CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4391|Reply: 6

Amira Natasha

[Copy link]
Post time 5-5-2021 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Minda melayang terasa sepi,
Hati pilu merintih sedih
Jiwa sensara dimamah rindu
Tangis terhambur bergegar tubuh

Kedukaan satu keperitan
Memori indah menjelma satu persatu
Hati yang rapuh memusnahkan bahagia
Bersepah kepingan hati tanpa pegangan

Percintaan satu pertaruhan
Hati dan jiwa menjadi taruhan
Kegagalan bakal membebankan minda dan perasaan
Perlu berani bercinta sebelum memulakannya


Sawah padi menghijau di padang kosong oleh Amira Natasha, sekosong hatinya. Air matanya mengalir. Makin ditahan makin laju mengalir. Dia ingin kuat, seperti kuatnya angin bertiup yang dapat menerbangkan semua masalah. Dadanya sudah padat menanggung kesakitan. Kisah yang ingin dilupakan datang kembali.

------------------------------

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2021 02:32 PM | Show all posts
Edited by ziela_janjirock at 5-5-2021 02:38 PM

Amira Natasha mengeluh berat melihat banyak kerja yang perlu disiapkan. Itu gara-gara minatnya melihat negara orang. Keluhan bertukar menjadi ceria. Dia lupa semangat yang dibawa balik dari Hokkaido, Jepun. Dia ingin mengisi masa di pejabat dengan lebih agresif. Cara dia melihat orang Jepun bekerja seperti tenaga yang tidak pernah habis. Mereka semua bersemangat. Ketika di Hokkaido, Amira Natasha ralit melihat seorang pekerja di station subway tanpa henti tunduk hormat setiap kali orang ramai lalu di hadapannya. Entah berapa kali pekerja itu perlu tunduk memandangkan orang tak pernah berkurangan di station tersebut. Kagum betul Amira Natasha.

Bahu Amira Natasha dicuit.

“Halooo kawan. Beli apa untuk aku?” Siti, kawan baiknya di pejabat senyum meleret.

“Mesti la aku beli something special for you, my dear.” Terus pipi montel Siti dicubit Amira Natasha. Amira Natasha senang dengan Siti. Siti selalu di sisinya tidak kira dia susah atau senang. Yang paling Amira Natasha suka mengenai Siti, memahaminya.

“Ni ha untuk kau. Harap kau suka ye cik Siti Wan Kembang.” Kembang kempis hidung Siti apabila Amira Natasha memberi gelaran baru kepadanya.

“Weiii cantiknya. Aku buat baju kurung meletop aku hari raya ni.” Amira Natasha tersenyum senang melihat Siti gembira dengan pemberian yang tidak seberapa darinya. Kain sutera Jepun berwarna merah jambu dan dihiasi bunga sakura amat sesuai untuk Siti yang berkulit cerah. Amira Natasha tahu sangat warna kegemaran Siti.

“Terima kasih Mira. Aku suka. Aku suka.” Siti melompat kegirangan.

Siti kembali ke meja kerjanya. Amira Natasha sudah bersedia untuk menyiapkan kerja yang bertimbun di atas mejanya. Dipandang sekilas Siti, dia masih membelek kain sutera Jepun itu. Amira Natasha mengukir senyuman. Setiap satu dokumen di atas mejanya dibelek. Diasingkan mengikut projek. Kemudian dia mencatatkan setiap satu perkara yang perlu dilakukan. Semua list dibuat berdasarkan yang penting dahulu. Bagi Amira Natasha, perancangan teratur akan memudahkan kerja dan lebih sistematik.

Sudah 4 tahun Amira Natasha bersama Cemerlang Construction Sdn Bhd. Jerih payah Amira Natasha membuahkan hasil. Dia bermula dari Assistant Contract Executive dan sekarang dia sudah bergelar Assistant Contract Manager. Banyak pengorbanan yang dilakukannya hingga saat itu.

“Amira Natasha, please come to my room.” Lamunan Amira Natasha terhenti. Mr. Chong yang baru masuk terus memanggilnya. Amira Natasha mengangguk paham. Amira Natasha mencapai diari dan berlalu ke bilik Contract Manager,  Mr.Chong. Mr. Chong mempersilakan Amira Natasha duduk.

