CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3710|Reply: 3

Jangan Buang! 5 Sampah Ini Boleh Dijadikan Baja

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Jangan Buang! 5 Sampah Ini Boleh Dijadikan Baja
Bagi korang yang suka bercucuk tanam, korang kena pastikan korang buang terus 5 'sampah' dapur ini yang boleh dijadikan baja. Jadi, korang boleh jimat wang, sambil mengurangkan pengeluaran sampah.

5 'sampah' ini boleh menjimatkan wang korang, serta membuatkan tanaman subur dengan cara semulajadi:

1. Kulit pisang


Kulit pisang sangat kaya dengan potasium, dan boleh dijadikan baja untuk tanaman. Untuk menjadikan baja, anda hanya perlu merendam kulit pisang dalam air selama 24 jam sebelum menyiram air rendaman pada tanaman anda.


2. Kulit telur


Kulit telur mengandungi kandungan kalsium yang sering digunakan untuk menyuburkan tanaman yang mudah mati seperti tomato. Caranya mudah, hancurkan kulit telur dan tabur ke dalam pasu tanaman korang.

3. Serbuk kopi


Serbuk kopi dapat mengubah tahap pH tanah dan kepada keasidan yang lebih tinggi untuk tanaman seperti bunga mawar dan tomato. Serbuk kopi yang telah digunakan boleh direndam ke dalam air atau tabur je terus ke dalam pasu.

4. Uncang teh



Uncang teh yang telah digunakan jangan dibuang. Korang campurkan dua liter air, kemudian siram air tersebut ke dalam tanah tanaman.

5. Kulit bawang putih, merah



Kulit bawang merah dan putih yang kaya dengan potasium, kalsium dan zat besi boleh digunakan sebagai baja. Ianya dapat membantu tanaman tumbuh dengan lebih kuat. Rendamkan kulit bawang ke dalam air dan biarkan selama tiga, empat hari, kemudian gunakan untuk menyiram tanaman.

Sumber: mStar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling bagus uncang teh tu
Keluarkan teh je tabur dlm pasu
Uncang teh byk kegunaan ye
Klu rajin boleh simpan dlm peti sejuk
Kemudian letak kat mata untuk hilangkan eye bag
Selain tu boleh letak dlm.kasut, beg atau peti sejuk yg berbau utk hilangkan bau busuk
Boleh jgk guna uncang terpakai utk sental kuali, periuk & mangkuk berminyak
Mmg sng nak cuci lps tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul.. Sume bahan kt atas boleh buat baja kompos..iols siap buat diy compost bin kt rmh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Asasnya semua bhgn tumbuhan n binatang bole buat baja.

Perut/kepala ikan tuh chuols blend perap dgn gula merah sama ratio. Boleh campur jah kulit bawang ke or apa2 bhgn sayur yg chuols nk buang. Blend je. Tutup dlm bekas gelap dlm seminggu pd suhu bilik. Tapis, ltk dlm botol mineral..simpan dlm peti (jgn terminum plak)
Hampas tu tabur je kt pokok.

Pastu amik pati tu campur air..biar cair je jgn pekat nt mengundang semut. siram jah baik kt pokok bunga or sayur...seminggu skali je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064680 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list