CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4920|Reply: 4

Panduan Menghantar Karya Ke Ruangan Sastera, Atau Mana-mana Penerbitan

[Copy link]
Post time 23-5-2021 05:48 PM | Show all posts |Read mode



Hai semua,

Saya ingin berkongsi beberapa panduan kepada penulis pemula dan juga sesetengah penulis berpengalaman yang ingin menghantar karya mereka ke ruangan sastera di akhbar atau mana-mana penerbitan (secara umumnya, prosedurnya sama saja).

1. JANGAN hantar karya anda guna format PDF. Sebaliknya hantar saja guna format docx.

2. JANGAN attach gambar dalam karya. Asingkan. Gambar hanya untuk cerpen/esei. Kalau puisi tidak perlu gambar ye.Gambar dalam format JPEG.

3. SERTAKAN cover letter, maklumkan karya anda itu asli, belum pernah terbit di mana-mana penerbitan. Jangan malas ! Ada orang letak seluruh surat di ruangan tajuk e-mel. Misalnya gini, tuan editor yang baik hati bersama ini sajak saya… bla bla bla.. Adoi mak…! Sabor je ler….

4. JANGAN hantar satu karya untuk 10 ke, 20 penerbitan. Hantar satu saja kepada satu penerbit. Cth. Kalau hantar sajak kepada BH, hantar pada BH SAHAJA. Lepas tu kalau dalam masa 3 bulan tak siar, tulis e-mel maklumkan nak tarik balik karya. Lepas tu hantarlah kepada mana-mana penerbitan yang lain.

5. KENAPA 3 bulan? Sebab editor pun perlu masa nak semak, nak belek atau nak baiki, suruh penulis baiki semula. Semua tu ambil masa. Jadi sabar. Kalau dalam sebulan tak siar, dan rasa tak sabar, boleh saja e-mel tarik semula karya.

6. KENAPA editor tak balas e-mel saya? Biasanya, ada editor rajin dia balas, baik, terima kasih. Selalunya juga ada ramai editor tak sempat, dia akan balas bila masa dia nak siar saja, nak tentukan  karya itu masih belum terbit ke di media lain (Selalunya membabitkan karya yang sudah lama hantar, dan selalunya juga ada penulis tak hantar e-mel penarikan dia diam saja, jadi editor perlu hubungi semula untuk pengesahan sebelum disiarkan).

7. SUDAH lama hantar tapi tak tersiar pun? Cuba e-mel kepada editor tanya, mungkin dia terlepas pandang (ini selalu terjadi, sebab jumlah e-mel diterima sangat banyak setiap hari); mungkin perlu pembaikan atau mungkin sangat lemah untuk tujuan penyiaran.

8. JANGAN cepat kecil hati, terima kritikan dengan hati terbuka dan baiki karya anda. Jangan anggap kritikan itu menjatuhkan awak dik, sebaliknya ia membantu awak bangkit, bukan saja berjalan tapi berlari !

9. SATU lagi, jagalah sikap dan budi bahasa, misalnya, saya hantar karya ini kepada 10 penerbitan lain juga, kalau tuan nak pakai karya saya, balas cepat ! Adoi dik, dah kenapa tu ? Awak sebut hantar pada 10 penerbitan lain juga, terus editor tu putus selera nak siarkan karya awak dik. Idak ler satu sajak/cerpen disiarkan di 10 penerbitan serentak 'kan? Awak bagi hak penerbitan itu pada siapa sebenarnya kalau dah macam tu 'kan?

10. Apa tema bagus nak tulis? Hantar asyik tak siar? Ok, tulislah apa-apa tema pun tapi tulisan itu tentulah bagus dan berkualiti. Contoh? Awak boleh baca karya yang tersiar di BH atau mana-mana karya penerbitan arus perdana. Kalau rasa ada kurang, bolehlah masuk bengkel penulisan yang banyak diadakan sekarang ini.

11. Selamat berkarya, jemput hantar kat bhsastera@bh.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orait.. tengkiu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah hantar. Ada yang kena reject. Ada juga rezeki masuk majalah. Tapi majalah tu dah tak wujud. Merasalah juga RM150 dan goodies
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk beginner cuba hantar kat majalah Tunas Cipta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 10:46 PM | Show all posts
kalau untuk novel macam mana ya..ada syarat2 ke berapa page..tringin nak buat novel kisah hidup takut makin lama mkin lupa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.350389 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list