa abg bawa mak aku g hospital kat sana..tapi sebelum tu mak aku nak berubat dulu ngan ustaz tu..lepas ja berubat dengan ustaz tu, abg aku terus bawa mak aku g hospital..rupanya doc kat sana nak tahan .aku, mak aku kena kanser perut tahap 4 dah..terkejut kami semua..Mak aku kata boleh masuk hospital tapi nak berubat dulu..so abg aku on je..lepas tu balik Malaysia abg aku dah arrange dah dengan sepupu kami kat husm untuk warded n surgery ..Kami pun plan nak jaga mak bergilir-gilir la masa kat husm tu..tak sampai seminggu mak kat kg dia..Kami dapat berita arwah mak dah meninggal kat sana waktu sebelum subuh..Banyak rahsia yang tak terungkai tapi kami semua beranggapan yg ustaz tu dah buang saka atau pendamping arwah mak sebab itu mak.pergi dengan mudah sekali, dalam tidur..Alfatihah untuk arwah mak, ayah, wae, tok ayah, tok nyang..
Maaflah kalau ayat berterabur sebab banyak sangat nak cerita tapi ini sahaja yang mampu ditulis..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 05:11 PM | Show all posts
Panjang... tapi abes jugak aku baca dah Nozot
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:48 PM | Show all posts
lalabeez replied at 20-10-2021 10:49 PM
I nak share juga pengalaman I buang saka (wallahu'alam).

Background :

masa proses buang gangguan saka tu ada x selepas tu family you kena buat makanan bawa ke tempat perawat dan makan sama2. kira macam buat kenduri lah. tapi makanan tu x dijamu pada saka tu hanya kita je yg makan. menu makanan atas permintaan saka tu, kira perjanjian yang dia takkan datang balik. baru ni akak ada pergi rawat anak sbb gangguan saka ni belah tok dia (belah mertua ). tapi upacara kenduri tu belum lagi lah sbb rasa was2 nk buat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram gak ni.  OT Aku reply sbb nk campak tered gayah jadi page 2.meluat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 05:58 PM | Show all posts
iols tak tahu ni saka ke apa tapi sepupu iols yg perempuan ada sorang yg selalu kena kacau. Kacau yg tak membahayakan takpe, ni sampai nak serang orang lain.

Dah puas berubat tapi memang tak jalan langsung. Sekarang ni dia tengah pregnant pon masih lagi kena kacau. Selalunya sepanjang dia kena kacau tu, memang benda tu akan kacau gak orang lain yg dalam rumah tu, cuma secara indirectly.

Yang peliknya, dia tak duduk pon dekat rumah yg ada benda tu. Tapi tak tahu kenapa dia jugak yg kena kacau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
iols baru tahu yg family iols ada saka.. dan saka ni la punca segala gala masalah dlm hidup iols.. selama ni iols selalu positip bila x de rezeki dlm keje & jodoh.. rupanya ni semua berkaitan dgn saka.. dah beribu2 habis pegi berubat sini sana sekali berubat dgn sorg ustaz ni dia dpt trace segala saka yg ada iaitu saka cik ponti dgn saka harimau.. iols nk buang saka ni tapi x tahu cara yg berkesan & siapa manusia pilihan Allah boleh bantu iols.. Dah 30 an tapi masih belum ada stable career & jodoh.. sedih pulak bila pikir masalah yg berpunca dari benda yg kita x boleh nak control..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:14 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-7-2021 06:06 PM
Dari apa yg iols tau.. Sultan skrg dari bloodline adik.. Yg bloodline abg sama ada kat semenanjung ...

pernah dengar kisah ni, katanya mereka mendarat di bayan lepas...asal dari kejadian burung bayan yg di bawa bersama terlepas disitu..wallahu tak tahu betul ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 02:57 PM | Show all posts
msTazmania replied at 10-12-2021 02:36 PM
assalammualaikum.
just nak share. sy xsure ada saka ke tak.. ayh sy mmg asal dr Indonesia. ayh pun x ...

