CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5276|Reply: 0

Panduan Mengenal Lubuk & Waktu Aktif Ikan Jenahak

[Copy link]
Post time 11-3-2021 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Panduan Mengenal Lubuk & Waktu Aktif Ikan Jenahak




Waktu Aktif

Waktu yang paling sesuai untuk memancing ikan jenahak ialah pada waktu malam. Ini kerana ketika ini ia lebih aktif keluar untuk memburu mangsa. Namun, pada waktu siang juga boleh untuk memancing spesies ini jika anda tahu di mana kawasan ia berehat dan bermain terutama di kawasan habitatnya.


Di sebelah pantai barat Semenanjung, memancing ketika air mati merupakan waktu paling sesuai disebabkan pengaruh arus yang tidak keterlaluan. Manakala di pantai timur tidak mendatangkan masalah ketika air besar asalkan pemancing tahu bila ia galak memakan umpan.


Di perairan Selat Melaka contohnya, memancing jenahak sewaktu air besar terutama di sekitar laluan kapal paloh 3 kadangkala memberikan hasil yang lumayan. Ramai pemancing menunggu waktu air besar untuk memancing di kawasan laluan kapal tersebut.



Lubuk & Teknik

Kebanyakan pemancing mengunakan kaedah pancingan dasar berhanyut (menotok) berumpan sotong kurita hidup atau hirisan ikan kembung dengan menggunakan batu ladung besar saiz 12 ke atas, dan diseret pada dasar laut yang mempunyai kedalaman sehingga melebihi 60 meter.


Tanpa menggunakan sauh, bot mereka yang kebiasaannya mempunyai kapasiti enjin 90 kuda ke atas dibiarkan hanyut melalui lubuk-lubuk tertentu yang mana pada ketika ini ikan yang dipancing tidak bergerak disebabkan kelajuan arus akan meletihkan ikan tersebut sekiranya berenang mundar-mandir.



Umpan akan disentap apabila ia melalui kawasan ikan-ikan tersebut bertapa. Teknik memancing pada masa air besar dan laju lebih berkesan jika dibandingkan memancing sewaktu air mati atau kecil kerana pemancing akan keletihan menarik sauh dari menarik ikan.




Aktiviti memancing di kawasan ini hanya dilakukan pada siang hari atas sebab-sebab keselamatan kerana ia merupakan laluan utama kapal yang melalui Selat Melaka dan yang menuju ke arah Pelabuhan Klang sebagai destinasi persinggahan serta kawasan yang banyak serangan lanun.


Memancing jenahak yang bersaiz kurang dari sekilogram banyak tertumpu di kawasan muara dan jeti atau jambatan yang mempunyai air yang agak dalam. Menggunakan umpan udang hidup adalah paling efektif dan semasa air bunga pasang dan semasa air menyorong surut.

Jika memancing dari kawasan tebing dan muara sungai, pilih kawasan yang bertanjung dan mempunyai tunggul kayu bakau tumbang.


Jenahak juga menyambar gewang terutama jenis aksi dalam dan pertengahan air. Malah teknik micro jigging amat berpotensi untuk mendaratkan jenahak di kawasan muara ini jika tahu kawasan laluannya.

Sumber : www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.258062 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list