Bimbang gerakan singkir Hadi, PAS dijangka tangguh pemilihan - johorkini
SEGAMAT, 9 MAC: PAS dijangka menangguh pemilihan kerana atas faktor gerakan menyingkir Presidennya, Dato Seri Abdul Hadi Awang, kata ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azhar Ismail.
Menurut Azhar, gerakan digelar sebagai ‘geng Ustaz’ dan ‘Publika’ dikatakan sedang bersaing dengan setiap pihak berusaha menyingkir serta mempertahankan Abdul Hadi.
“PAS takut sebab mereka tak mahu perpecahan berlaku di dalam parti itu sekali lagi bila ada gerakan ‘geng Ustaz’ dan ‘publika’ yang agresif dalam menyusun strategi.
“Apa nak takut kalau pemilihan itu berjalan dengan lancar. Ini antara sejarah baharu dalam PAS yang terpaksa berhadapan dengan sengketa sesama mereka.
“Kita tengok sahaja apa yang berlaku. Asas untuk tunggu sehingga PRU-15 hanya alasan untuk parti itu berdalih sama seperti dalih mereka terhadap RUU 355,” katanya kepada wartawan.
Kata Azhar, PAS juga hari ini sudah terpecah kepada dua kumpulan akibat pemimpin mereka yang keliru dalam membuat keputusan kerjasama politik.
Tambahnya, ada golongan atau kumpulan pimpinan PAS yang mesra kepada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Perpecahan berlaku dalam PAS dan wujud sekurang-kurangnya dua ‘team’, satu pro MN dan satu lagi pro PN.
“Itulah ketakutan yang berlaku dalam PAS sehingga mereka dilihat takut membuat pemilihan.
Post time 11-3-2021 09:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
batu api nampak tapi dulu pon dah penah berpecah muncul pan. tak mustahil muncul parti baru lagi. melayu suka buat parti baru, ujong2 kena collab dgn pakatan lain jugak sbb tak cukup kerusi nak bentuk gomen nanti (kalau pecah 3 pakatan berlainan pru15)
Post time 11-3-2021 04:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pecah so jadi Pas, Pan and Pus?
Lantak ko lah pak lebai....semua ni penunggang agama jer lah. Pas n Pan dah ada peluang dalam kerajaan habuk pun tarak untung org Islam Makin layu Islam adalah.....
nanti kalau ada yang gila kuasa akan kena singkir jugak macam pan, lepastu minta tolong rafizi setup parti baru, semua dapat jawatan, mat sabu jadi presiden, khalid samad jadi ahli.
Post time 12-3-2021 03:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu geng ularMak tibai geng Erdogan, now nak yibai geng publika pulak. Tapi rasanya tak berjaya sebab puak publika ni samseng kg.pisang, tengok muka Taki tu pun dah tau