macam kisah sy la ni...sy pon ada tahi lalat kat bahu gak
sedara tu suh saya mandi bunga dulu..tp sy mcm awk la, 50/50 + malas nak buat

sedara ni jugak kata anak 1st sy, mcm sy jugak, ada somting
mmg anak sy tu skarang boleh tengok mcm2 makhluk
dan dia jugak ada tahi lalat kat bahu (kebetulan ke apa, wallahualam)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 11:43 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Aku ada nk berkongsi psl kisah keturunan aku,tp aku tk dpt nak pastikan samada itu saka atau pendamping atau apa..hehehe. Forumer boleh menilai sndiri.
Cerita nya mak aku anak sulung dari 3 beradik, semua perempuan. Mak aku dr dulu lg selalu mimpi akan ada org tua duk hulur baby ngn kepala berkudis,main tolak tolak pintu,tarik kaki dr bwk umah,culik baby dan mcm2 lg la. Smpai kitorg adik beradik takut bila dengar dia tgh mimpi tu,meraung2..kalo arwah ayah aku ada dia yg akan kejutkan mak aku,kitorg adik beradik mmg takut. Tp sekrg bila dh besar2 ni dh tahu la,so kitorg akn terjga bila dia mimpi. Tp yg musykilnya, setiap kali dia mimpi kejadian tu adalah rumah kayu lama keluarga mak aku. Tapak rumah tu sekrang dh naik semak,yg tinggal pn ada perigi lama jer,tp tktau la boleh nmpak lg ke tak,aku dh lama tk masuk semak tu.

Kisah makcik aku pulak,adik kedua kepada mak aku. Dia ni keje jururawat desa,masa dia awal2 keje dulu kena posting kat area jengka,pahang. Masa tu dia belum kawin,duk sorg kt kuarters klinik desa kt sana. Sepanjang dia duk umah tu bnyak kejadian angker berlaku dlm umah,tp makcik aku ni hati kental...hehehe..tk dilayan sumer gangguan tu, smpai la satu hari tu dia bgtau kt ayah ngn mak aku nkgi berubat. Aku pn tk pasti sebb apa,masa tu aku pn kecik lg tk paham pn apa yg diorg bincang. Cuma yg aku tahu,diorg pegi berubat ngn ada sorg ustaz ni makcik aku kena duk sorg2 tgh mlm kt atas batu tepi sungai,tk pasti apa tujuan dia then lps tu bwk balik umah. Perawat tu sediakan satu besen kosong n makcik aku muntahkan kt dlm besen tu,terkeluar segala isi muntah tu dan ada satu botol kecik mengandungi minyak (aku tk pasti minyak apa). Sejak dr tu mkcik aku ni boleh 'rasa' ada kehadiran makhluk alam lain,dia juga boleh mengurut.

Dlm 5,6 tahun lepas adik aku bersalin anak sulung n balik berpantang kt kampung,mak ayah aku yg jaga dia. Selepas 14 hari anak buah aku tu start menangis siang mlm n hanya berenti bila dh penat atau ngantuk shj. Tuam perut,sapu minyak baby semua tk jalan,adik aku pn mkn jaga sbb takut dr susu badan tu ada effect kt baby pn tk jln jgk. Bukak je mata dia melalak,arwah ayah ngn mak aku ni la duk usung sana sini jumpa ustaz,perawat sumer. smpai dh tktau nk buat apa dh, letih mmg tkyah citer la,tk cukup tido stress lg. Jd makcik aku ni pn balik ke kampung nk tengokkan anak buah aku ni,masa tu umur dh 40 hari. Mkcik aku ckp ada gangguan dtg dr belah keturunan suami adik aku,tp tk ckp kt dia nnti tk caya pulak.jadi masam muka ke bergaduh ke kang susah,diam2 saja utk kebaikan dua2 belah pihak.