How your trips?” Lelaki cina pertengahan 40-an itu tersenyum ke arah Amira Natasha sambil mengangkat kening.

“Good Mr. Chong. Thanks for your idea. Hokkaido is the best country ever.” Amira Natasha bersyukur mempunyai superior yang support apa saja yang di ingin lakukan. Mr. Chong lah yang mengajar Amira Natasha menjadi seorang Assistant Contract Executive sejak hari pertama dia di Cemerlang Construction Sdn Bhd. Menurut Mr. Chong, travel dapat mengembalikan semangat bekerja. Sesekali kita perlu memberi peluang kepada diri sendiri untuk melakukan perkara berbeza supaya minda akan menjadi lebih terbuka. Amira Natasha amat setuju dengan kata-kata Mr. Chong. Semua itu memang dia alami.

Congratulation Amira Natasha. We got a new project from Gamuda. It’s because of you. You put your full effort for that tender, and we got it. RM100 millions is the big project Amira Natasha.” Kata-kata Mr. Chong merubah reaksi Amira Natasha. Air mata gembira bertakung di matanya. Kejayaan ke atas tender itu bukan sahaja kejayaan kepada syarikat. Malahan kejayaan kepada dirinya sendiri.

“Thanks Mr. Chong. Thanks because you believe to me. Thanks because you dare put the risk on me. And thanks for everything.” Akhirnya air mata gembira Amira Natasha jatuh juga. Syukur tidak terhingga kehadrat Ilahi.

Hahaha. I will manage to add more staff under you. This project will totally handle by your team. You have experience enough Amira Natasha. I Believe you can do it.” Melopong Amira Natasha mendengar kata-kata Mr. Chong. Selama ini Amira Natasha hanya diberi tanggungjawab menguruskan projek bernilai tidak lebih dari RM50 Juta. Amira Natasha yakin dia boleh. Peluang itu dapat memberi kesempatan untuk mengenal kemampuan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 03:15 PM | Show all posts
“Bagitau aku la Mira. Kenapa dari pagi lepas keluar dari bilik bos, kau asyik senyum jer. Dia nak jadikan kau bini nombor 2 ke?” Terhambur gelak Amira Natasha selepas mendengar kata-kata Siti ketika mereka menjamu selera di restoran mewah.

“Kau bagi aku sutera jepun dan harga RM500. Aku check dari internet tadi. Ni kau belanja aku di restoran mewah pulak. Kau ni kenapa? Aku wanita tulen. Tak main songsang-songsang ni.” Kali ni kata-kata Siti membuatkan Amira Natasha pecah gelak hingga mengejutkan beberapa orang pelanggan dalam restoran itu. Cepat-cepat Amira Natasha menutup mulutnya. Malu dengan perangai sendiri.

“Hey..kau nih. Melampau betul lah kata-kata kau. Hahahaha.” Berair mata Amira Natasha menahan lucu dengan kata-kata Siti yang langsung tidak berasas.

“Gini cik Siti. Pasal kain tu, aku niat beli sebab kau sahabat aku. Tu saja, takde lebih. Yang pasal Mr. Chong tu, dia assigned aku team head untuk projek Gamuda yang baru dapat tu. Ni aku belanja sebab tu lah.” Terbeliak mata Siti bila dengan berita itu.

“Ala. Aku kan team kau. Mesti asyik kena stayback nak siapkan projek RM100 millions tu.” Berita gembira itu disambut sayu oleh Siti.

“Hehehe. Berubah muka kau. Aku gurau saja lah. Baiklah Cik Amira Natasha Natasha Binti Abdul Halim. Akan saya support cik hingga bila-bila pun. Cik jangan lah risau. Projek ini akan menjadi projek paling bermakna untuk cik mencapai impian cik. Eh..impian apa ye?” Lagak Siti seolah pemidato handalan. Amira Natasha gembira melihat gelagat Siti yang selalu menghiburkan hatinya.

“Haa macam tu lah. Tahun depan boleh lah aku promote kau jadi senior.” Janji Amira Natasha kepada Siti bukan lah palsu. Siti memang layak naik pangkat.

