CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3881|Reply: 3

[Bahasa] Perkataan ‘K’ Di Kamus Dalam Talian Dewan Bahasa Timbul Kekecohan

[Copy link]
Post time 22-3-2021 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Definisi yang mengandungi perkataan “K” adalah hasil carian pertama di kamus dalam talian Dewan Bahasa.


FMT

PETALING JAYA: Ahli politik mempersoalkan mengapa satu definisi yang ketinggalan zaman masih ada di laman web kamus dalam talian kendalian Dewan Bahasa menggunakan istilah yang dianggap sebagai satu penghinaan.

Perkataan hina “keling” itu dipaparkan dalam definisi untuk perkataan Tamil “tambi” dari edisi kedua Kamus Pelajar. Bagaimanapun, edisi keempat Kamus Dewan itu mengandungi definisi terkini, yang merupakan kamus utama agensi bahasa berkenaan.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, sangat mengecewakan apabila melihat bahasa tersebut kekal menjadi rujukan rasmi di sebuah laman web kerajaan. Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata beliau membaca definisi itu dengan “terkejut dan jijik”.

Definisi yang disifatkan ketinggalan zaman itu muncul apabila pencarian kata “tambi” dibuat di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kamus dalam talian itu.

Hasil carian pertama adalah definisi “panggilan utk orang Keling yang lebih muda drpd kita” dengan definisi kedua “peon” atau budak pejabat. Namun, definisi di edisi keempat Kamus Dewan, menyebut “panggilan untuk orang India yang berpangkat adik”.

Santiago berkata “orang (pihak bertanggungjawab) yang meninggalkan (definisi itu) tidak mengambil berat isu-isu perpaduan nasional” dan menggesa Menteri Perpaduan Nasional Halimah Sadique untuk campur tangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 01:34 PM | Show all posts
Hometown saya biasa je guna K word ni...lainle guna P word...tu memang penghinaan...
Nama jambu pun jambu Keling, kedai Keling...just nama je...sekarang tak boleh dah guna...
Habis tu Masjid Kapitan Keling, Bukit Keling? cmna tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 11:00 AM | Show all posts
ULASAN | Penjelasan DBP isu kata tambi dan keling

https://www.malaysiakini.com/news/567626

Dewan Bahasa dan Pustaka
Diterbitkan 22 Mar 2021, 4:55 pm



ULASAN | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ingin memberikan penjelasan berhubung dengan berita yang bertajuk “Aktivis masyarakat India kecam DBP isu definisi ‘tambi’” yang tersiar di portal berita Malaysiakini bertarikh 21 Mac 2021.

Kamus ialah buku rujukan yang merakamkan pelbagai maklumat tentang kosa kata sesuatu bahasa, misalnya kata standard yang mengungkapkan konsep tertentu dalam pelbagai bidang ilmu dan dalam situasi atau konteks tertentu, kata yang diungkapkan dalam pelbagai situasi sosial seperti kata yang digunakan oleh kerabat diraja, kata sapaan, gelaran, klasik, dialek, sukuan, slanga, kata basahan dan sebagainya.

Di dalam kamus juga terakam kata daripada bahasa asing yang telah terserap pemakaiannya dalam sesuatu bahasa, misalnya dalam bahasa Melayu, ada kata tambi, camca, amoi dan sebagainya yang termasuk dalam senarai entri Kamus Dewan (KD), Kamus Pelajar (KP) dan yang terkini Kamus Dewan Perdana (KDP).

Dari segi olahan takrif kata tambi, yang dibahaskan oleh media sekarang, ada sedikit perbezaan dalam ketiga-tiga buah kamus ini.

Misalnya, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)(KD4), tambi ditakrifkan sebagai “panggilan untuk orang India berpangkat adik”, Kamus Pelajar (1987) “panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita” dan Kamus Dewan Perdana (2020) pula “panggilan untuk orang lelaki muda India yang berpangkat adik”.

Tentang penggunaan kata orang Keling dalam takrif tambi pada KP, kamus ini diterbitkan pada tahun 1987 lagi dan dikemas kini edisinya pada tahun 2007 dengan hanya membuat penambahan entri sahaja.

Walau bagaimanapun, pengemaskinian dan penyusunan edisi ketiga kamus.

ini sedang dirancang oleh DBP dan aspek penambahbaikan takrif akan diberikan perhatian untuk edisi baharu ini.

