CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 0

[Lain-Lain] Watak Antagonis Dalam Shang-Chi Sudah Wujud Sejak Iron Man Pertama Lagi

[Copy link]
Post time 18-5-2021 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Watak Antagonis Dalam Shang-Chi Sudah Wujud Sejak Iron Man Pertama Lagi



Bakal menemui para penonton pada 3 September ini, Shang-Chi and the Legends of Ten Rings membuatkan para peminat di seluruh dunia teruja dan tidak sabar untuk menonton filem ini kerana Shang-Chi ialah watak adiwira Asia pertama dalam Marvel.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan bagaimana seorang pakar seni bela diri kung fu bernama Shang-Chi perlu membanteras kejahatan dilakukan oleh organisasi pengganas Ten Rings.

Shang-Chi pula sebenarnya berguru dengan Death Dealer iaitu salah seorang ahli Ten Rings untuk mempelajari ilmu kung fu. Bapa Shang-Chi iaitu Wenwu juga merupakan sebahagian daripada Ten Rings. Sedar dengan kejahatan yang dilakukan Ten Rings, Shang-Chi terpaksa menentang guru dan bapanya sendiri.



Ten Rings bukanlah satu nama yang asing kepada peminat setia filem Marvel kerana ia sudah lama wujud sejak fasa Marvel Cinematic Universe (MCU) yang pertama iaitu Iron Man (2008).

Dalam filem Iron Man, Tony Stark (Robert Downey Jr.) pernah diculik untuk dibunuh oleh sekumpulan pengganas yang diupah Obadiah Stane (Jeff Bridges).



Kumpulan pengganas itu pula sebenarnya adalah sebahagian daripada cabang kumpulan dalam Ten Rings. Walaupun sudah lama wujud, Marvel seperti tidak mahu para peminat Iron Man menganggap Ten Rings sebagai salah satu musuh terkuat dalam MCU.

Memetik laporan Screen Rant, watak antagonis dalam Iron Man 3 iaitu The Mandarin ialah salah seorang ketua dalam Ten Rings. Walau bagaimanapun, terdapat plot twist dalam Iron Man 3 apabila The Mandarin sebenarnya telah dipalsukan oleh Trevor Slattery (Ben Kingsley).



Dalam filem All Hail the King (2014), Traver dipenjarakan atas kesalahan menyamar sebagai The Mandarin dan menyebarkan video berunsurkan ancaman.

Salah seorang daripada ahli Ten Rings telah hantar ejen untuk pecah masuk ke penjara bagi menyiasat identiti Trevor dan ingin mengetahui siapakah The Mandarin yang asli. Siapa sebenarnya The Mandarin?



Ten Rings masih lagi dianggap penting dalam MCU kerana Marvel turut selitkan organisasi berkenaan secara senyap dalam filem Ant-Man. Ini dapat dibuktikan menerusi watak seorang ejen yang mempunyai logo Ten Rings pada lehernya.



Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut tentang siapa sebenarnya The Mandarin dan peranan Ten Rings dalam MCU, Marvel menjelaskan bahawa semua persoalan itu bakal terjawab menerusi filem Shang-Chi and the Legends of Ten Rings. Anda boleh tonton trailer penuh di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=giWIr7U1deA


Sumber:
[color=var(--accent-color)]Screen Rant


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046115 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list