----------------------------------------------------

Amira Natasha terasa penat sangat. Seharian di pejabat tanpa disedari masa berlalu dengan cepat. Dilempar handbag di atas meja. Terus dihumban diri di atas sofa. Matanya meliar memandang seluruh ruang tamu. Amira Natasha puas hati dengan perhiasan dalam apartment nya yang tidak keterlaluan. Unsur moden memang minatnya. Dinding dicat dengan warna putih. Putih memberi terapi minda kepadanya. Sempena minatnya adalah travel, Amira Natasha frame kan photo yang ditangkap sendiri di bingkai kayu. Bila dipandang, memori indah di negara orang akan menjelma. Disediakannya pula almari kaca untuk diletakkan arca-arca yang dibeli bertemakan negara-negara yang sudah dia pergi. Amira Natasha senyum puas.

Setelah merenggang badan yang lenguh, Amira Natasha berlalu ke bilik untuk membersihkan diri dan menyempurnakan tugas sebagai hamba Allah SWT. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjat kepadaNya. Setiap satu impiannya dimakbulkan Allah SWT. Pesanan ibunya, walau sibuk bagaimanapun janganlah dilupai tugas sebagai hamba Allah. Sembahyang itu penting.

Amira Natasha membelek dirinya di cermin. Amira Natasha cukup bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat. Kulitnya yang dulu sawa matang sedikit gelap kerana asyik ke tapak projek dan terdedah dengan cahaya matahari. Mata coklat diwarisi dari mata ibunya. Hidung yang sikit mancung diawarisi dari ayahnya. Amira Natasha mengeluh mengenang dirinya. Umurnya sudah 33 tahun, tapi dia masih sendiri tanpa pasangan. Ramai sudah orang ingin menjadikan Amira Natasha sebagai isteri. Tetapi hatinya dibebani perasaan yang tiada siapa tahu.

Satu per satu peristiwa hidupnya menjelma.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 03:18 PM | Show all posts
Amira Natasha terkilan dengan sikap keluarganya. Perjalanan dari Arau ke pekan Permatang Sintok yang mengambil masa 3 jam cukup memenatkan. Bila menelefon ke rumah dengan menggunakan public phone, menurut maknya, Puan Rohani, tiada sesiapa di rumah yang boleh menjemput Amira Natasha. Nak berjalan ke kampungnya memang agak jauh. Tiada bas yang melalui kampungnya. Mahu tidak mahu, terpaksalah Amira Natasha berjalan kaki. Sesekali Amira Natasha memandang ke belakang melihat kenderaan yang lalu. Tiba-tiba Amira Natasha ternampak sebuah lori membawa padi. Dia kenal pemandu lori itu. Kawan abangnya. Tapi dia tidak tahu nama kawan abangnya itu. Terus Amira Natasha menahan lori itu untuk tumpang. Bersyukur Amira Natasha apabila pemandu itu memberhentikan lori.

“Abang, nak tumpang ke Permatang Rambai boleh?” Peluh di dahi dilap Amira Natasha menggunakan hujung tangan bajunya. Amira Natasha sudah tidak tahan berjalan dalam panas terik. Beg yang digalasnya agak berat dengan pakaian.

“Eh, ni adik Zul kan? Naik lah” Syukur sangat Amira Natasha bila pemandu itu mengenalinya.

“A’a. Di rumah takde orang nak jemput.” Terkial-kial Amira Natasha memanjat lori yang agak tinggi itu. Setelah berjaya duduk di kerusi sebelah pemandu, Amira Natasha menghadiahkan senyuman menandakan terima kasihnya.

“Nama siapa ntah?” Tanya pemandu yang Amira Natasha tidak tahu namanya.

“Saya Amira Natasha, panggil Mira je.” Amira Natasha memperkenalkan dirinya.

“Ohh..saya Sufi. Saya panggil Tasha pun sedap kan?” Amira Natasha memandang Sufi yang baru diketahui nama itu. Tidak pernah ada orang memanggilnya dengan nama itu. Sufi hanya tersenyum sepanjang memandu.

