CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4212|Reply: 2

Bersih Berseri - 10 Petua Singkir Kotoran Guna Bahan Semula Jadi

[Copy link]
Post time 14-4-2021 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by natrahn at 4-5-2021 03:46 PM






Terdapat beberapa bahan yang terselit di hampir setiap rak dapur yang boleh memastikan rumah sentiasa bersih dan berbau segar! Bahan seperti jus lemon, cuka dan serbuk penaik lazimnya dijadikan alternatif untuk mencuci dan membersihkan perkakasan dapur dan keseluruhan dapur.


Jadi dalam artikel ini, kami akan terangkan kaedah untuk membersihkan rumah menggunakan barang-barang yang murah dan mudah didapati ini.




1) Bersihkan aliran sinki dengan serbuk penaik dan cuka


Masalah aliran air sinki yang perlahan atau tersembat boleh di atasi dengan serbuk penaikdan cuka.




Kredit Foto - PropertyGuru





Campurkan setengah cawan serbuk penaik dengan setengah cawan cuka, dan ia akan mula berbuih. Tuangkan campuran ini ke dalam sinki dan biarkan buat seketika, kemudian bilas dengan air suam.


2) Bersihkan kepala shower guna cuka


Sekiranya air semburan dari shower anda perlahan, anda mungkin boleh mencuba kaedah ini.


Kredit Foto - PropertyGuru





Ambil beg plastik kecil, isi dengan air dan cuka, dan rendamkan kepala shower tadi. Macam buat jeruk pulak. Pastikan anda ikat beg plastik tadi dengan gelang getah. Biarkan semalaman dan bilas.



3) Bersihkan barang-barang kaca guna air dan cuka


Kesan tinggalan air boleh menjadikan gelas dan pinggan dan mangkuk kaca tidak sekilat dahulu dan sukar dihilangkan dengan sabun cucian biasa. Tapi jangan gusar kerana anda boleh membersihkan kesan ini dengan  menggunakan air dan cuka sahaja.




Kredit Foto - PropertyGuru



Hanya rendamkan gelas tadi di dalam campuran cuka dan air buat beberapa ketika, mungkin dalam 15 minit. Kemudian bilas dan lap permukaan kaca tadi.


Campuran cuka dan air ini juga boleh digunakan untuk membersihkan tingkap kaca ataupun cermin. Sembur ke atas tingkap dan lap guna kertas surat khabar.



4) Buang bau daripada kasut, sofa, tilam, dan sebagainya guna serbuk penaik



Soda bikarbonat juga berkuasa menghapuskan bau kurang enak dengan meneutralkan semula bau-bauan persekitaran dan barang. Hanya taburkan serbuk penaik ke dalam kasut dan biarkan seketika. Jangan lupa buang sebelum anda pakai.



Kredit Foto - PropertyGuru



Untuk tilam dan sofa pula, gunakan kaedah yang sama iaitu taburkan serbuk penaik, dan tinggalkan buat beberapa jam. Kemudian sedut kembali serbuk penaik itu dengan menggunakan vakum.



5) Bersihkan baju dan perabot daripada bulu kucing


Bagi pencinta haiwan, bulu haiwan ini pasti ada di mana-mana termasuk di baju, seluar, beg, sofa, cadar dan lain-lain lagi.



Kredit Foto - PropertyGuru





Jadi lint roller adalah penyelamat untuk membersihkan bulu haiwan untuk bulu haiwan termasuk mengutip cebisan-cebisan kecil kotoran atas lantai.





6) Cuci cutting board dengan lemon dan garam


Tidak mengambil kira jenis cutting board anda, anda boleh membuang kesan kotoran di atasnya dengan hanya menggunakan lemon dan garam.


Kredit Foto - PropertyGuru





Langkah pertama ialah dengan menaburkan garam ke atas permukaan papan dan biarkan beberapa ketika. Seterusnya gosok permukaan papan tersebut dengan hirisan lemon dan bilas.


7) Bersihkan kipas siling dengan sarung bantal


Cara mudah bersihkan kipas siling ialah dengan menggunakan sarung bantal supaya habuk-habuk tersebut tak melimpah keluar.



Kredit Foto - PropertyGuru





Kalau anda tak cukup tinggi untuk capai kipas, hubungilah rakan-rakan yang lebih berkemampuan.




8) Bersihkan contengan daripada dinding


Kredit Foto - PropertyGuru



Adat beranak kecil yang kadangkala suka menconteng dinding, anda boleh bersihkan kesan contengan dengan ubat gigi atau pun lap menggunakan kain basah yang disembur dengan serbuk penaik.


9. Cuci dan buang bau daripada microwave


Kredit Foto - PropertyGuru



Semburkan campuran cuka, lemon dalam satu cawan air dan on microwave selama lima minit. Kemudian, lapkan kotoran dengan kain lap. Untuk info, lemon boleh menyegarkan bau dalam microwave.



10. Bersihkan span guna microwave

Kalau anda guna span untuk bersihkan pinggan mangkuk, nak guna apa pula untuk bersihkan si span? Span yang sentiasa berada dalam keadaan lembap mudah mengumpul bakteria seterusnya mengeluarkan bau yang kurang enak.



Kredit Foto - Property Guru




Jadi cara mudah membersihkan span ialah dengan meletakkan span tersebut dalam semangkuk air dan on microwave untuk tempoh seminit, supaya dapat membunuh sehingga 99.9% daripada kuman tersebut.




Semoga bermanfaat.


Kredit Artikel - PropertyGuru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nombor 5 tu, petua ke?? {:freak More to pe-common sense.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:32 AM | Show all posts
Thank you for sharing !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.590848 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list