Bila dh smpai umah ustaz tu,di jemput naik sumer ada 2 org pemuda tgh berubat,so makcik aku n the geng kena tunggu dulu la. Tgh2 ustaz tu berubat,ustaz tu sound makcik aku, "kak,cuba tgk budak ni ada berapa ekor ngn dia?" makcik aku selamber je "ada dua ni ngn dia,tu sekor duk atas keta kt luar tu.." yg budak tu terkejut nagpe dia pulak yg kena,dia kata dia tolong bwk kwn dia je berubat..hahaha..rupanya dia punya 'org' tu lg besar dr kwn dia yg dtg berubat tu..ustaz tu sengih jer. Dh setel budak berdua tu baru buatkn anak buah aku yg nangis tk berenti ni, ustaz tu awl2 sebelum berubat dia ckp dulu ngn mkcik aku "kak,aku tahu ke sapa yg duk ikut akak selama ni" mkcik aku ckp tktau sapa yg ngkiut,cuma boleh 'rasa' dia hadir..jd ustaz tu cerita la..sebenarnya yg ngikut tu dr keturunan bidan (arwah moyang aku bidan kampung) moyang aku...ada 3 puteri,semua dh tua.dia lama dh folow mkcik aku..makcik aku takut nk terima sbb tktau asal usul sumer kan,ustaz tu kata 'dia' ngikut rela atau tnpa rela utk tolong. Jd makcik aku secara sukarela bg dia ngikut n tiba2 mak aku nangis tktau sbb apa,kata nya perasaan sedih tiba2 je dtg. Sekarang mkcik aku cakap puteri tu ada duk folow adik aku,cuma kt aku dia tk dtg,aku pn tktau sebab apa..hahaha..wallahua'lam.

Sebelah arwah ayah aku pulak (sedekahkan Al-fatihah),masa aku bwk dia berubat stroke kt gombak dulu,kebetulan hari ke tiga org yg urut tu panggil kwn dia ustaz Mad berubat org lain yg terkena gangguan.lepas diorg dh selesai tu kitorg masuk, tiba2 ustaz Mad ckp ngn ayah aku "Ayah,maaf la nk tnya,ayah ni ada keturunan darah raja jgk ni,sy ada nmpak" ayah aku pn iyakan la,tp kt kitorg tk penah pulak dia cerita,jd ustaz Mad pesan kt aku nnti dia baring aku sediakan kain kuning buat lapik bantal tidur dia. Dia citer lg ada 'pendekar' ngn ayah aku ni..jd dr situ aku tahu la lebih kurg pasal keturunan ayag ku ni. Wallahua'lam.
Masa aku adik lelaki bertugas kt sebuah hospital kt selangor ni,sorg pakcik tgh baring kt emergency,dia pegi hospital sebb cirit birit. Tiba2 masa adik aku lalu tepi dia nk cek patient lain,dia pegang tgn adik aku, "Ada pendekar ngn kau nih" adik aku dh pelik,penedekar mana pulak nih.... .pastu pakcik tu bukak silat sambil tgh terbaring tu."ohh...kuat gak pendekar kau nih,sama level ngn aku punya nih" pastu dia tertido kepenatan..Sepanjang duk emergency tu semua org dia buka 'cerita',smpai ada sorg doktor tu pecah rahsia dia baru bertunang,konon nk sorok ngn sumer staff dia,alih2 semua org tahu. Jd Pendekar mana kah itu??....aku tnya makcik aku, "pendekar tu dtg kt org tk makngah?" dia seyum ajer...hahahaha...tk dtg jgk la tuhh..wallahua'alam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:49 PM | Show all posts
ada pasaraya yg namanya SAAKA
tapi aku sebut SAKA
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak bezakan saka dgn pendamping?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 13-12-2021 05:11 PM
Panjang... tapi abes jugak aku baca dah Nozot

Tq baca..harap dapat faham la...hahahahaha..doakan aku dapat ziarah kubur arwah mak aku kat kampung dia..rindu sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.070824 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list