“Tasha tak takut ke naik dengan abang? Ntah-ntah abang kidnap ke..haa macam mana?” Amira Natasha memandang Sufi. Cuak juga dia dengar kata-kata Sufi. Amira Natasha telan air liur. Pahit. Tapi Sufi tu dilihatnya baik-baik sahaja. Ada lesung pipit menghiasi kedua-dua belah pipinya. Mukanya bersih tanpa berkumis. Kulitnya cerah dan sedikit di bakar matahari. Sufi boleh dikatakan kacak. Amira Natasha tidak berapa kenal siapa itu Sufi. Yang dia tahu cuma Sufi pernah ke rumah dan berjumpa abangnya.

Setelah Amira Natasha tidak menjawab kata-kata Sufi, lalu Sufi menyambung. “Tasha study di mana?”

“UiTM Arau.” Jawab Amira Natasha sepatah.

“Tasha ambil course apa?” Sufi bertanya lagi.

“Civil Engineering, diploma saja.” Amira Natasha merasa senang pula bila bersama Sufi walaupun masih ada perasaan kekok. Dia berharap cepat sampai di simpang masuk ke kampungnya. Dari situ dia sudah boleh berjalan kaki.

“Bagus lah Tasha study tinggi-tinggi. Jangan jadi macam abang. Abang ni bawa lori padi saja. Dulu-dulu malas nak study. Tapi jangan pula anggap abang menyesal. Abang bersyukur siapa abang dan sedar siapa abang.” Amira Natasha kagum dengan Sufi yang mempunyai fikiran positif.

“Tak kisah lah kerja apa pun, asalkan halal.” Balas Amira Natasha. Sufi tersenyum senang.

“Segan pulak abang kat Tasha. Tasha ni kan anak dato', abang bawak naik lori padi pulak. Patutnya abang bawak Tasha naik BMW." Seloroh Sufi. Entah kenapa hatinya senang untuk menceriakan keadaan. Selalunya Sufi segan bila bercakap dengan perempuan. Tapi dia rasa lain bila dengan Amira Natasha. Jantungnya berdegup kencang dan tidak puas memandang gadis manis di sebelahnya.

“Isk abang ni, ke situ pulak. Saya tak kisah lah. Kalau abang bawak saya naik kereta lembupun saya tak kisah." Kata-kata Amira Natasha menyebabkan Sufi tergelak.

Tiba-tiba mereka berselisih dengan seseorang yang dikenali Sufi. Orang itu menunggang motosikal dan berada di bahagian jalan bertentangan itu dalam keadaan terburu-buru. Sufi memberhentikan lori di tepi jalan.

“Kejap ya Tasha. Entah kenapa dengan abang Man tu.” Amira Natasha mengangguk. Lelaki yang di panggil abang Man tu menghampiri.

“Cepat balik Sufi, mak kau pengsan.” Abang Man terus membelok untuk kembali ke rumah Sufi. Muka Sufi berubah sama sekali.

“Abang, cepat balik. Saya ikut.” Amira Natasha seperti tidak percaya apa yang dia sendiri katakan. Sufi terus memecut ke rumahnya tanpa berkata apa-apa. Di kepalanya hanya memikirkan emaknya. Emaknya pengidap darah tinggi. Rasa risaunya tidak kepalang. Dia hanya ada emaknya. Dia belum bersedia kehilangan emaknya. Tanpa disedari air matanya mengalir laju. Tidak dikisah lagi Amira Natasha yang asyik memandangnya.

Rumah Sufi terletak di kampung bersebelahan kampung Amira Natasha. Untuk Amira Natasha berjalan balik sudah tidak jauh. Tapi melihat keadaan Sufi, Amira Natasha menjadi kasihan. Sufi sudah berbudi kepadanya, tidak berbahasa jika dia meninggalkan Sufi.

Orang kampung sudah memenuhi kawasan luar rumah Sufi. Sufi terus meneru masuk sambil memanggil emaknya. Amira Natasha terpaku di luar rumah tanpa bergerak. Dia terkaku tidak tahu buat apa. Jeritan Sufi memanggil emaknya bertukar menjadi tangisan yang kuat. Amira Natasha bergerak ke arah pintu. Kelihatan Sufi memeluk emaknya yang kaku berselimut. Air mata Amira Natasha menitis melihat kesedihan Sufi yang tidak dapat dibendung. Dua tiga orang makcik cuba menenangkan Sufi.