Sesuai dengan kategorinya sebagai kamus umum yang bersifat sejarah dan kamus yang hidup (living dictionary), segala fakta tentang kata yang pernah timbul dan sedang hidup penggunaannya dalam masyarakat penutur bahasa Melayu akan dirakamkan di dalam kamus.

Demikianlah juga halnya dengan kata keling yang telah sedia wujud di dalam Kamus Dewan sejak edisi sulungnya yang terbit pada tahun 1970 lagi.

Walau bagaimanapun, dari segi pengolahan maknanya, ada perubahan dan pembaikan yang diusahakan oleh penyusun Kamus Dewan terhadap kata keling ini sesuai dengan unsur sejarah dan faktor sosiolinguistik kata ini.

Misalnya, daripada makna yang dirakamkan oleh KD 1989, 1994, secara tersurat, KD cuba mendidik masyarakat bahawa keling ialah kata yang kurang halus untuk digunakan, dan yang lebih halus digunakan ialah kata India, iaitu panggilan kepada orang India.

Perubahan terkini yang dilakukan terhadap entri keling ini, maklumat tentang penggunaan kata ini diberikan penekanan oleh KDP.

Dalam kamus terbitan terbaharu DBP ini, kata keling diberikan label penggunaannya sebagai tabu. Label tabu diberikan pada kata larangan dalam budaya sesuatu bangsa atau kaum.

Pada entri Keling, label tabu dibubuh pada makna 1, iaitu merujuk orang India dan dimasukkan dengan tujuan sebagai peringatan kepada pengguna kamus dan masyarakat penutur bahasa Melayu tentang penggunaannya.

Contoh yang lain, kata “anjing” diberikan label bahasa kasar untuk maksud memaki seseorang.

Kata “hamput” dan “sakai”, dalam KDP dibubuh label tabu yang dilarang penggunaannya tanpa maksud dan konteks yang sesuai.

Dengan kata lain, prinsip utama yang perlu dipatuhi ialah kata dan makna yang

dirakamkan dalam kamus harus menggambarkan penggunaan sebenar oleh masyarakat penuturnya.

Bagaimanapun, agar tidak menimbulkan pertikaian dalam kalangan pengguna, satu prinsip lagi yang dipatuhi pengamal perkamusan adalah dengan membubuh label tertentu pada kata atau makna yang berkenaan.

Dari segi penggunaan, kata tambi tidak mengandungi konotasi buruk maknanya. Tambi hanyalah kata panggilan bagi orang yang berpangkat adik dalam keluarganya.

Malah, dalam bahasa Tamil sendiri, kata ini digunakan secara leluasa oleh masyarakat India dan sesetengah kaum lain apabila menyapa atau memanggil anak lelaki India yang dirasakan lebih muda daripada mereka.

Pada tahun 2003, kata keling pernah menjadi isu mahkamah susulan adanya gugatan oleh sekumpulan aktivis masyarakat India yang menuntut agar entri keling ini dikeluarkan daripada Kamus Dewan.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penggunaan kata keling dibenarkan dalam Kamus Dewan kerana perakamannya tidak berniat jahat kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai institusi bahasa.

Artikel ini kenyataan media Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 11:01 AM | Show all posts
Definisi tambi: Istilah 'keling' akan ditukar kepada 'orang India' - DBP

https://www.malaysiakini.com/news/567627

B Nantha Kumar

Diterbitkan 22 Mar 2021, 5:09 pm
Dikemaskini 5:11 pm





Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata akan menukar definisi perkataan 'tambi' dalam kamus dalam taliannya yang dikatakan menghina masyarakat India di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah DBP Abang Sallehuddin Abg Shokeran, perkataan 'keling' yang digunakan akan digantikan dengan perkataan 'orang India'.

"Kamus dalam talian akan dikemas kini. Perkataan 'keling' dalam ayat itu akan diganti dengan kata 'orang India', seperti dalam kamus-kamus terkini DBP.

"Kamus dalam talian juga akan kami kemas kini," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian selepas DBP dikecam berhubung definisi perkataan 'tambi' dalam kamus dalam taliannya.

Kamus tersebut menakrifkan perkataan 'tambi' sebagai "panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.424123 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list