CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3495|Reply: 18

Penghijrahan Nabil Ahmad di anggap olok-olok?

[Copy link]
Post time 13-4-2021 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Didakwa hijrah ikut-ikutan, Nabil tak gusar

BENAR kata orang, hidayah Allah boleh kunjung tiba pada bila-bila masa dan hinggap ke mana-mana hati tatkala sudah tiba masanya.

Itu yang dilalui pengacara dan pelawak Nabil Ahmad setelah memilih untuk berhijrah ke arah kebaikan dan mendekatkan diri dengan agama.

Mungkin ramai yang mengatakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya terlalu drastik. Tidak kurang juga yang melabelkan Nabil berbuat demikian hanya untuk mengikut jejak orang lain dan bersifat sementara.

Bagi Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, dia tidak kisah dengan mulut-mulut yang berkata sedemikian asalkan dia tahu apa yang sedang dikerjakan.

“Saya sendiri pun tidak sangka sebenarnya. Apa yang boleh dikatakan, saya lebih tenang dengan apa jua yang saya lakukan ketika ini.

“Saya buat untuk diri sendiri sahaja. Terpulang kepada mana-mana pihak untuk terima atau sebaliknya. Hidayah Allah milik semua,” tuturnya membuka bicara bersama HibGlam.

Jelas Nabil, penghijrahan yang berlaku ke atas dirinya kini diterima baik keluarga, isteri, rakan-rakan terdekat dan beberapa pihak yang terlibat dengan kerjaya serta perniagaannya.

Menurutnya lagi, segala ilmu yang ditimba dan dipelajari sewaktu menyertai jemaah tabligh membuatkan dirinya lebih menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan.

“Apabila Allah berkehendak, semua perkara akan jadi. Tak kisahlah siapa pun kita di mata-Nya.

“Jujur, nak istiqamah dalam melakukan kebaikan memang susah. Kena minta tolong dan sentiasa mendampingi orang yang baik-baik dan boleh membawa kita ke jalan kebaikan,” katanya.


NABIL menyatakan, perubahan dan penghijrahan yang berlaku pada dirinya kini merupakan asbab untuknya terus mencari keredaan Allah.

Gerak hati

Bercerita lanjut, Nabil yang mula mencipta nama selepas dinobatkan juara Raja Lawak musim kedua itu memberitahu, perubahan yang berlaku atas kehendak sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Saya sendiri tergerak hati mahu memperbaiki dan mendisplinkan diri. Niat saya hanya satu, mahu mendalami ilmu agama sebanyak yang mungkin.

“Kadangkala saya sendiri pun terfikir kenapa baharu sekarang dan pada usia begini saya nekad untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama. Kenapa tidak dahulu lagi,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Nabil, dia juga manusia biasa yang perlu mencari keseimbangan hidup di dunia dan akhirat di luar skop hiburan.

Tambah anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu, dia masih berada dalam fasa memperbaiki dan mendisplinkan diri agar hati terus teguh istiqamah dengan apa yang dilakukannnya.

“Alhamdulillah, isteri saya, Zira Ayub juga kini sudah bertudung. Anak-anak dan keluarga juga banyak berubah ke arah kebaikan.

“Jujur saya katakan, sebelum ini saya gagal jadi suami yang terbaik. Cara yang saya gunakan untuk mendidik isteri dan anak-anak silap,” katanya.


TEKAD bapa kepada tiga cahaya mata itu, dia bersyukur dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya dan berharap terus istiqamah memenuhi tuntutan sebagai hamba Yang Maha Esa.

Populariti hilang

Ditebak, tidakkah dia bimbang perubahan dan penghijrahan yang dilakukan dilihat sekadar hangat-hangat tahi ayam oleh khalayak, Nabil tiada gusar. Dia hanya manusia biasa dan enggan peduli apa yang bakal diperkatakan orang terhadap dirinya.

“Saya ada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling yang akan menegur ke arah kebaikan dan memperbetulkan saya sekiranya melakukan kesalahan.

“Dalam apa juga yang dilakukan sebenarnya tiada percaturan. Saya cuma ingin berubah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Justeru, tegurlah jika saya tersilap langkah. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... _NABILAHMAD8530.jpg
NABIL berjanji dia tidak akan sesekali bersara atau lari daripada dunia hiburan kendatipun sudah berubah imej. – Foto FARIZ RUSADIO
Ditanya pula, adakah perubahan yang dilakukan memberi bayangan bahawa dia mahu mengangkat bendera putih daripada terus menjadi penghibur dan anak seni, Nabil lantas menafikan.

Dia tetap akan menjadi diri sendiri kendatipun sudah berhijrah. Dia juga langsung tidak risau jika populariti yang diraihnya selama ini lenyap.

“Saya akan terus berkarya dan berkongsi bakat selagi diterima. Pada masa sama, saya mahu mencari reda Allah.

“Masakan saya mahu berhenti begitu saja. Lagipun pada saya, bidang hiburan juga merupakan antara platform dan medan terbaik untuk menyalur dan berkongsi ilmu berkaitan agama.

“Tiada apa yang saya mahukan. Cukup hidup diberkati dan memiliki masa depan yang cerah sebagai manusia beragama Islam. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum menoktahkan bicara, Nabil juga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan yang penuh barakah ini buat seluruh umat Islam.