Amira Natasha terus mendekati Sufi yang terusan memeluk emaknya dan menangis. Air mata yang mengalir di sapunya sebelum memujuk Sufi. "Abang, kesian dekat mak. Biarkan mak pergi dengan tenang ye. Sabar ye abang." Amira Natasha memujuk Sufi setelah tiada siapa lagi berjaya memujuknya. Perlahan-lahan Sufi meletak kan semula mayat emaknya yang kaku di atas bantal. Amira Natasha cepat-cepat membetulkan selimut yang menyeliputi arwah emak Sufi

"Tasha, abang belum pun sempat minta maaf dekat mak abang. Abang belum puas nak bahagiakan mak abang dan sekarang mak dah tak ada. Abang tak tahan Tasha." Sufi terus-terusan menangis.

"Abang, percayalah, seorang mak sentiasa memaafkan anaknya setiap masa. Saya percaya abang anak yang baik. Sekarang abang tolong ambil wuduk dan sedekahkan mak abang Yassin. Abang kena redha ketentuan Allah. Kuatkan semangat abang ya." Amira Natasha semakin yakin untuk menolong Sufi yang dalam keadaan kesedihan. Walaupun Amira Natasha belum pernah menghadapinya, tapi dia memahami perasaan Sufi.

Orang kampung yang menyaksikan kejadian itu memuji-muji kebijaksanaan Amira Natasha memujuk Sufi. Semuanya berasa pelik. Siapakan Amira Natasha kepada Sufi? Sufi bangun lambat untuk ke berwuduk. Sufi hampir terjatuh disebabkan terlalu lemah. Amira Natasha sempat memegang Sufi dan mengimbanginya. Sayu Amira Natasha melihat Sufi.

Amira Natasha bersyukur Sufi mendengar nasihatnya. Amira Natasha tidak lupa untuk menyedekahkan Yassin kepada arwah. Amira Natasha berkira, pasti ibu dan ayahnya juga akan menghadiri majlis pengkebumian emak Sufi. Lalu cepat-cepat Amira Natasha meninggalkan rumah Sufi. Amira Natasha pergi tanpa memberitahu Sufi. Amira Natasha rasa tidak manis jika dia asyik bersama Sufi. Amira Natasha berjalan cepat meninggalkan rumah Sufi. Sufi memandang Amira Natasha dari jauh tanpa disedari Amira Natasha. Dalam diam Sufi mengangumi Amira Natasha. Amira Natasha pententeram jiwanya yang lara.

Amira Natasha termenung mengingati peristiwa yang dialaminya tadi. Kesian dia melihat Sufi. Amira Natasha tidak nampak adik-beradik Sufi yang lain. Anak tunggalkah Sufi? Dia akan berseorangankah selepas ini? Macam-macam persoalan dibenaknya.

"Hah, anak ibu ni teringat kekasih ke?" Lamunan Amira Natasha terhenti dengan kehadiran ibunya, Puan Rafidah di ruang tamu.

"Isk ibu ni, mana ada."

"Tadi ibu melawat orang meninggal. Mak kawan abang Mira, si Sufi. Kesian mak tengok dia. Dia anak tunggal. Dah tak ada ayah. Sekarang emak pula. Kasihan sangat lah ibu tengok dia. Sepanjang arwah ibunya ada, dia jaga dengan baik sekali. Ibu doakan Sufi bersabar lah dengan musibah yang tiba-tiba datang ni. Ibu nak ke rumah dia malam ni. Ada buat tahlil. Mira ikut ye, tak ada orang kat rumah ni. Nanti Mira takut pula." Amira Natasha ralit mendengar cerita ibunya tersentak dengan ajakkan ibunya. Mahu tidak mahu, Amira Natasha mengangguk juga. Entah kena dia rasa berdebar untuk berjumpa Sufi lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 03:19 PM | Show all posts
Amira Natasha bersama ibu dan bapanya menaiki kereta untuk ke rumah Sufi. Ketika tiba di rumah Sufi, kelihatan orang kampung sudah memenuhi ruang di dalam rumah. Bapa Amira Natasha, Dato’ Amin duduk bersama-sama orang-orang kampung lelaki manakala Amira Natasha mengikut ibunya untuk ke dapur. Rumah Sufi agak kecil berbanding dengan rumah mereka. Semuanya dalam keadaan sederhana dan bersih. Amira Natasha belum nampak kelibat Sufi. Ralit melihat ruang dalam rumah Sufi menyebabkan Amira Natasha ditinggalkan ibunya. Ketika melalui sebuah bilik, pintu bilik itu dibuka dan muncul Sufi di balik pintu bilik. Amira Natasha tersentak begitu juga Sufi.

