View: 1963|Reply: 9
|
[Tempatan]
Hajah meletop lagi, kali ni diselar tak pakai pelitup muka
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tindakan selebriti Noor Neelofa atau Neelofa yang hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan tanpa memakai pelitup muka mengundang kritikan netizen di media sosial hari ini.
Sewaktu berjalan masuk dan mengimbas kod QR MySejahtera beberapa keping foto yang tersebar memperlihatkan bayangan hampir separuh wajah Neelofa iaitu dari paras hidung ke mulut yang agak jelas di sebalik purdah yang dipakai.
Ada di antara mereka yang menegur material kain purdah yang dipakai tampak nipis sehingga menyebabkan perkara itu berlaku.
“Niqab macam kelambu nyamuk, pelitup muka tak pakai,” komen seorang pengguna Facebook.
“Tak terfikir ke niqab itu kainnya nipis dan perlu pakai pelitup muka,” ulas seorang lagi netizen.
Antara komen netizen di media sosial.
Namun terdapat juga komen berkecuali yang meminta orang ramai berhenti mengumpat dan mencela kesalahan orang lain selain mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
“Sudah-sudahlah. Biar pihak berwajib ambil tindakan yang adil. Kita tidak perlu kutuk mengata orang akhirnya kita sendiri dapat dosa percuma sahaja,” kata seorang pengguna.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam laporan yang disiarkan Kosmo! pada Oktober lalu pernah menyarankan wanita berpurdah supaya turut memakai pelitup muka sebagai pelindung jangkitan Covid-19.
Katanya, Kementerian Kesihatan menyarankan dua jenis pelitup muka iaitu pelitup muka perubatan tiga lapis dan pelitup muka bukan perubatan.
“Purdah satu lapisan tidak cukup (menghindari jangkitan) jadi disyorkan kepada mereka yang memakai purdah supaya turut menggunakan pelitup muka,” jelasnya. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
husnuzon....maybe jilbab dia mmg 3 layer, menepati specs Dr pakar surgery |
|
|
|
|
|
|
|
Takdenya dia nak reti base laaa..
Hadaplaa kehidupan femes dengan cercaan. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok niqab dia pun dah tau dia bod%#.. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen x payah la over react sgt kat kes lopak ni
Lg la dia suka
Dpt pahala free
Btw, betul la kat netizen sorg tu
Jgn sampai berdosa pulak kita yg xde kaitan ni
Biar jer lopak n family yg bersalah
Lopak x langgar sop
Sop yg langgar lopak |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 20-5-2021 02:37 PM
tengok niqab dia pun dah tau dia bod%#..
Sape dulu kata dia celebrity cerdik tu dh blh edit jd top 5 plg bodoh di msia
1. Lmk
2. nelopak
3. Mamatin
4. Nab
5.purit |
|
|
|
|
|
|
|
seksi sangat kainnya tuh...x pakai pettycoat eh |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gambar ni kat fb, obvious sangat peha dia. Melekat kain tu ikut bentuk peha |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah akui pun..
sejak berpesen power rangers pink she'so euwwwww..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|