AKUI Nabil, masih terlalu banyak perihal agama yang perlu dipelajarinya dari masa ke masa.

Sumber : https://www.kosmo.com.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2021 12:25 PM | Show all posts
mcm neelofa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku senang.. Kalau kerana Allah.. Semua dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 12:41 PM
Bagi aku senang.. Kalau kerana Allah.. Semua dipermudahkan

Tak jugak
Lagi nak dekat dgn Allah lagi byk ujian sepantutnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 13-4-2021 12:57 PM
Tak jugak
Lagi nak dekat dgn Allah lagi byk ujian sepantutnya

Tau.. Mcm mana nak ckp.. Bila org berubah kerana Allah.. Aura dia lain.. Iols rasa happy tgk.. Dan iols nampak org yg betul2 berubah.. Walaupun byk dugaan.. Tapi Allah mudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 12:58 PM
Tau.. Mcm mana nak ckp.. Bila org berubah kerana Allah.. Aura dia lain.. Iols rasa happy tgk.. Dan ...

Ahah yg tu betul sarah
Bukan la sesaja nak judge org
Tapi kekdg ikhlas org tu kita boleh rasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2021 12:59 PM | Show all posts
muka bil ni lagi berseri drpd si sohai...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 13-4-2021 12:59 PM
Ahah yg tu betul sarah
Bukan la sesaja nak judge org
Tapi kekdg ikhlas org tu kita boleh rasa

Betul.. Rasa tu.. Tak tau nak terabgkan.. Iols pun tengah struggle nak berubah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 01:02 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 12:58 PM
Tau.. Mcm mana nak ckp.. Bila org berubah kerana Allah.. Aura dia lain.. Iols rasa happy tgk.. Dan ...

iolls tetap suka cara miss nina berubah.. diam-diam ubi berisi.. dia betul2 dalami islam dgn baik.. tgk je la dia secalit makeup pun da tak nak pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 01:00 PM
Betul.. Rasa tu.. Tak tau nak terabgkan.. Iols pun tengah struggle nak berubah..

Mmg nak lawan nafsu bukan senang
Yg penting kita kena terus cuba
Aku pon sama
Nak upgred diri
Tapi terbabas jugak seskali
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kakakgarang replied at 13-4-2021 01:02 PM
iolls tetap suka cara miss nina berubah.. diam-diam ubi berisi.. dia betul2 dalami islam dgn baik. ...

Yg tu mmg hebat la.. Susah nak jadi mcm dia.. Dlm sesaat tinggalkan dunia seni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 13-4-2021 01:07 PM
Mmg nak lawan nafsu bukan senang
Yg penting kita kena terus cuba
Aku pon sama

Yap.. Kena usaha kuat
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:56 PM | Show all posts
doa yg baik2 jelah utk benda baik2 ni... semoga nabil terus istiqamah. cantik betul binik dia eh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Idk but muka nabil kali ni nampak tenang. Dan kali ni betul betul percakapan pun dia dah jaga sekali. Macam dalam muzikal lawak and meletop nampak dia banyak fikir dulu sebelum cakap. Sebelum ni even dah pergi haji ke apa sama je mulut pergi dulu sebelum otak lepastu mintak maaf haha. Kali ni nampak lah betul betul insaf semoga Allah permudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
fake,fake,fake,fake
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 12:58 PM
Tau.. Mcm mana nak ckp.. Bila org berubah kerana Allah.. Aura dia lain.. Iols rasa happy tgk.. Dan ...

I faham apa u cuba nk smpaikan. Kira mcm kalau sbb Allah, kita doakan je semua mudah. Tp kdg2 boleh nmpk menunggang ke x. Nabil ni xde la drastik pon. Wife dia pon lmbat je bertudung. Mcm2 makian dpt. i xpernah hina wife sheol sbb vibes depa ni entah la mcm baik2 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tah. Mmg rasa pelesu. Especially pas shuib kena suspect money laundry. Asal berubah je berjanggut. Asal berubah je bgtau apa yg dia berubah. Well kakau tak bgtau, sapa yg tau. Tul tak, ak ak ak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 13-4-2021 12:59 PM
Ahah yg tu betul sarah
Bukan la sesaja nak judge org
Tapi kekdg ikhlas org tu kita boleh rasa

Org kata ikhlas ni mcm semut hitam berjalan atas batu hitam di malam hari. Ssh nak nampak. Lagi2 utk kita yang manusia biasa ni. Judgement dan perasaan kita ni tanpa kita sedar banyak yang bias. Tu yg kdg jadi bila dh tak suka, dia buat apa pn kita tak suka. Lagi pulak yg kita sekadar tgk dkt tv dgn media sosial je. Lg lah susah nk nilai keikhlasan tu. Tp tu la. Mmg bukan kerja kita pon nak nilai keikhlasan org. Nak berubah ni senang, nak istiqomah tu yg susah. Pape pon doa yang baik2. Selebihnya antara dia dgn tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 14-4-2021 02:58 AM
I faham apa u cuba nk smpaikan. Kira mcm kalau sbb Allah, kita doakan je semua mudah. Tp kdg2 bole ...

Yezaa.. Betul.. Itu la.. Harap betul2 kerana Allah... Walaupun nabil ni annoying tapi iols ok saja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.815848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list