Pandangan mereka bertembung. Terasa getaran di hati masing-masing. Mata Sufi sedikit bengkak. Kemungkinan banyak menangis.

"Tasha baru sampai? Abang minta maaf tak dapat hantar Tashah tadi. Dan terima kasih untuk hari ini. Abang rasa sedikit kuat. Abang redha ketentuan Ilahi." Bergetar suara Sufi berkata-kata menahan sebak.

"Takpe abang, tak jauhpun rumah saya. Saya yakin abang kuat. Saya ke dapur ye abang." Sufi menghadiahkan senyuman manis kepada Amira Natasha. Apanbila memandang Amira Natasha, baginya suatu rahmat yang tidak terhingga. Bebanan yang dirasai sedikit menjadi ringan.

Setelah selesai tahlil, Amira Natasha bersama ibunya menunggu Dato’ Amin di tepi kereta. Kelihatan Sufi berjalan bersama Dato’ Amin menuju ke arah Amira Natasha dan ibunya. Kedengaran nasihat bapanya kepada Sufi.

"Sufi anggap ja saya ni macam ayah Sufi. Jangan nak segan-segan. Jika kami ajak makan sekali, Sufi mesti datang. Jika ada masalah, jangan nak tanggung sorang-sorang. Oh ya, ini Amira Natasha."

Amira Natasha berdoa agar Sufi tidak memberitahu yang mereka saling mengenali dan menceritakan apa yang berlaku hari ini.

"Hai, saya Sufi." Amira Natasha menarik nafas lega.

"Hai, saya Amira Natasha Natasha. Takziah saya ucapkan." Sufi angguk dan senyum kepada Amira Natasha.

-------------------------------

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mata Amira Natasha masih belum mahu lelap. Lalu dia bangun dan memetik suis lampu meja belajarnya. Diarinya di capai. Terasa ingin menulis sesuatu.

12 July 2002.

Kenapa wahai hati,
Kau seolah menari-nari di dalam jiwa,
Janganlah rancak menari wahai hati,
Tapi sungguh wahai hati,
Aku terpaut dengan ketenangannya,
Aku terpikat dengan senyumannya,
Apakah hatiku sudah dicuri?
Lemahnya jiwaku rasa,
Di minda aku ingin melihatnya lagi,
Pandangannya ke mata sudah jatuh ke hati,
Apakah ini cinta?

"Eh, aku ni dah kenapa?" Terus diari ditutup dan di simpan. Amira Natasha merasa lain macam dengan dirinya sendiri. Akhirnya Amira Natasha terlelap ditemani mimpi indah. Di dalam Amira Natasha, Sufi memegang tangannya dan mereka berlari-lari bersama di tepi pantai yang sangat cantik. Muka mereka berdua berseri-seri sekali. Mimpi indah Amira Natasha diganggu dengan ketukan di pintu biliknya. Bila di tengok jam, sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Sudah terlajak tidur dia sebenarnya. Terlepas subuh. Di luar bilik ibu Amira Natasha bercekak pinggang melihat anak daranya yang malas. Amira Natasha terus mencapai tuala sambil tersenyum kepada ibunya.

"Dekat hostel malas yang macam manalah agaknya. Nak kena ni." Amira Natasha terpekik berlari apabila ibunya ingin mencubitnya. Cubitan ibunya memang berbisa. Senang Datin Roziah melihat anaknya yang makin meningkat dewasa. Demi masa depan anaknya, dia terpaksa berjauhan dari anaknya.

