CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 1

Bagaimana British Menggunakan “Cecair Lelaki” Untuk Hantar Mesej Rahsia Dalam WW

[Copy link]
Post time 11-3-2021 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana British Menggunakan “Cecair Lelaki” Untuk Hantar Mesej Rahsia Dalam WW1

Ketika zaman peperangan, fungsi perisik sangat ditagih untuk mendapatkan maklumat-maklumat sulit musuh untuk mengalahkan mereka. Bagi menjalankan tugas pentintipan, seseorang perisik atau pengintip akan menjalani beberapa latihan khas untuk menjalankan kerja di lapangan.
Selain itu, mereka juga biasanya dilengkapi dengan beberapa peralatan istimewa untuk mengumpul maklumat yang dikehendaki antaranya kamera, perakam suara dan lain-lain lagi. Salah satu teknik penting yang mesti dimiliki mereka adalah kebolehan menghantar mesej tersembunyi kepada seseorang individu tanpa dapat dihidu atau dikesan oleh pihak musuh.
Salah satu cara yang popular untuk melakukannya adalah dengan menggunakan dakwat “tersembunyi”. Mesej ditulis menggunakan dakwat yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar sehinggalah bahan kimia atau sebatian digunakan untuk mendedahkan mesej yang ditulis.
Sejarah penciptaan “dakwat tersembunyi”
Cabaran yang harus diatasi adalah memilih dakwat yang ramuannya mudah didapati oleh ejen perisik dan yang sangat praktikal. Juga, mesej yang perlu ditulis tidak boleh menimbulkan kecurigaan jika terdapat pengintip.
Dakwat tersembunyi mula-mula digunakan pada zaman kuno oleh orang Yunani dan Rom. Kemudian, aplikasinya telah di tambah baik di Eropah pada abad ke-16 di mana pelbagai resipi digunakan dan antara yang sangat popular adalah melibatkan penggunaan cuka dan cecair alum.
Ini adalah resipi mudah melibatkan campuran larutan lapan bahagian cuka putih ke satu bahagian serbuk alum. Secara tradisinya, campuran itu digunakan untuk menulis mesej rahsia pada kulit telur. Kemudian apabila telur direbus di dalam air hingga masak dalamnya, tulisan akan muncul di permukaan putih telur ketika kulit telur dibuang.
Semasa Perang Dunia Pertama, jus lemon terbukti dakwat yang tidak kelihatan langsung dan sangat berkesan dan biasa digunakan oleh pihak tentera Bersekutu. Mesej yang ditulis hanya dapat didedahkan dengan jelas dengan larutan iodin. Kertas itu akan bertukar menjadi biru muda dan mesej akan muncul dengan warna putih yang berbeza.
Teknik ini walaupun murah, mempunyai kekurangannya. Mesej hanya dapat ditulis di atas kertas dan penerima memerlukan larutan iodin untuk mendedahkan mesej yang ditulis. Tambahan pula, musuh akhirrnya dapat mengihidu teknik ini dan dapat mengesannya dengan pantas sekiranya kertas yang dijumpai mempunyai bauan lemon!
Satu lagi gabungan dakwat yang popular pada zaman itu ialah menuliskan mesej menggunakan cuka dan menggunakan larutan kubis merah, menyebabkan reaksi kimia yang dapat mendedahkan mesej tersebut. Tetapi seperti lemon, penggunan gabungan kedua bahan ini mudah dikesan oleh musuh kerana baunya. Tambahan pula, di medan perang, lemon dan cuka mungkin sukar diperolehi.
Penggunaan “cairan lelaki”
Pada tahun 1915, perisik MI6 Britain (SIS – The Secret Intelligence Service) telah  mencari cara untuk menyampaikan pesanan rahsia yang tidak dapat didedahkan dengan penggunaan iodin kerana pihak Jerman sudah mula mengetahui teknik yang digunakan oleh pihak tentera Bersekutu untuk menghantar mesej rahsia.
Mereka akhirnya mendapati bahawa penggunaan cecair yang dihasilkan orang lelaki iaitu air mani sangat sesuai. Idea ini berasal dari Ketua M16 ketika itu bernama Kapten Sir  Mansfield Cumming setelah dia membuat pertanyaan di London University mengenai bahan terbaik untuk menghasilkan dakwat tersembunyi.
Ada yang mengatakan bahawa idea ini merupakan satu bahan jenaka memandangkan nama pegawai tersebut adalah “Cumming”. Namun, apabila dilihat kepada nama penuhnya Mansfield Smith-Cumming, besar kemungkinan nama “Smith” padanya dibuang apabila kisah mengenai perkara ini diceritakan kepada generasi-generasi berikutnya untuk menjadikan kisah ini lebih lucu.
Walaupun kisah penggunaan air mani ini seakan-akan mitos, idea ini sememangnya pernah dikemukakan dan catatan mengenainya telah ditemui dalam sebuah buku catatan milik seorang pegawai perisik bernama Walter Kirke dimana ianya ditulis dengan kod nama projek “C”.
Masalah penggunaan “cairan lelaki”



Penggunaan cairan lelaki ini diperkenalkannya dengan motto berbunyi “Every man his own stylo”. Namun, selain idea ini kelihatan sekadar bahan lawak, ianya juga mempunyai masalah tersendiri. Sekiranya cairan yang digunakan tidak lagi “fresh”, ianya akan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Sorang ejen perisik yang ditempatkan di Copenhagen dikatakan pernah menyimpan sebotol air mani untuk menulis surat-surat dengan mesejj-mesej rahsia ini. Namun, surat-surat yang dikirim ke pihak M16 tiba dengan bau yang kurang menyenangkan..
Kapten Cumming menegaskan bahawa jika teknik ini hendak digunakan, setiap surat yang dihantar mestilah menggunakan air mani baru. Selain masalah bau yang tidak menyenangkan, penggunaan air mani juga tidak praktikal  bagi seorang ejen pengintip wanita kerana mereka tidak menghasilkannya.
Walaupun penggunaan air mani untuk menulis mesej tersembunyi ini seakan-akan kisah mitos, ia sememangnya wujud. Namun, kaedah ini tidak pernah popular dahulu kerana kaedah “penghasilan” dakwat yang pelik dan juga ramai pihak tidak mengambilnya dengan serius kerana beranggapan ianya hanyalahh kisah lawak yang yang diceritakan dari generasi ke generasi seterusnya.
Kredit:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
eeewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.803558 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list