CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 8

[Politik] Mana pergi wang RM400 juta?Jika masih ada gunakan untuk bantu rakyat Kelantan se

  [Copy link]
Post time 21-5-2021 10:03 AM | Show all posts |Read mode


Mana pergi RM400 juta, jika masih ada gunakan untuk rakyat sekarang
Oleh ARIFF BASHIRUDDIN / May 21, 2021


Kerajaan negeri Kelantan diminta menjelaskan ke manakah wang sumbangan kerajaan Pusat bernilai RM400 juta sebelum ini.

Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Muhammad Husain berkata, jika ia belum digunakan inilah masa terbaik untuk ia digunakan kerana rakyat sangat memerlukan bantuan sekarang.

Selepas lebih sebulan negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga kini angka jangkitan masih belum mencatatkan penurunan dan sebarang pakej bantuan kepada rakyat juga masih tiada.

Simpati dengan nasib majoriti rakyat Kelantan terutama dari golongan bekerja sendiri kategori B40 yang terjejas teruk pendapatan mereka akibat PKP, AMANAH Kelantan mendesak agar dana RM400 juta itu diagih kepada rakyat.

Muhammad dalam satu kenyataan berkata, inilah masanya untuk Kerajaan Pas Kelantan menggunakan wang yang diterima dari PM Tun Dr Mahathir sewaktu PH memerintah dahulu untuk kebajikan rakyat.


“PKP di Kelantan sudah hampir dua bulan, rakyat semakin susah hilang sumber pendapatan, tiada alasan lagi untuk Kerajaan Kelantan tidak mahu guna wang RM 400 juta itu beri dalam bentuk pakej bantuan kepada rakyat,” kata Muhammad.

Bagi beliau, penggunaan wang one off RM400 juta yang diterima dari zaman PH itu untuk pakej bantuan kepada rakyat kita dalam PKP ini tidak akan jejaskan kewangan negeri.

“Sampai bila nak disimpan wang yang diterima secara percuma itu?” tanya beliau kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Jelas beliau lagi, rakyat kini sudah lama hidup susah tanpa terima sebarang bantuan walaupun sudah lebih sebulan Kelantan dikenakan PKP.

“Jadi kita minta Kerajaan Pas Kelantan usah beri alasan tiada duit, wang RM400 juta itu mungkin masih ada kerana kita tidak dengar sebarang pengumuman dari kerajaan negeri untuk guna wang itu sebelum ini, bermakna wang one off itu masih tidak terjejas,” desak beliau lagi.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata surat khas mengenai bantuan berkenaan diterima daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember 2019 lalu sebelum wang dimasukkan pada 25 Disember.

Sehingga kini, Kerajaan Pas Kelantan masih tidak menjelaskan kedudukan wang one off itu sama ada sudah habis digunakan atau masih ada dalam simpanan.

Ketika isu pembelian kereta Mercedis untuk semua pemimpinnya berbangkit, kerajaan negeri menafikan wang itu digunakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 10:19 AM | Show all posts
buat apa
baik derma ke palestin
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol lagi mau tanya duit pi mana?duit dah habih lobai wat borong mercedes lah.


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Libas terengganu sekali...kedekut gila nak bg bantuan kat rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang pkp ni xde lagi bantuan. tak nmpk muka org politik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 01:02 PM | Show all posts
Drama pilihanraya dah nak tamat maka akan bermulalah sesi londeh melondeh itu yang punca ramai agbra agaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah naik bulan kot!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hutan dah habis tebang makanya kawasan tadahan air berkurang. Hakisan tanah menyebabkan air berkeladak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.067616 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list