CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8436|Reply: 82

[Tempatan] Gadis cuba terjun laluan bertingkat. #12, Video, Tertekan sebab dilarang main'ga

[Copy link]
Post time 16-3-2021 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-3-2021 08:43 AM

Gadis cuba terjun laluan bertingkat

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... -laluan-bertingkat/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
16 Mac 2021, 7:38 pm


Seorang gadis cuba terjun dari laluan bertingkat di Lebuh Raya KLK berhampiran persimpangan Bukit Tinggi tengah hari tadi.


Seorang gadis yang cuba terjun daripada laluan bertingkat di Bukit Tinggi Bentong berjaya diselamatkan selepas dipujuk pihak polis.

BENTONG – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dikejutkan dengan kejadian seorang gadis yang cuba membunuh diri dengan terjun daripada laluan bertingkat di Bukit Tinggi di sini.

Berdasarkan rakaman video yang tular menunjukkan gadis berkenaan berdiri di tepi laluan bertingkat dan cuba terjun sambil dipantau oleh pasukan polis trafik.

Bagaimanapun difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu pihak polis mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memujuk dan menyelamatkan gadis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar mengesahkan kejadian.-K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
"Abang janji abang delete.."
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-3-2021 08:34 PM
"Abang janji abang delete.."

Duit habis kena scam negro
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 16-3-2021 09:15 PM
Duit habis kena scam negro

Betoi ka kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-3-2021 09:18 PM
Betoi ka kes ni?

Khayalan ku jahh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishhh! Kalau la jatuh ats kenderaan kat bwh tu, boleh accident la plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:10 PM | Show all posts
nmpk mcm budak2 lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
skang ni dh start musim bunuh diri ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 16-3-2021 10:08 PM
Ishhh! Kalau la jatuh ats kenderaan kat bwh tu, boleh accident la plak

Ade tokoh jadi pontianak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-3-2021 10:53 PM
Ade tokoh jadi pontianak ni..

Xkesampaian...baru bercadang2 dah kena cekup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2021 11:14 PM | Show all posts
Cuba terjun sebab tertekan dilarang main 'game'

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-main-game-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 8:48 PM

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Bentong: Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa.

Remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.12 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi dikejarkan ke lokasi.

Katanya, ketika pasukan tiba, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan dan anggota cuba memujuknya supaya bertenang.


PASUKAN penyelamat bersedia di bawah jambatan dengan jaring bagi menyambut remaja itu sekiranya dia terjun. FOTO Ihsan Pembaca.

"Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan.

"Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.

"Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaiham berkata, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya turut merampas telefon itu.

Katanya, mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 17-3-2021 11:28 AM
EJALTI replied at 16-3-2021 11:14 PM
Cuba terjun sebab tertekan dilarang main 'game'

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-main-game- ...
Kah3..  Jauh meleset sangkaan kita.

Anyway, diulang sekali lagi:

"Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 01:25 AM | Show all posts

Kerap ditegur main permainan video punca remaja perempuan cuba terjun jejambat

Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2021 09:26 AM

Kerap ditegur main permainan video punca remaja cuba terjun jejambatBernama -

March 16, 2021 11:40 PM



Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata remaja berusia 16 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi kemurungan itu juga difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya merampas telefon bimbit miliknya. (Gambar Facebook)



KUANTAN: Sering ditegur kerana kerap bermain permainan video di telefon bimbit dikatakan menjadi punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari jejambat di kilometer (KM) 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong, kira-kira 215km.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata remaja berusia 16 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi kemurungan itu juga difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya merampas telefon bimbit miliknya.

Menurut Zaiham, polis menerima panggilan daripada orang awam yang melihat remaja itu meniti jejambat tersebut sekitar jam 2.15 petang dan pasukan polis yang dikejarkan ke situ melihat dia berada dalam keadaan tidak stabil.

“Polis cuba memujuk remaja itu untuk turun namun tidak dihiraukan, dan sebaik sahaja berpeluang, Ketua Balai Balai Bukit Tinggi, Maznan Omar menarik remaja tersebut dari belakang sebelum anggota lain membantu memegang mangsa bagi menyelamatkannya,” katanya dalam kenyataan.





Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Org apa ni?
Melayu ke cina?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hailahh remaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian parents.. semoga mendapat rawatan yang sepatutnya buat anak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok terjun jah terus, sebelum melarat perangainya, ujung2 kena tanggung sampai ke tua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pon yer, geram pon ue
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk sangat sekarang claim sedang dilanda kemurungan untuk justify perangai bukan-bukan.  Taktau dah yang mana betul yang mana acah-acah.

Kesian untuk org yang betul murung kalau kena label mengada-ngada sebab puak yang acah-acah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.230585 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list