Dari enam orang anaknya, Amira Natasha mempunya karakter yang berbeza dari kakak, abang serta adiknya. Amira Natasha seorang yang berani dan ingin cuba sesuatu yang baru. Sifat cerianya adalah sebab dia disayangi oleh adik-beradik yang lain. Amira Natasha juga rapat dengan anak saudaranya. Kakak pertama Amira Natasha sudah bersuami dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel. Kakak keduanya juga sudah bersuami dan belum dikurniakan anak. Manakala abangnya masih belum berkahwin. Amira Natasha adalah anak yang keempat. Kedua orang adiknya masih bersekolah.

Amira Natasha berasa begitu lega sebab dia baru sahaja habis peperiksaan. Hanya tinggal 1 semester saja lagi untuk dia bergelar graduan. Cuti semester selama sebulan dia hanya akan merehatkan minda di kampung. Sudah seminggu berlalu sejak Amira Natasha berjumpa Sufi. Dalam diam, Amira Natasha ingin lagi sekali berjumpa dengan Sufi. Amira Natasha terasa rindu melihat senyuman pemuda itu. Hatinya senang bila asyik mengenangkan Sufi.

"Mak Tih, jom la jalan-jalan." Lamunan Amira Natasha terhenti apabila anak buahnya, Amin yang berumur 5 tahun mengajaknya jalan-jalan. Adiknya Syazwani yang berumur 4 tahun menunggu riaksi Amira Natasha. Kedua beradik tu berharap sangat Amira Natasha melayan mereka bermain.

"Ok Jommmm." Bila saya Amira Natasha bersuara, melompat-lompat kedua beradik tu kesukaan. Gembira Amira Natasha melihat keletah dia beradik tu. Mereka comel, manja dan cerdik.

"Ok, pegang tangan Mak Tih jangan lepas. Kedua-dua belah tangan Amira Natasha di capai Amin dan Syazwani. Amira Natasha berjalan ke arah sawah padi terbentang indah di belakang rumahnya. Suasana petang sangat mendamaikan.

"Tengok padi ni, dah masak ni. Dah boleh tuai." Amira Natasha bercerita kepada kedua-dua anak buahnya.

"Boleh makan dah Mak Tih?" Pertanyaan Syazwani mengelikan hati Amira Natasha.

"Bukan sayang, padi nilah beras yang kita makan nasi tu. Padi ni dituai dengan jentera, kemudian di hantar ke kilang untuk diproses menjadi beras. Dan akhir sekali, boleh la kita makan nasi.” Amira Natasha yakin mereka paham apa yang ingin disampaikan olehnya.

“Ohhhh..” Serentak kedua-duanya bersuara.

Amira Natasha duduk di tebing tali air. Tenang melihat air yang mengalir tenang, setenang jiwanya. Dia membiarkan anak-anak buahnya bermain sesama mereka. Dia hanya memastikan mereka tidak jauh darinya.

"Ehemm.." Amira Natasha terkejut apabila seseorang berdehem di belakangnya. Rupa-rupanya Sufi.

"Terkejut saya." Ucap Amira Natasha panik.

"Tasha buat apa?" Senyuman yang sama dalam mimpi Amira Natasha. Senyuman yang Amira Natasha ingin lihat selama seminggu itu. Pemilik senyuman itu dihadapannya sekarang. Setelah sedar dia ralit memandang Sufi cepat-cepat dipandang ke tempat lain.

“Saya teman anak buah jalan-jalan.” Sufi duduk di sisi Amira Natasha. Jarak mereka lebih kurang 2 meter antara satu sama lain. Sesekali Sufi menjeling ke arah Amira Natasha. Sufi bersyukur dapat bertemu Amira Natasha lagi. Amira Natasha seolah-olah mengubat kedukaan ke atas kematian ibunya. Setiap kata-kata Amira Natasha dirakam sehingga ke lubuk paling dalam di hatinya untuk dijadikan pertahanan supaya hatinya kuat dan tabah. Dalam masa yang sama, Sufi menyimpan perasaan kepada Amira Natasha.

"Bila Tasha habis study?" Sufi bertanya.

"Err..lagi 1 semester lagi jer." Jawab Amira Natasha. Amira Natasha sedikit gemuruh.

"Tasha plan nak sambung study atau terus kerja?" Sufi bertanya lagi.

