CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1410|Reply: 0

Porsche 911 RSR yang pernah dimiliki oleh Pablo Escobar sedia untuk dijual, harg

[Copy link]
Post time 10-3-2021 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Porsche 911 RSR yang pernah dimiliki oleh Pablo Escobar sedia untuk dijual, harga RM9 juta!

Sebuah Porsche 911 RSR 1974 yang sangat rare dan pernah dimiliki oleh individu yang paling ‘popular’ di seluruh dunia kini dijual di Atlantis Motor Group.




Kereta ini dihasilkan hanya dalam 15 unit, dimana ianya khas untuk siri International Race of Champions 1974. 12 unit telah digunakan untuk perlumbaan dan 3 unit digunakan sebagai alat ganti.

Kereta ini dipandu oleh Emerson Fittipaldi dalam perlumbaan pertama siri International Race of Champions 1974, dan ianya berjaya layak untuk menduduki kedudukan pole.



Namun, Fittipaldi hadir lewat pada pertemuan pelumba sebelum perlumbaan dan dia dikenakan hukuman penalti 10 kedudukan. Jadi Fittipaldi terpaksa memulakan perlumbaan di kedudukan ke-11.

Ketika perlumbaan bermula, bekas juara dunia Formula 1 tersebut berjaya memberi saingan yang sengit, namun tidak berjaya menamatkan perlumbaan kerana Porsche 911 RSR tersebut mengalami kebocoran bahan api.





Kereta ini kemudian dijual dan masih lagi terlibat dalam siri International Race of Champions sehingga perlumbaan Daytona 24 Hours pada tahun 1978. Salah satu keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh kereta ini ialah tempat ke-23 dalam perlumbaan Sebring 12 Hours pada tahun 1976.

‘Raja dadah’, Pablo Escobar kemudian memiliki Porsche 911 RSR ini dan menggunakannya dalam empat perlumbaan di kejuaraan Copa Renault 4 Colombia. Setelah kematian Pablo Escobar, kereta ini kemudian disimpan di ruangan simpanannya.



Namun, atas usaha Roger Penske, kereta ini akhirnya tiba di Amerika Syarikat dan melalui proses restrore kepada keadaan asalnya, lengkap dengan livery Fittipaldi.

Membeli sebuah kereta lumba yang rare dan unik seperti ini sudah tentu tidak murah, dimana Porsche 911 RSR ditawarkan dengan nilai USD2.2 juta (RM9 juta).

SUMBER carscoops.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.331867 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list