"Kenapa lah panggil aku Tasha. Macam pelik pula. Orang lain Amira Natasha, Mira. Ini Tasha pula." Amira Natasha menggomel di dalam hati.

"Tasha." Panggil Sufi.

"Oh sorry, berangan pula..hehehe." Sufi ketawa kecil dengan tingkah Amira Natasha.

"Saya ingat nak kerja terus. Bagi saya, pengalaman yang penting dari study tinggi-tinggi. Sambung sehingga degree, master semua tu perlu duit yang banyak. Nanti kesian ibu dengan abah nak kena tanggung saya. Saya rasa nak cepat-cepat tanggung mereka pula." Sufi mengangguk paham. Dalam diam dia bersetuju dengan Amira Natasha. Sufi kagum dengan Amira Natasha yang memikirkan ibu dan pada.

"Abang ok ke?" Tanya Amira Natasha sambil memandang tepat ke wajah Sufi.

"Ya, abang sangat ok kalau bersama Amira Natasha.”

Sufi memandang Amira Natasha untuk mencari riak muka Amira Natasha. Riak muka Amira Natasha sangat ketara. Amira Natasha seolah tersentak dan jantungnya berdegup laju. Tangisan Syazwani menghentikan getaran jantung Amira Natasha. Terus Amira Natasha berlari mendapatkan Syazwani yang kakinya tersangkut di dalam lumpur. Terus digendong untuk menenangkan anak buah kesayangannya itu.

"Meh sini, pakcik basuh kaki tu." Sufi mengambil Syazwani dalam dukungan Amira Natasha. Sufi menuju ke tali air dan segera membasuh kotoran di kaki Syazwani. Gembira tak kepalang bila terkena air. Akhirnya Sufi duduk di tebing tali air dan membiarkan kaki Syazwani terkena air. Menjerit-jerit dia kesukaan. Melihat adiknya keseronokkan, terus si abang ingin melakukan perkara yang sama. Akhirnya Amira Natasha duduk di sisi Sufi dan memegang Amin. Keceriaan dua beradik itu begitu membangkitkan suasana. Sufi tersenyum memandang Amira Natasha. Petang berganjak senja. Langit berwarna keemasan. Kumpulan burung berterbangan mahu pulang. Dingin angin senja sangat nyaman sekali.

"Jom kita balik." Arah Amira Natasha kepada anak-anak buahnya. Kedua-dua beradik itu mendengar kata.

"Ok abang, saya balik dulu. Bye." Amira Natasha meminta diri.

"Abang...abang." Amira Natasha menunggu dengan sabar apa yang ingin dicakapkan oleh Sufi.

"Abang rindu Tasha." Ayat yang ditahan-tahan oleh Sufi akhirnya terkeluar. Bagai nak runtuh jantung Amira Natasha. Lidahnya terkelu. Memang perasaan itu juga dirasai Amira Natasha. Tapi Amira Natasha bukan jenis terus terang seperti Sufi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 03:20 PM | Show all posts
Lamunan Amira Natasha terhenti apabila iphonenya berbunyi. Nama BONDA tertera di skrin. "Assalamualaikum ibu. Ibu apa kabar?" Tanya Amira Natasha.

"Waalaikumsalam. Ibu sihat Alhamdulillah. Ibu rindu dekat Mira, balik lah sayang. Lama dah Mira tak balik." Sebak meruntun hati Puan Roziah. Saban minggu dia tidak pernah penat menyuruh Amira Natasha pulang walaupun sebentar.

"Ibu, beri Mira masa ibu." Amira Natasha menahan sendu.

"Mira letak telefon dulu ye ibu, Assalamualaikum." Amira Natasha tidak tahan mendengar ibunya menangis. Keraskah hatinya? Tapi, lagi keras hati abahnya. Sebagai anak Amira Natasha sedar, tidak patut dia berdendam dengan bapa sendiri. Walaupun seteruk mana ibu dan bapa, seorang anak tidak ada hak menghukum mereka. Akhirnya Amira Natasha terlena dalam tangisan yang tidak pernah habis sepanjang 10 tahun.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2021 04:18 PM | Show all posts
sambungan di mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065238 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list